Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
67. Al-Mulk (30 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Mulk Ayah 1
تَبَـٰرَكَ ٱلَّذِى بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ قَدِيرٌ ١
Tabaraka allathee biyadihialmulku wahuwa AAala kulli shay-in qadeer
MS • Basmeih Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 2
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ٢
Allathee khalaqa almawta walhayataliyabluwakum ayyukum ahsanu AAamalan wahuwa alAAazeezualghafoor
MS • Basmeih Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 3
ٱلَّذِى خَلَقَ سَبۡعَ سَمَـٰوٰتٍ طِبَاقًا‌ۖ مَّا تَرَىٰ فِى خَلۡقِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ مِن تَفَـٰوُتٍ‌ۖ فَٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ هَلۡ تَرَىٰ مِن فُطُورٍ ٣
Allathee khalaqa sabAAa samawatintibaqan ma tara fee khalqi arrahmanimin tafawutin farjiAAi albasara hal taramin futoor
MS • Basmeih Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 4
ثُمَّ ٱرۡجِعِ ٱلۡبَصَرَ كَرَّتَيۡنِ يَنقَلِبۡ إِلَيۡكَ ٱلۡبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ ٤
Thumma irjiAAi albasara karratayniyanqalib ilayka albasaru khasi-an wahuwa haseer
MS • Basmeih Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 5
وَلَقَدۡ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِمَصَـٰبِيحَ وَجَعَلۡنَـٰهَا رُجُومًا لِّلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَأَعۡتَدۡنَا لَهُمۡ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ ٥
Walaqad zayyanna assamaaaddunya bimasabeeha wajaAAalnaharujooman lishshayateeni waaAAtadna lahumAAathaba assaAAeer
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 6
وَلِلَّذِينَ كَفَرُواۡ بِرَبِّهِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ ٦
Walillatheena kafaroo birabbihim AAathabujahannama wabi/sa almaseer
MS • Basmeih Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 7
إِذَآ أُلۡقُواۡ فِيهَا سَمِعُواۡ لَهَا شَهِيقًا وَهِىَ تَفُورُ ٧
Itha olqoo feeha samiAAoo lahashaheeqan wahiya tafoor
MS • Basmeih Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 8
تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ ٱلۡغَيۡظِ‌ۖ كُلَّمَآ أُلۡقِىَ فِيهَا فَوۡجٌ سَأَلَهُمۡ خَزَنَتُهَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَذِيرٌ ٨
Takadu tamayyazu mina alghaythikullama olqiya feeha fawjun saalahum khazanatuhaalam ya/tikum natheer
MS • Basmeih Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 9
قَالُواۡ بَلَىٰ قَدۡ جَآءَنَا نَذِيرٌ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَىۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِى ضَلَـٰلٍ كَبِيرٍ ٩
Qaloo bala qad jaananatheerun fakaththabna waqulna manazzala Allahu min shay-in in antum illa fee dalalinkabeer
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 10
وَقَالُواۡ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ ١٠
Waqaloo law kunna nasmaAAu awnaAAqilu ma kunna fee as-habi assaAAeer
MS • Basmeih Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 11
فَٱعۡتَرَفُواۡ بِذَنۢبِهِمۡ فَسُحۡقًا لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ ١١
FaAAtarafoo bithanbihim fasuhqanli-as-habi assaAAeer
MS • Basmeih Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 12
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُم بِٱلۡغَيۡبِ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ وَأَجۡرٌ كَبِيرٌ ١٢
Inna allatheena yakhshawna rabbahumbilghaybi lahum maghfiratun waajrun kabeer
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 13
وَأَسِرُّواۡ قَوۡلَكُمۡ أَوِ ٱجۡهَرُواۡ بِهِۦٓ‌ۖ إِنَّهُۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ١٣
Waasirroo qawlakum awi ijharoo bihi innahuAAaleemun bithati assudoor
MS • Basmeih Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 14
أَلَا يَعۡلَمُ مَنۡ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُ ١٤
Ala yaAAlamu man khalaqa wahuwa allateefualkhabeer
MS • Basmeih Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 15
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولاً فَٱمۡشُواۡ فِى مَنَاكِبِهَا وَكُلُواۡ مِن رِّزۡقِهِۦ‌ۖ وَإِلَيۡهِ ٱلنُّشُورُ ١٥
Huwa allathee jaAAala lakumu al-ardathaloolan famshoo fee manakibihawakuloo min rizqihi wa-ilayhi annushoor
MS • Basmeih Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 16
ءَأَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يَخۡسِفَ بِكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فَإِذَا هِىَ تَمُورُ ١٦
