Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
69. Al-Haqqah (52 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Haqqah Ayah 1
ٱلۡحَآقَّةُ ١
Alhaqqa
MS • Basmeih Saat yang tetap berlaku itu -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 2
مَا ٱلۡحَآقَّةُ ٢
Ma alhaqqa
MS • Basmeih Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 3
وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡحَآقَّةُ ٣
Wama adraka ma alhaqqa
MS • Basmeih Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? (Saat itu ialah hari kiamat).
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 4
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ وَعَادُۢ بِٱلۡقَارِعَةِ ٤
Kaththabat thamoodu waAAadun bilqariAAa
MS • Basmeih Kaum Thamud dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggempar dan mengharukan itu.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 5
فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهۡلِكُواۡ بِٱلطَّاغِيَةِ ٥
Faamma thamoodu faohlikoo bittaghiya
MS • Basmeih Maka (masing-masing menerima azab dunianya) - adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 6
وَأَمَّا عَادٌ فَأُهۡلِكُواۡ بِرِيحٍ صَرۡصَرٍ عَاتِيَةٍ ٦
Waamma AAadun faohlikoo bireehinsarsarin AAatiya
MS • Basmeih Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 7
سَخَّرَهَا عَلَيۡهِمۡ سَبۡعَ لَيَالٍ وَثَمَـٰنِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى ٱلۡقَوۡمَ فِيهَا صَرۡعَىٰ كَأَنَّهُمۡ أَعۡجَازُ نَخۡلٍ خَاوِيَةٍ ٧
Sakhkharaha AAalayhim sabAAa layalinwathamaniyata ayyamin husooman fataraalqawma feeha sarAAa kaannahum aAAjazunakhlin khawiya
MS • Basmeih Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 8
فَهَلۡ تَرَىٰ لَهُم مِّنۢ بَاقِيَةٍ ٨
Fahal tara lahum min baqiya
MS • Basmeih Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 9
وَجَآءَ فِرۡعَوۡنُ وَمَن قَبۡلَهُۥ وَٱلۡمُؤۡتَفِكَـٰتُ بِٱلۡخَاطِئَةِ ٩
Wajaa firAAawnu waman qablahu walmu/tafikatubilkhati-a
MS • Basmeih Dan (selain dari mereka) datanglah Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripadanya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan - dengan melakukan perkara-perkara yang salah.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 10
فَعَصَوۡاۡ رَسُولَ رَبِّهِمۡ فَأَخَذَهُمۡ أَخۡذَةً رَّابِيَةً ١٠
FaAAasaw rasoola rabbihim faakhathahumakhthatan rabiya
MS • Basmeih Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 11
إِنَّا لَمَّا طَغَا ٱلۡمَآءُ حَمَلۡنَـٰكُمۡ فِى ٱلۡجَارِيَةِ ١١
Inna lamma taghaalmao hamalnakum fee aljariya
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami, - ketika air (banjir) melampaui hadnya (serta menenggelamkan gunung-ganang), - telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh (yang bergerak laju pelayarannya).
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 12
لِنَجۡعَلَهَا لَكُمۡ تَذۡكِرَةً وَتَعِيَهَآ أُذُنٌ وٰعِيَةٌ ١٢
LinajAAalaha lakum tathkiratanwataAAiyaha othunun waAAiya
MS • Basmeih (Kami lakukan yang demikian) untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 13
فَإِذَا نُفِخَ فِى ٱلصُّورِ نَفۡخَةٌ وٰحِدَةٌ ١٣
Fa-itha nufikha fee assoorinafkhatun wahida
MS • Basmeih Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 14
وَحُمِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَٱلۡجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وٰحِدَةً ١٤
Wahumilati al-ardu waljibalufadukkata dakkatan wahida
MS • Basmeih Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 15
فَيَوۡمَئِذٍ وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ ١٥
Fayawma-ithin waqaAAati alwaqiAAa
MS • Basmeih Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 16
وَٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَهِىَ يَوۡمَئِذٍ وَاهِيَةٌ ١٦
Wanshaqqati assamaofahiya yawma-ithin wahiya
MS • Basmeih Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 17
وَٱلۡمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرۡجَآئِهَا‌ۚ وَيَحۡمِلُ عَرۡشَ رَبِّكَ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَئِذٍ ثَمَـٰنِيَةٌ ١٧
Walmalaku AAala arja-ihawayahmilu AAarsha rabbika fawqahum yawma-ithin thamaniya
MS • Basmeih Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 18
يَوۡمَئِذٍ تُعۡرَضُونَ لَا تَخۡفَىٰ مِنكُمۡ خَافِيَةٌ ١٨
Yawma-ithin tuAAradoona latakhfa minkum khafiya
MS • Basmeih Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 19
فَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَيَقُولُ هَآؤُمُ ٱقۡرَءُواۡ كِتَـٰبِيَهۡ ١٩
Faamma man ootiya kitabahubiyameenihi fayaqoolu haomu iqraoo kitabiyah
MS • Basmeih Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 20
إِنِّى ظَنَنتُ أَنِّى مُلَـٰقٍ حِسَابِيَهۡ ٢٠
Innee thanantu annee mulaqinhisabiyah
MS • Basmeih "Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 21
فَهُوَ فِى عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ ٢١
Fahuwa fee AAeeshatin radiya
MS • Basmeih Maka (dengan itu) tinggalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 22
فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ ٢٢
Fee jannatin AAaliya
MS • Basmeih Di dalam Syurga yang tinggi (darjatnya), -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 23
قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ ٢٣
Qutoofuha daniya
MS • Basmeih Buah-buahannya dekat untuk dipetik.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 24
