Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
64. At-Taghabun (18 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

At-Taghabun Ayah 1
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ وَلَهُ ٱلۡحَمۡدُ‌ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ قَدِيرٌ ١
Yusabbihu lillahi ma feeassamawati wama fee al-ardilahu almulku walahu alhamdu wahuwa AAala kullishay-in qadeer
MS • Basmeih Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 2
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ فَمِنكُمۡ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤۡمِنٌ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ ٢
Huwa allathee khalaqakum faminkum kafirunwaminkum mu/minun wallahu bima taAAmaloonabaseer
MS • Basmeih Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 3
خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ بِٱلۡحَقِّ وَصَوَّرَكُمۡ فَأَحۡسَنَ صُوَرَكُمۡ‌ۖ وَإِلَيۡهِ ٱلۡمَصِيرُ ٣
Khalaqa assamawati wal-ardabilhaqqi wasawwarakum faahsana suwarakumwa-ilayhi almaseer
MS • Basmeih Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 4
يَعۡلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَيَعۡلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعۡلِنُونَ‌ۚ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ٤
YaAAlamu ma fee assamawatiwal-ardi wayaAAlamu ma tusirroona wamatuAAlinoona wallahu AAaleemun bithati assudoor
MS • Basmeih Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 5
أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَبَؤُاۡ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ مِن قَبۡلُ فَذَاقُواۡ وَبَالَ أَمۡرِهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ ٥
Alam ya/tikum nabao allatheena kafaroomin qablu fathaqoo wabala amrihim walahum AAathabunaleem
MS • Basmeih Bukankah telah sampai kepada kamu berita orang-orang kafir yang telah lalu? Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka; dan mereka (pada hari akhirat kelak) beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 6
ذٰلِكَ بِأَنَّهُۥ كَانَت تَّأۡتِيهِمۡ رُسُلُهُم بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ فَقَالُوٓاۡ أَبَشَرٌ يَهۡدُونَنَا فَكَفَرُواۡ وَتَوَلَّواۡ‌ۚ وَّٱسۡتَغۡنَى ٱللَّهُ‌ۚ وَٱللَّهُ غَنِىٌّ حَمِيدٌ ٦
Thalika bi-annahu kanatta/teehim rusuluhum bilbayyinati faqalooabasharun yahdoonana fakafaroo watawallaw wastaghnaAllahu wallahu ghaniyyun hameed
MS • Basmeih (Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka berkata:" Patutkah manusia (yang seperti kami - menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?" Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran); dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka); dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 7
زَعَمَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاۡ أَن لَّن يُبۡعَثُواۡ‌ۚ قُلۡ بَلَىٰ وَرَبِّى لَتُبۡعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلۡتُمۡ‌ۚ وَذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ ٧
ZaAAama allatheena kafaroo an lanyubAAathoo qul bala warabbee latubAAathunna thummalatunabbaonna bima AAamiltum wathalika AAalaAllahi yaseer
MS • Basmeih (Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: "Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 8
فَـَٔـامِنُواۡ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَٱلنُّورِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلۡنَا‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ ٨
Faaminoo billahiwarasoolihi wannoori allathee anzalna wallahubima taAAmaloona khabeer
MS • Basmeih Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 9
يَوۡمَ يَجۡمَعُكُمۡ لِيَوۡمِ ٱلۡجَمۡعِ‌ۖ ذٰلِكَ يَوۡمُ ٱلتَّغَابُنِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا يُكَفِّرۡ عَنۡهُ سَيِّـَٔـاتِهِۦ وَيُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا‌ۚ ذٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ٩
Yawma yajmaAAukum liyawmi aljamAAi thalikayawmu attaghabuni waman yu/min billahiwayaAAmal salihan yukaffir AAanhu sayyi-atihiwayudkhilhu jannatin tajree min tahtihaal-anharu khalideena feeha abadan thalikaalfawzu alAAatheem
MS • Basmeih (Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 10
وَٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ وَكَذَّبُواۡ بِـَٔـايَـٰتِنَآ أُوۡلَـٰٓئِكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ ١٠
Wallatheena kafaroo wakaththaboobi-ayatina ola-ika as-habuannari khalideena feeha wabi/sa almaseer
MS • Basmeih Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekalah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 11
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَهۡدِ قَلۡبَهُۥ‌ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ ١١
Ma asaba min museebatinilla bi-ithni Allahi waman yu/min billahiyahdi qalbahu wallahu bikulli shay-in AAaleem
MS • Basmeih Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 12
وَأَطِيعُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواۡ ٱلرَّسُولَ‌ۚ فَإِن تَوَلَّيۡتُمۡ فَإِنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلۡبَلَـٰغُ ٱلۡمُبِينُ ١٢
WaateeAAoo Allaha waateeAAooarrasoola fa-in tawallaytum fa-innama AAalarasoolina albalaghu almubeen
MS • Basmeih Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 13
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡيَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ١٣
Allahu la ilaha illahuwa waAAala Allahi falyatawakkali almu/minoon
MS • Basmeih Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 14
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاۡ إِنَّ مِنۡ أَزۡوٰجِكُمۡ وَأَوۡلَـٰدِكُمۡ عَدُوًّا لَّكُمۡ فَٱحۡذَرُوهُمۡ‌ۚ وَإِن تَعۡفُواۡ وَتَصۡفَحُواۡ وَتَغۡفِرُواۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ١٤
Ya ayyuha allatheena amanooinna min azwajikum waawladikum AAaduwwan lakum fahtharoohumwa-in taAAfoo watasfahoo wataghfiroo fa-inna Allahaghafoorun raheem
MS • Basmeih Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 15
إِنَّمَآ أَمۡوٰلُكُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةٌ‌ۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجۡرٌ عَظِيمٌ ١٥
Innama amwalukum waawladukumfitnatun wallahu AAindahu ajrun AAatheem
MS • Basmeih Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 16
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ وَٱسۡمَعُواۡ وَأَطِيعُواۡ وَأَنفِقُواۡ خَيۡرًا لِّأَنفُسِكُمۡ‌ۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوۡلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٦
Fattaqoo Allaha maistataAAtum wasmaAAoo waateeAAoo waanfiqookhayran li-anfusikum waman yooqa shuhha nafsihi faola-ikahumu almuflihoon
MS • Basmeih Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 17
إِن تُقۡرِضُواۡ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنًا يُضَـٰعِفۡهُ لَكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ ١٧
In tuqridoo Allaha qardanhasanan yudaAAifhu lakum wayaghfir lakum wallahushakoorun haleem
MS • Basmeih Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
Audio (Mishary)
At-Taghabun Ayah 18
عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ١٨
AAalimu alghaybi washshahadatialAAazeezu alhakeem
MS • Basmeih Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Audio (Mishary)