بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
إِنَّآ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦٓ أَنۡ أَنذِرۡ قَوۡمَكَ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ ١
Inna arsalna noohan ilaqawmihi an anthir qawmaka min qabli an ya/tiyahum AAathabunaleem
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya".
Audio (Mishary)
قَالَ يَـٰقَوۡمِ إِنِّى لَكُمۡ نَذِيرٌ مُّبِينٌ ٢
Qala ya qawmi innee lakum natheerunmubeen
MS • Basmeih dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;
Audio (Mishary)
أَنِ ٱعۡبُدُواۡ ٱللَّهَ وَٱتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ ٣
Ani oAAbudoo Allaha wattaqoohuwaateeAAoon
MS • Basmeih "Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;
Audio (Mishary)
يَغۡفِرۡ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمۡ وَيُؤَخِّرۡكُمۡ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّىۚ إِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ إِذَا جَآءَ لَا يُؤَخَّرُۖ لَوۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٤
Yaghfir lakum min thunoobikumwayu-akhkhirkum ila ajalin musamman inna ajala Allahiitha jaa la yu-akhkharu law kuntumtaAAlamoon
MS • Basmeih "Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".
Audio (Mishary)
قَالَ رَبِّ إِنِّى دَعَوۡتُ قَوۡمِى لَيۡلاً وَنَهَارًا ٥
Qala rabbi innee daAAawtu qawmeelaylan wanahara
MS • Basmeih (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
Audio (Mishary)
فَلَمۡ يَزِدۡهُمۡ دُعَآءِىٓ إِلَّا فِرَارًا ٦
Falam yazidhum duAAa-ee illafirara
MS • Basmeih "Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
Audio (Mishary)
وَإِنِّى كُلَّمَا دَعَوۡتُهُمۡ لِتَغۡفِرَ لَهُمۡ جَعَلُوٓاۡ أَصَـٰبِعَهُمۡ فِىٓ ءَاذَانِهِمۡ وَٱسۡتَغۡشَوۡاۡ ثِيَابَهُمۡ وَأَصَرُّواۡ وَٱسۡتَكۡبَرُواۡ ٱسۡتِكۡبَارًا ٧
Wa-innee kullama daAAawtuhumlitaghfira lahum jaAAaloo asabiAAahum fee athanihimwastaghshaw thiyabahum waasarroo wastakbarooistikbara
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
Audio (Mishary)
ثُمَّ إِنِّى دَعَوۡتُهُمۡ جِهَارًا ٨
Thumma innee daAAawtuhum jihara
MS • Basmeih "Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang;
Audio (Mishary)
ثُمَّ إِنِّىٓ أَعۡلَنتُ لَهُمۡ وَأَسۡرَرۡتُ لَهُمۡ إِسۡرَارًا ٩
Thumma innee aAAlantu lahum waasrartu lahumisrara
MS • Basmeih "Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.
Audio (Mishary)
فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواۡ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًا ١٠
Faqultu istaghfiroo rabbakum innahu kanaghaffara
MS • Basmeih "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
Audio (Mishary)
يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارًا ١١
Yursili assamaa AAalaykummidrara
MS • Basmeih "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
Audio (Mishary)
وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوٰلٍ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّـٰتٍ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡهَـٰرًا ١٢
Wayumdidkum bi-amwalin wabaneenawayajAAal lakum jannatin wayajAAal lakum anhara
MS • Basmeih "Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
Audio (Mishary)
مَّا لَكُمۡ لَا تَرۡجُونَ لِلَّهِ وَقَارًا ١٣
Ma lakum la tarjoona lillahiwaqara
MS • Basmeih "Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), -
Audio (Mishary)
وَقَدۡ خَلَقَكُمۡ أَطۡوَارًا ١٤
Waqad khalaqakum atwara
MS • Basmeih "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?
