MyQuran360

Surah Ar-Rahman

Surah 55 · 78 ayat · Madaniyah · Juzuk 27

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

55. Ar-Rahman 78 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ar-Rahman • Ayat 1
ٱلرَّحۡمَـٰنُ ١
MS · Basmeih (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
Ar-Rahman • Ayat 2
عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ ٢
MS · Basmeih Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
Ar-Rahman • Ayat 3
خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ ٣
MS · Basmeih Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
Ar-Rahman • Ayat 4
عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ ٤
MS · Basmeih Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
Ar-Rahman • Ayat 5
ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٍ ٥
MS · Basmeih Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
Ar-Rahman • Ayat 6
وَٱلنَّجۡمُ وَٱلشَّجَرُ يَسۡجُدَانِ ٦
MS · Basmeih Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
Ar-Rahman • Ayat 7
وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِيزَانَ ٧
MS · Basmeih Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
Ar-Rahman • Ayat 8
أَلَّا تَطۡغَوۡاۡ فِى ٱلۡمِيزَانِ ٨
MS · Basmeih Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
Ar-Rahman • Ayat 9
وَأَقِيمُواۡ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُواۡ ٱلۡمِيزَانَ ٩
MS · Basmeih Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Ar-Rahman • Ayat 10
وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ ١٠
MS · Basmeih Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
Ar-Rahman • Ayat 11
فِيهَا فَـٰكِهَةٌ وَٱلنَّخۡلُ ذَاتُ ٱلۡأَكۡمَامِ ١١
MS · Basmeih Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
Ar-Rahman • Ayat 12
وَٱلۡحَبُّ ذُو ٱلۡعَصۡفِ وَٱلرَّيۡحَانُ ١٢
MS · Basmeih Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
Ar-Rahman • Ayat 13
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٣
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Ar-Rahman • Ayat 14
خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن صَلۡصَـٰلٍ كَٱلۡفَخَّارِ ١٤
MS · Basmeih Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
Ar-Rahman • Ayat 15
وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ ١٥
MS · Basmeih Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
Ar-Rahman • Ayat 16
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٦
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 17
رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ وَرَبُّ ٱلۡمَغۡرِبَيۡنِ ١٧
MS · Basmeih (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
Ar-Rahman • Ayat 18
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ١٨
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 19
مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ ١٩
MS · Basmeih Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
Ar-Rahman • Ayat 20
بَيۡنَهُمَا بَرۡزَخٌ لَّا يَبۡغِيَانِ ٢٠
MS · Basmeih Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
Ar-Rahman • Ayat 21
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢١
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 22
يَخۡرُجُ مِنۡهُمَا ٱللُّؤۡلُؤُ وَٱلۡمَرۡجَانُ ٢٢
MS · Basmeih Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
Ar-Rahman • Ayat 23
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٣
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 24
وَلَهُ ٱلۡجَوَارِ ٱلۡمُنشَـَٔـاتُ فِى ٱلۡبَحۡرِ كَٱلۡأَعۡلَـٰمِ ٢٤
MS · Basmeih Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
Ar-Rahman • Ayat 25
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٥
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 26
كُلُّ مَنۡ عَلَيۡهَا فَانٍ ٢٦
MS · Basmeih Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
Ar-Rahman • Ayat 27
وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ ٢٧
MS · Basmeih Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
Ar-Rahman • Ayat 28
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٢٨
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 29
يَسۡــَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِى شَأۡنٍ ٢٩
MS · Basmeih Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
Ar-Rahman • Ayat 30
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٠
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
Ar-Rahman • Ayat 31
سَنَفۡرُغُ لَكُمۡ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ ٣١
MS · Basmeih Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
Ar-Rahman • Ayat 32
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٢
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 33
يَـٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواۡ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواۡ‌ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَـٰنٍ ٣٣
MS · Basmeih Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
Ar-Rahman • Ayat 34
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٤
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 35
يُرۡسَلُ عَلَيۡكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ ٣٥
MS · Basmeih Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
Ar-Rahman • Ayat 36
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٦
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 37
فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةً كَٱلدِّهَانِ ٣٧
MS · Basmeih Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
Ar-Rahman • Ayat 38