كُلُواۡ وَٱشۡرَبُواۡ هَنِيٓـــَٔۢا بِمَآ أَسۡلَفۡتُمۡ فِى ٱلۡأَيَّامِ ٱلۡخَالِيَةِ ٢٤
Kuloo washraboo hanee-an bimaaslaftum fee al-ayyami alkhaliya
MS • Basmeih (Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 25
وَأَمَّا مَنۡ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِشِمَالِهِۦ فَيَقُولُ يَـٰلَيۡتَنِى لَمۡ أُوتَ كِتَـٰبِيَهۡ ٢٥
Waamma man ootiya kitabahubishimalihi fayaqoolu ya laytanee lam oota kitabiyah
MS • Basmeih Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 26
وَلَمۡ أَدۡرِ مَا حِسَابِيَهۡ ٢٦
Walam adri ma hisabiyah
MS • Basmeih "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 27
يَـٰلَيۡتَهَا كَانَتِ ٱلۡقَاضِيَةَ ٢٧
Ya laytaha kanati alqadiya
MS • Basmeih "Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 28
مَآ أَغۡنَىٰ عَنِّى مَالِيَهۡۜ ٢٨
Ma aghna AAannee maliyah
MS • Basmeih "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 29
هَلَكَ عَنِّى سُلۡطَـٰنِيَهۡ ٢٩
Halaka AAannee sultaniyah
MS • Basmeih Kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 30
خُذُوهُ فَغُلُّوهُ ٣٠
Khuthoohu faghullooh
MS • Basmeih (Lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia, -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 31
ثُمَّ ٱلۡجَحِيمَ صَلُّوهُ ٣١
Thumma aljaheema sallooh
MS • Basmeih "Kemudian bakarlah dia di dalam neraka Jahiim; -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 32
ثُمَّ فِى سِلۡسِلَةٍ ذَرۡعُهَا سَبۡعُونَ ذِرَاعًا فَٱسۡلُكُوهُ ٣٢
Thumma fee silsilatin tharAAuhasabAAoona thiraAAan faslukooh
MS • Basmeih "Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 33
إِنَّهُۥ كَانَ لَا يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ ٱلۡعَظِيمِ ٣٣
Innahu kana la yu/minu billahialAAatheem
MS • Basmeih "Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar,
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 34
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ ٣٤
Wala yahuddu AAalataAAami almiskeen
MS • Basmeih "Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 35
فَلَيۡسَ لَهُ ٱلۡيَوۡمَ هَـٰهُنَا حَمِيمٌ ٣٥
Falaysa lahu alyawma hahuna hameem
MS • Basmeih "Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 36
وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنۡ غِسۡلِينٍ ٣٦
Wala taAAamun illamin ghisleen
MS • Basmeih "Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 37
لَّا يَأۡكُلُهُۥٓ إِلَّا ٱلۡخَـٰطِــُٔونَ ٣٧
La ya/kuluhu illa alkhati-oon
MS • Basmeih "Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah".
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 38
فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَا تُبۡصِرُونَ ٣٨
Fala oqsimu bima tubsiroon
MS • Basmeih Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya, -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 39
وَمَا لَا تُبۡصِرُونَ ٣٩
Wama la tubsiroon
MS • Basmeih Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya, -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 40
إِنَّهُۥ لَقَوۡلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ ٤٠
Innahu laqawlu rasoolin kareem
MS • Basmeih Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 41
وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ شَاعِرٍ‌ۚ قَلِيلاً مَّا تُؤۡمِنُونَ ٤١
Wama huwa biqawli shaAAirinqaleelan ma tu/minoon
MS • Basmeih Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 42
وَلَا بِقَوۡلِ كَاهِنٍ‌ۚ قَلِيلاً مَّا تَذَكَّرُونَ ٤٢
Wala biqawli kahinin qaleelanma tathakkaroon
MS • Basmeih Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 43
تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٤٣
Tanzeelun min rabbi alAAalameen
MS • Basmeih (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 44
وَلَوۡ تَقَوَّلَ عَلَيۡنَا بَعۡضَ ٱلۡأَقَاوِيلِ ٤٤
Walaw taqawwala AAalayna baAAdaal-aqaweel
MS • Basmeih Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta - sebarang kata-kata rekaan, -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 45
لَأَخَذۡنَا مِنۡهُ بِٱلۡيَمِينِ ٤٥
Laakhathna minhu bilyameen
MS • Basmeih Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami, -
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 46
ثُمَّ لَقَطَعۡنَا مِنۡهُ ٱلۡوَتِينَ ٤٦
Thumma laqataAAna minhualwateen
MS • Basmeih Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta);
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 47
فَمَا مِنكُم مِّنۡ أَحَدٍ عَنۡهُ حَـٰجِزِينَ ٤٧
Fama minkum min ahadin AAanhu hajizeen
MS • Basmeih Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 48
وَإِنَّهُۥ لَتَذۡكِرَةٌ لِّلۡمُتَّقِينَ ٤٨
Wa-innahu latathkiratun lilmuttaqeen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 49
وَإِنَّا لَنَعۡلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبِينَ ٤٩
Wa-inna lanaAAlamu anna minkum mukaththibeen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 50
وَإِنَّهُۥ لَحَسۡرَةٌ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ ٥٠
Wa-innahu lahasratun AAala alkafireen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 51
وَإِنَّهُۥ لَحَقُّ ٱلۡيَقِينِ ٥١
Wa-innahu lahaqqu alyaqeen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).
Audio (Mishary)
Al-Haqqah Ayah 52
فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ ٥٢
Fasabbih bismi rabbika alAAatheem
MS • Basmeih Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Audio (Mishary)