بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
إِذَا ٱلشَّمۡسُ كُوِّرَتۡ ١
Itha ashshamsu kuwwirat
MS • Basmeih Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتۡ ٢
Wa-itha annujoomu inkadarat
MS • Basmeih Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ سُيِّرَتۡ ٣
Wa-itha aljibalu suyyirat
MS • Basmeih Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلۡعِشَارُ عُطِّلَتۡ ٤
Wa-itha alAAisharu AAuttilat
MS • Basmeih Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلۡوُحُوشُ حُشِرَتۡ ٥
Wa-itha alwuhooshu hushirat
MS • Basmeih Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ سُجِّرَتۡ ٦
Wa-itha albiharu sujjirat
MS • Basmeih Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتۡ ٧
Wa-itha annufoosu zuwwijat
MS • Basmeih Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلۡمَوۡءُۥدَةُ سُئِلَتۡ ٨
Wa-itha almawoodatu su-ilat
MS • Basmeih Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
Audio (Mishary)
بِأَىِّ ذَنۢبٍ قُتِلَتۡ ٩
Bi-ayyi thanbin qutilat
MS • Basmeih Dengan dosa apakah ia dibunuh?
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتۡ ١٠
Wa-itha assuhufunushirat
MS • Basmeih Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتۡ ١١
Wa-itha assamao kushitat
MS • Basmeih Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلۡجَحِيمُ سُعِّرَتۡ ١٢
Wa-itha aljaheemu suAAAAirat
MS • Basmeih Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
Audio (Mishary)
وَإِذَا ٱلۡجَنَّةُ أُزۡلِفَتۡ ١٣
Wa-itha aljannatu ozlifat
MS • Basmeih Dan apabila Syurga didekatkan;
Audio (Mishary)
عَلِمَتۡ نَفۡسٌ مَّآ أَحۡضَرَتۡ ١٤
AAalimat nafsun ma ahdarat
MS • Basmeih (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
Audio (Mishary)
فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلۡخُنَّسِ ١٥
Fala oqsimu bilkhunnas
MS • Basmeih Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;
Audio (Mishary)
ٱلۡجَوَارِ ٱلۡكُنَّسِ ١٦
Aljawari alkunnas
MS • Basmeih Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;
Audio (Mishary)
وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ ١٧
Wallayli itha AAasAAas
MS • Basmeih Dan malam, apabila ia hampir habis,
Audio (Mishary)
وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ ١٨
Wassubhi ithatanaffas
MS • Basmeih Dan siang, apabila ia mulai terang;
Audio (Mishary)
إِنَّهُۥ لَقَوۡلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ ١٩
Innahu laqawlu rasoolin kareem
MS • Basmeih Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,
Audio (Mishary)
ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلۡعَرۡشِ مَكِينٍ ٢٠
Thee quwwatin AAinda theealAAarshi makeen
MS • Basmeih Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
Audio (Mishary)
مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ ٢١
MutaAAin thamma ameen
MS • Basmeih Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
Audio (Mishary)
وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجۡنُونٍ ٢٢
Wama sahibukum bimajnoon
MS • Basmeih Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
Audio (Mishary)
وَلَقَدۡ رَءَاهُ بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡمُبِينِ ٢٣
Walaqad raahu bilofuqialmubeen
MS • Basmeih Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
Audio (Mishary)
وَمَا هُوَ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ بِضَنِينٍ ٢٤
Wama huwa AAala alghaybi bidaneen
MS • Basmeih Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
Audio (Mishary)
وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ شَيۡطَـٰنٍ رَّجِيمٍ ٢٥
Wama huwa biqawli shaytaninrajeem
MS • Basmeih Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
Audio (Mishary)
فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ ٢٦
Faayna tathhaboon
MS • Basmeih (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
Audio (Mishary)
إِنۡ هُوَ إِلَّا ذِكۡرٌ لِّلۡعَـٰلَمِينَ ٢٧
In huwa illa thikrun lilAAalameen
MS • Basmeih Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
Audio (Mishary)
لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَسۡتَقِيمَ ٢٨
Liman shaa minkum an yastaqeem
MS • Basmeih Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
Audio (Mishary)
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٢٩
Wama tashaoona illa anyashaa Allahu rabbu alAAalameen
MS • Basmeih Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Audio (Mishary)