Audio (Mishary)
أَلَمۡ تَرَوۡاۡ كَيۡفَ خَلَقَ ٱللَّهُ سَبۡعَ سَمَـٰوٰتٍ طِبَاقًا ١٥
Alam taraw kayfa khalaqa AllahusabAAa samawatin tibaqa
MS • Basmeih "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,
Audio (Mishary)
وَجَعَلَ ٱلۡقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ ٱلشَّمۡسَ سِرَاجًا ١٦
WajaAAala alqamara feehinna nooran wajaAAalaashshamsa siraja
MS • Basmeih "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),
Audio (Mishary)
وَٱللَّهُ أَنۢبَتَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ نَبَاتًا ١٧
Wallahu anbatakum mina al-ardinabata
MS • Basmeih "Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,
Audio (Mishary)
ثُمَّ يُعِيدُكُمۡ فِيهَا وَيُخۡرِجُكُمۡ إِخۡرَاجًا ١٨
Thumma yuAAeedukum feehawayukhrijukum ikhraja
MS • Basmeih "Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?
Audio (Mishary)
وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ بِسَاطًا ١٩
Wallahu jaAAala lakumu al-ardabisata
MS • Basmeih "Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,
Audio (Mishary)
لِّتَسۡلُكُواۡ مِنۡهَا سُبُلاً فِجَاجًا ٢٠
Litaslukoo minha subulan fijaja
MS • Basmeih "Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya".
Audio (Mishary)
قَالَ نُوحٌ رَّبِّ إِنَّهُمۡ عَصَوۡنِى وَٱتَّبَعُواۡ مَن لَّمۡ يَزِدۡهُ مَالُهُۥ وَوَلَدُهُۥٓ إِلَّا خَسَارًا ٢١
Qala noohun rabbi innahum AAasawneewattabaAAoo man lam yazidhu maluhu wawaladuhu illakhasara
MS • Basmeih Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).
Audio (Mishary)
وَمَكَرُواۡ مَكۡرًا كُبَّارًا ٢٢
Wamakaroo makran kubbara
MS • Basmeih "Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku).
Audio (Mishary)
وَقَالُواۡ لَا تَذَرُنَّ ءَالِهَتَكُمۡ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسۡرًا ٢٣
Waqaloo la tatharunna alihatakumwala tatharunna waddan wala suwaAAanwala yaghootha wayaAAooqa wanasra
MS • Basmeih "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.
Audio (Mishary)
وَقَدۡ أَضَلُّواۡ كَثِيرًاۖ وَلَا تَزِدِ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا ضَلَـٰلاً ٢٤
Waqad adalloo katheeran walatazidi aththalimeena illa dalala
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua".
Audio (Mishary)
مِّمَّا خَطِيٓـَٔـٰتِهِمۡ أُغۡرِقُواۡ فَأُدۡخِلُواۡ نَارًا فَلَمۡ يَجِدُواۡ لَهُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ أَنصَارًا ٢٥
Mimma khatee-atihimoghriqoo faodkhiloo naran falam yajidoo lahum min dooniAllahi ansara
MS • Basmeih Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).
Audio (Mishary)
وَقَالَ نُوحٌ رَّبِّ لَا تَذَرۡ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ دَيَّارًا ٢٦
Waqala noohun rabbi latathar AAala al-ardi mina alkafireenadayyara
MS • Basmeih Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!
Audio (Mishary)
إِنَّكَ إِن تَذَرۡهُمۡ يُضِلُّواۡ عِبَادَكَ وَلَا يَلِدُوٓاۡ إِلَّا فَاجِرًا كَفَّارًا ٢٧
Innaka in tatharhum yudillooAAibadaka wala yalidoo illa fajirankaffara
MS • Basmeih "Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.
Audio (Mishary)
رَّبِّ ٱغۡفِرۡ لِى وَلِوٰلِدَىَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيۡتِىَ مُؤۡمِنًا وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ وَلَا تَزِدِ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا تَبَارَۢا ٢٨
Rabbi ighfir lee waliwalidayyawaliman dakhala baytiya mu/minan walilmu/mineena walmu/minatiwala tazidi aththalimeena illatabaran
MS • Basmeih "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"
Audio (Mishary)