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٣٨
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 39
فَيَوۡمَئِذٍ لَّا يُسۡــَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌ وَلَا جَآنٌّ ٣٩
MS · Basmeih Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
Ar-Rahman • Ayat 40
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٠
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 41
يُعۡرَفُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ بِسِيمَـٰهُمۡ فَيُؤۡخَذُ بِٱلنَّوٰصِى وَٱلۡأَقۡدَامِ ٤١
MS · Basmeih Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
Ar-Rahman • Ayat 42
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٢
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 43
هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ ٤٣
MS · Basmeih (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
Ar-Rahman • Ayat 44
يَطُوفُونَ بَيۡنَهَا وَبَيۡنَ حَمِيمٍ ءَانٍ ٤٤
MS · Basmeih Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
Ar-Rahman • Ayat 45
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٥
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 46
وَلِمَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ ٤٦
MS · Basmeih Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
Ar-Rahman • Ayat 47
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٧
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 48
ذَوَاتَآ أَفۡنَانٍ ٤٨
MS · Basmeih (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
Ar-Rahman • Ayat 49
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٤٩
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 50
فِيهِمَا عَيۡنَانِ تَجۡرِيَانِ ٥٠
MS · Basmeih Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
Ar-Rahman • Ayat 51
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥١
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
Ar-Rahman • Ayat 52
فِيهِمَا مِن كُلِّ فَـٰكِهَةٍ زَوۡجَانِ ٥٢
MS · Basmeih Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
Ar-Rahman • Ayat 53
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٣
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 54
مُتَّكِــِٔينَ عَلَىٰ فُرُشِۭ بَطَآئِنُهَا مِنۡ إِسۡتَبۡرَقٍ‌ۚ وَجَنَى ٱلۡجَنَّتَيۡنِ دَانٍ ٥٤
MS · Basmeih Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
Ar-Rahman • Ayat 55
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٥
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 56
فِيهِنَّ قَـٰصِرٰتُ ٱلطَّرۡفِ لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسٌ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ ٥٦
MS · Basmeih Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Ar-Rahman • Ayat 57
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٧
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 58
كَأَنَّهُنَّ ٱلۡيَاقُوتُ وَٱلۡمَرۡجَانُ ٥٨
MS · Basmeih Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
Ar-Rahman • Ayat 59
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٥٩
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 60
هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ ٦٠
MS · Basmeih Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
Ar-Rahman • Ayat 61
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦١
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 62
وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ٦٢
MS · Basmeih Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
Ar-Rahman • Ayat 63
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٣
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 64
مُدۡهَآمَّتَانِ ٦٤
MS · Basmeih Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
Ar-Rahman • Ayat 65
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٥
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 66
فِيهِمَا عَيۡنَانِ نَضَّاخَتَانِ ٦٦
MS · Basmeih Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
Ar-Rahman • Ayat 67
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٧
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 68
فِيهِمَا فَـٰكِهَةٌ وَنَخۡلٌ وَرُمَّانٌ ٦٨
MS · Basmeih Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
Ar-Rahman • Ayat 69
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٦٩
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 70
فِيهِنَّ خَيۡرٰتٌ حِسَانٌ ٧٠
MS · Basmeih Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
Ar-Rahman • Ayat 71
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧١
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 72
حُورٌ مَّقۡصُورٰتٌ فِى ٱلۡخِيَامِ ٧٢
MS · Basmeih Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
Ar-Rahman • Ayat 73
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٣
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 74
لَمۡ يَطۡمِثۡهُنَّ إِنسٌ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ ٧٤
MS · Basmeih (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
Ar-Rahman • Ayat 75
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٥
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 76
مُتَّكِــِٔينَ عَلَىٰ رَفۡرَفٍ خُضۡرٍ وَعَبۡقَرِىٍّ حِسَانٍ ٧٦
MS · Basmeih Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
Ar-Rahman • Ayat 77
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ٧٧
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahman • Ayat 78
تَبَـٰرَكَ ٱسۡمُ رَبِّكَ ذِى ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ ٧٨
MS · Basmeih Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation