In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.
Ash-Sharh•Ayah 1
أَلَمۡنَشۡرَحۡلَكَصَدۡرَكَ١
Alam nashrah laka sadrak
MS • Basmeih Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
Ash-Sharh•Ayah 2
وَوَضَعۡنَاعَنكَوِزۡرَكَ٢
WawadaAAna AAanka wizrak
MS • Basmeih Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
Ash-Sharh•Ayah 3
ٱلَّذِىٓأَنقَضَظَهۡرَكَ٣
Allathee anqada thahrak
MS • Basmeih Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Ash-Sharh•Ayah 4
وَرَفَعۡنَالَكَذِكۡرَكَ٤
WarafaAAna laka thikrak
MS • Basmeih Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Ash-Sharh•Ayah 5
فَإِنَّمَعَٱلۡعُسۡرِيُسۡرًا٥
Fa-inna maAAa alAAusri yusra
MS • Basmeih Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Ash-Sharh•Ayah 6
إِنَّمَعَٱلۡعُسۡرِيُسۡرًا٦
Inna maAAa alAAusri yusra
MS • Basmeih (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Ash-Sharh•Ayah 7
فَإِذَافَرَغۡتَفَٱنصَبۡ٧
Fa-itha faraghta fansab
MS • Basmeih Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Ash-Sharh•Ayah 8
وَإِلَىٰرَبِّكَفَٱرۡغَب٨
Wa-ila rabbika farghab
MS • Basmeih Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation