بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
وَيۡلٌ لِّلۡمُطَفِّفِينَ ١
Waylun lilmutaffifeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),
Audio (Mishary)
ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكۡتَالُواۡ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسۡتَوۡفُونَ ٢
Allatheena itha iktalooAAala annasi yastawfoon
MS • Basmeih Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,
Audio (Mishary)
وَإِذَا كَالُوهُمۡ أَو وَّزَنُوهُمۡ يُخۡسِرُونَ ٣
Wa-itha kaloohum aw wazanoohumyukhsiroon
MS • Basmeih Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Audio (Mishary)
أَلَا يَظُنُّ أُوۡلَـٰٓئِكَ أَنَّهُم مَّبۡعُوثُونَ ٤
Ala yathunnu ola-ikaannahum mabAAoothoon
MS • Basmeih Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?
Audio (Mishary)
لِيَوۡمٍ عَظِيمٍ ٥
Liyawmin AAatheem
MS • Basmeih Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),
Audio (Mishary)
يَوۡمَ يَقُومُ ٱلنَّاسُ لِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٦
Yawma yaqoomu annasu lirabbialAAalameen
MS • Basmeih Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?
Audio (Mishary)
كَلَّآ إِنَّ كِتَـٰبَ ٱلۡفُجَّارِ لَفِى سِجِّينٍ ٧
Kalla inna kitaba alfujjarilafee sijjeen
MS • Basmeih Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam "Sijjiin".
Audio (Mishary)
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا سِجِّينٌ ٨
Wama adraka ma sijjeen
MS • Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia "Sijjiin" itu,
Audio (Mishary)
كِتَـٰبٌ مَّرۡقُومٌ ٩
Kitabun marqoom
MS • Basmeih Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata, (yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa).
Audio (Mishary)
وَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِّلۡمُكَذِّبِينَ ١٠
Waylun yawma-ithin lilmukaththibeen
MS • Basmeih Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan -
Audio (Mishary)
ٱلَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوۡمِ ٱلدِّينِ ١١
Allatheena yukaththiboonabiyawmi addeen
MS • Basmeih Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.
Audio (Mishary)
وَمَا يُكَذِّبُ بِهِۦٓ إِلَّا كُلُّ مُعۡتَدٍ أَثِيمٍ ١٢
Wama yukaththibu bihi illakullu muAAtadin atheem
MS • Basmeih Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!
Audio (Mishary)
إِذَا تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ءَايَـٰتُنَا قَالَ أَسَـٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٣
Itha tutla AAalayhi ayatunaqala asateeru al-awwaleen
MS • Basmeih (Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!"
Audio (Mishary)
كَلَّاۖ بَلۡۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُواۡ يَكۡسِبُونَ ١٤
Kalla bal rana AAalaquloobihim ma kanoo yaksiboon
MS • Basmeih Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
Audio (Mishary)
كَلَّآ إِنَّهُمۡ عَن رَّبِّهِمۡ يَوۡمَئِذٍ لَّمَحۡجُوبُونَ ١٥
Kalla innahum AAan rabbihim yawma-ithinlamahjooboon
MS • Basmeih Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.
Audio (Mishary)
ثُمَّ إِنَّهُمۡ لَصَالُواۡ ٱلۡجَحِيمِ ١٦
Thumma innahum lasaloo aljaheem
MS • Basmeih Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka.
Audio (Mishary)
ثُمَّ يُقَالُ هَـٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ ١٧
Thumma yuqalu hatha allatheekuntum bihi tukaththiboon
MS • Basmeih Akhirnya dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu."
Audio (Mishary)
كَلَّآ إِنَّ كِتَـٰبَ ٱلۡأَبۡرَارِ لَفِى عِلِّيِّينَ ١٨
Kalla inna kitaba al-abrarilafee AAilliyyeen
MS • Basmeih Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya "kitab suratan amal" orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam" Illiyiin".
Audio (Mishary)
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا عِلِّيُّونَ ١٩
Wama adraka maAAilliyyoon
MS • Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Illiyiin" itu?
Audio (Mishary)
كِتَـٰبٌ مَّرۡقُومٌ ٢٠
Kitabun marqoom
MS • Basmeih Ialah (tempat simpanan) kitab catitan yang jelas nyata,
Audio (Mishary)
يَشۡهَدُهُ ٱلۡمُقَرَّبُونَ ٢١
Yashhaduhu almuqarraboon
MS • Basmeih Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.
Audio (Mishary)
إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِى نَعِيمٍ ٢٢
Inna al-abrara lafee naAAeem
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat:
Audio (Mishary)
عَلَى ٱلۡأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ ٢٣
AAala al-ara-iki yanthuroon
MS • Basmeih Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).
Audio (Mishary)
تَعۡرِفُ فِى وُجُوهِهِمۡ نَضۡرَةَ ٱلنَّعِيمِ ٢٤
TaAArifu fee wujoohihim nadrata annaAAeem
MS • Basmeih Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.
Audio (Mishary)
يُسۡقَوۡنَ مِن رَّحِيقٍ مَّخۡتُومٍ ٢٥
Yusqawna min raheeqin makhtoom
MS • Basmeih Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya,
Audio (Mishary)
خِتَـٰمُهُۥ مِسۡكٌۚ وَفِى ذٰلِكَ فَلۡيَتَنَافَسِ ٱلۡمُتَنَـٰفِسُونَ ٢٦
Khitamuhu miskun wafee thalikafalyatanafasi almutanafisoon
MS • Basmeih Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;
Audio (Mishary)
وَمِزَاجُهُۥ مِن تَسۡنِيمٍ ٢٧
Wamizajuhu min tasneem
MS • Basmeih Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim":
Audio (Mishary)
عَيۡنًا يَشۡرَبُ بِهَا ٱلۡمُقَرَّبُونَ ٢٨
AAaynan yashrabu biha almuqarraboon
MS • Basmeih laitu matair yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).
Audio (Mishary)
إِنَّ ٱلَّذِينَ أَجۡرَمُواۡ كَانُواۡ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ يَضۡحَكُونَ ٢٩
Inna allatheena ajramoo kanoomina allatheena amanoo yadhakoon
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.
Audio (Mishary)
وَإِذَا مَرُّواۡ بِهِمۡ يَتَغَامَزُونَ ٣٠
Wa-itha marroo bihim yataghamazoon
MS • Basmeih Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱنقَلَبُوٓاۡ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِمُ ٱنقَلَبُواۡ فَكِهِينَ ٣١
Wa-itha inqalaboo ila ahlihimuinqalaboo fakiheen
MS • Basmeih Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;
Audio (Mishary)
وَإِذَا رَأَوۡهُمۡ قَالُوٓاۡ إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ لَضَآلُّونَ ٣٢
Wa-itha raawhum qaloo inna haola-iladalloon
MS • Basmeih Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!"
Audio (Mishary)
وَمَآ أُرۡسِلُواۡ عَلَيۡهِمۡ حَـٰفِظِينَ ٣٣
Wama orsiloo AAalayhim hafitheen
MS • Basmeih Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu!
Audio (Mishary)
فَٱلۡيَوۡمَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ مِنَ ٱلۡكُفَّارِ يَضۡحَكُونَ ٣٤
Falyawma allatheena amanoomina alkuffari yadhakoon
MS • Basmeih Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.
Audio (Mishary)
عَلَى ٱلۡأَرَآئِكِ يَنظُرُونَ ٣٥
AAala al-ara-iki yanthuroon
MS • Basmeih Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).
Audio (Mishary)
هَلۡ ثُوِّبَ ٱلۡكُفَّارُ مَا كَانُواۡ يَفۡعَلُونَ ٣٦
Hal thuwwiba alkuffaru ma kanooyafAAaloon
MS • Basmeih (Untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): "Bukankah orang-orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?"
Audio (Mishary)