بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلۡبُرُوجِ ١
Wassama-i thatialburooj
MS • Basmeih Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
Audio (Mishary)
وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡمَوۡعُودِ ٢
Walyawmi almawAAood
MS • Basmeih Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
Audio (Mishary)
وَشَاهِدٍ وَمَشۡهُودٍ ٣
Washahidin wamashhood
MS • Basmeih Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -
Audio (Mishary)
قُتِلَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡأُخۡدُودِ ٤
Qutila as-habu alukhdood
MS • Basmeih Celakalah kaum yang menggali parit,
Audio (Mishary)
ٱلنَّارِ ذَاتِ ٱلۡوَقُودِ ٥
Annari thati alwaqood
MS • Basmeih (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
Audio (Mishary)
إِذۡ هُمۡ عَلَيۡهَا قُعُودٌ ٦
Ith hum AAalayha quAAood
MS • Basmeih (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
Audio (Mishary)
وَهُمۡ عَلَىٰ مَا يَفۡعَلُونَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ شُهُودٌ ٧
Wahum AAala ma yafAAaloona bilmu/mineenashuhood
MS • Basmeih Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
Audio (Mishary)
وَمَا نَقَمُواۡ مِنۡهُمۡ إِلَّآ أَن يُؤۡمِنُواۡ بِٱللَّهِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ ٨
Wama naqamoo minhum illa anyu/minoo billahi alAAazeezi alhameed
MS • Basmeih Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
Audio (Mishary)
ٱلَّذِى لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ شَهِيدٌ ٩
Allathee lahu mulku assamawatiwal-ardi wallahu AAala kullishay-in shaheed
MS • Basmeih Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
Audio (Mishary)
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُواۡ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَتُوبُواۡ فَلَهُمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمۡ عَذَابُ ٱلۡحَرِيقِ ١٠
Inna allatheena fatanoo almu/mineenawalmu/minati thumma lam yatooboo falahum AAathabujahannama walahum AAathabu alhareeq
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
Audio (Mishary)
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَعَمِلُواۡ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمۡ جَنَّـٰتٌ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُۚ ذٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡكَبِيرُ ١١
Inna allatheena amanoowaAAamiloo assalihati lahum jannatuntajree min tahtiha al-anharu thalikaalfawzu alkabeer
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
Audio (Mishary)
إِنَّ بَطۡشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ ١٢
Inna batsha rabbika lashadeed
MS • Basmeih Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
Audio (Mishary)
إِنَّهُۥ هُوَ يُبۡدِئُ وَيُعِيدُ ١٣
Innahu huwa yubdi-o wayuAAeed
MS • Basmeih Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
Audio (Mishary)
وَهُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلۡوَدُودُ ١٤
Wahuwa alghafooru alwadood
MS • Basmeih Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
Audio (Mishary)
ذُو ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡمَجِيدُ ١٥
Thoo alAAarshi almajeed
MS • Basmeih Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,
Audio (Mishary)
فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ ١٦
FaAAAAalun lima yureed
MS • Basmeih Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
Audio (Mishary)
هَلۡ أَتَـٰكَ حَدِيثُ ٱلۡجُنُودِ ١٧
Hal ataka hadeethu aljunood
MS • Basmeih Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?
Audio (Mishary)
فِرۡعَوۡنَ وَثَمُودَ ١٨
FirAAawna wathamood
MS • Basmeih (Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).
Audio (Mishary)
بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ فِى تَكۡذِيبٍ ١٩
Bali allatheena kafaroo fee taktheeb
MS • Basmeih (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;
Audio (Mishary)
وَٱللَّهُ مِن وَرَآئِهِم مُّحِيطُۢ ٢٠
Wallahu min wara-ihimmuheet
MS • Basmeih Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!
Audio (Mishary)
بَلۡ هُوَ قُرۡءَانٌ مَّجِيدٌ ٢١
Bal huwa qur-anun majeed
MS • Basmeih (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;
Audio (Mishary)
فِى لَوۡحٍ مَّحۡفُوظِۭ ٢٢
Fee lawhin mahfooth
MS • Basmeih (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.
Audio (Mishary)