Aamintum man fee assama-i anyakhsifa bikumu al-arda fa-itha hiya tamoor
MS • Basmeih Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 17
أَمۡ أَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يُرۡسِلَ عَلَيۡكُمۡ حَاصِبًا‌ۖ فَسَتَعۡلَمُونَ كَيۡفَ نَذِيرِ ١٧
Am amintum man fee assama-ian yursila AAalaykum hasiban fasataAAlamoona kayfa natheer
MS • Basmeih Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 18
وَلَقَدۡ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ فَكَيۡفَ كَانَ نَكِيرِ ١٨
Walaqad kaththaba allatheenamin qablihim fakayfa kana nakeer
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 19
أَوَلَمۡ يَرَوۡاۡ إِلَى ٱلطَّيۡرِ فَوۡقَهُمۡ صَـٰٓفَّـٰتٍ وَيَقۡبِضۡنَ‌ۚ مَا يُمۡسِكُهُنَّ إِلَّا ٱلرَّحۡمَـٰنُ‌ۚ إِنَّهُۥ بِكُلِّ شَىۡءِۭ بَصِيرٌ ١٩
Awa lam yaraw ila attayrifawqahum saffatin wayaqbidna mayumsikuhunna illa arrahmanu innahubikulli shay-in baseer
MS • Basmeih Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 20
أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى هُوَ جُندٌ لَّكُمۡ يَنصُرُكُم مِّن دُونِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ‌ۚ إِنِ ٱلۡكَـٰفِرُونَ إِلَّا فِى غُرُورٍ ٢٠
Amman hatha allathee huwajundun lakum yansurukum min dooni arrahmaniini alkafiroona illa fee ghuroor
MS • Basmeih Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 21
أَمَّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى يَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥ‌ۚ بَل لَّجُّواۡ فِى عُتُوٍّ وَنُفُورٍ ٢١
Amman hatha allatheeyarzuqukum in amsaka rizqahu bal lajjoo fee AAutuwwin wanufoor
MS • Basmeih Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 22
أَفَمَن يَمۡشِى مُكِبًّا عَلَىٰ وَجۡهِهِۦٓ أَهۡدَىٰٓ أَمَّن يَمۡشِى سَوِيًّا عَلَىٰ صِرٰطٍ مُّسۡتَقِيمٍ ٢٢
Afaman yamshee mukibban AAala wajhihiahda amman yamshee sawiyyan AAala siratinmustaqeem
MS • Basmeih Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 23
قُلۡ هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَكُمۡ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡــِٔدَةَ‌ۖ قَلِيلاً مَّا تَشۡكُرُونَ ٢٣
Qul huwa allathee anshaakum wajaAAalalakumu assamAAa wal-absara wal-af-idataqaleelan ma tashkuroon
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 24
قُلۡ هُوَ ٱلَّذِى ذَرَأَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَإِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ ٢٤
Qul huwa allathee tharaakumfee al-ardi wa-ilayhi tuhsharoon
MS • Basmeih Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 25
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا ٱلۡوَعۡدُ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ ٢٥
Wayaqooloona mata hathaalwaAAdu in kuntum sadiqeen
MS • Basmeih Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 26
قُلۡ إِنَّمَا ٱلۡعِلۡمُ عِندَ ٱللَّهِ وَإِنَّمَآ أَنَاۡ نَذِيرٌ مُّبِينٌ ٢٦
Qul innama alAAilmu AAinda Allahiwa-innama ana natheerun mubeen
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 27
فَلَمَّا رَأَوۡهُ زُلۡفَةً سِيٓــَٔتۡ وُجُوهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ وَقِيلَ هَـٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تَدَّعُونَ ٢٧
Falamma raawhu zulfatan see-atwujoohu allatheena kafaroo waqeela hatha allatheekuntum bihi taddaAAoon
MS • Basmeih Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 28
قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَهۡلَكَنِىَ ٱللَّهُ وَمَن مَّعِىَ أَوۡ رَحِمَنَا فَمَن يُجِيرُ ٱلۡكَـٰفِرِينَ مِنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ ٢٨
Qul araaytum in ahlakaniya Allahuwaman maAAiya aw rahimana faman yujeeru alkafireenamin AAathabin aleem
MS • Basmeih Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 29
قُلۡ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ءَامَنَّا بِهِۦ وَعَلَيۡهِ تَوَكَّلۡنَا‌ۖ فَسَتَعۡلَمُونَ مَنۡ هُوَ فِى ضَلَـٰلٍ مُّبِينٍ ٢٩
Qul huwa arrahmanu amannabihi waAAalayhi tawakkalna fasataAAlamoona man huwa fee dalalinmubeen
MS • Basmeih Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
Audio (Mishary)
Al-Mulk Ayah 30
قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِنۡ أَصۡبَحَ مَآؤُكُمۡ غَوۡرًا فَمَن يَأۡتِيكُم بِمَآءٍ مَّعِينِۭ ٣٠
Qul araaytum in asbaha maokumghawran faman ya/teekum bima-in maAAeen
MS • Basmeih Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
Audio (Mishary)