Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
50. Qaf (45 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Qaf Ayah 1
قٓ‌ۚ وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡمَجِيدِ ١
Qaf walqur-ani almajeed
MS • Basmeih Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 2
بَلۡ عَجِبُوٓاۡ أَن جَآءَهُم مُّنذِرٌ مِّنۡهُمۡ فَقَالَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ هَـٰذَا شَىۡءٌ عَجِيبٌ ٢
Bal AAajiboo an jaahum munthirunminhum faqala alkafiroona hatha shay-onAAajeeb
MS • Basmeih (Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu perkara yang menakjubkan!
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 3
أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابًا‌ۖ ذٰلِكَ رَجۡعُۢ بَعِيدٌ ٣
A-itha mitna wakunna turabanthalika rajAAun baAAeed
MS • Basmeih "Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)".
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 4
قَدۡ عَلِمۡنَا مَا تَنقُصُ ٱلۡأَرۡضُ مِنۡهُمۡ‌ۖ وَعِندَنَا كِتَـٰبٌ حَفِيظُۢ ٤
Qad AAalimna ma tanqusual-ardu minhum waAAindana kitabun hafeeth
MS • Basmeih (Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catitan segala perkara yang berlaku).
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 5
بَلۡ كَذَّبُواۡ بِٱلۡحَقِّ لَمَّا جَآءَهُمۡ فَهُمۡ فِىٓ أَمۡرٍ مَّرِيجٍ ٥
Bal kaththaboo bilhaqqilamma jaahum fahum fee amrin mareej
MS • Basmeih (Mereka tidak mahu berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang serba kacau.
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 6
أَفَلَمۡ يَنظُرُوٓاۡ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَوۡقَهُمۡ كَيۡفَ بَنَيۡنَـٰهَا وَزَيَّنَّـٰهَا وَمَا لَهَا مِن فُرُوجٍ ٦
Afalam yanthuroo ila assama-ifawqahum kayfa banaynaha wazayyannahawama laha min furooj
MS • Basmeih (Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang? -
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 7
وَٱلۡأَرۡضَ مَدَدۡنَـٰهَا وَأَلۡقَيۡنَا فِيهَا رَوٰسِىَ وَأَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجِۭ بَهِيجٍ ٧
Wal-arda madadnahawaalqayna feeha rawasiya waanbatnafeeha min kulli zawjin baheej
MS • Basmeih Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur?
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 8
تَبۡصِرَةً وَذِكۡرَىٰ لِكُلِّ عَبۡدٍ مُّنِيبٍ ٨
Tabsiratan wathikralikulli AAabdin muneeb
MS • Basmeih (Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 9
وَنَزَّلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً مُّبَـٰرَكًا فَأَنۢبَتۡنَا بِهِۦ جَنَّـٰتٍ وَحَبَّ ٱلۡحَصِيدِ ٩
Wanazzalna mina assama-imaan mubarakan faanbatna bihi jannatinwahabba alhaseed
MS • Basmeih Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai;
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 10
وَٱلنَّخۡلَ بَاسِقَـٰتٍ لَّهَا طَلۡعٌ نَّضِيدٌ ١٠
Wannakhla basiqatinlaha talAAun nadeed
MS • Basmeih Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya;
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 11
رِّزۡقًا لِّلۡعِبَادِ‌ۖ وَأَحۡيَيۡنَا بِهِۦ بَلۡدَةً مَّيۡتًا‌ۚ كَذٰلِكَ ٱلۡخُرُوجُ ١١
Rizqan lilAAibadi waahyaynabihi baldatan maytan kathalika alkhurooj
MS • Basmeih (Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati; demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 12
كَذَّبَتۡ قَبۡلَهُمۡ قَوۡمُ نُوحٍ وَأَصۡحَـٰبُ ٱلرَّسِّ وَثَمُودُ ١٢
Kaththabat qablahum qawmu noohinwaas-habu arrassi wathamood
MS • Basmeih Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu - kaum Nabi Nuh, dan "Ashaabur-Rassi" serta Thamud (kaum Nabi Soleh), telah juga mendustakan Rasul masing-masing,
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 13
وَعَادٌ وَفِرۡعَوۡنُ وَإِخۡوٰنُ لُوطٍ ١٣
WaAAadun wafirAAawnu wa-ikhwanuloot
MS • Basmeih Dan juga Aad (kaum Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi Lut,
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 14
وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡأَيۡكَةِ وَقَوۡمُ تُبَّعٍ‌ۚ كُلٌّ كَذَّبَ ٱلرُّسُلَ فَحَقَّ وَعِيدِ ١٤
Waas-habu al-aykati waqawmutubbaAAin kullun kaththaba arrusula fahaqqawaAAeed
MS • Basmeih Dan juga penduduk "Aikah", serta kaum " Tubba' "; tiap-tiap satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepadanya), lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 15
أَفَعَيِينَا بِٱلۡخَلۡقِ ٱلۡأَوَّلِ‌ۚ بَلۡ هُمۡ فِى لَبۡسٍ مِّنۡ خَلۡقٍ جَدِيدٍ ١٥
AfaAAayeena bilkhalqial-awwali bal hum fee labsin min khalqin jadeed
MS • Basmeih (Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak! Dan merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baharu.
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 16
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيدِ ١٦
Walaqad khalaqna al-insanawanaAAlamu ma tuwaswisu bihi nafsuhu wanahnu aqrabuilayhi min habli alwareed
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 17
إِذۡ يَتَلَقَّى ٱلۡمُتَلَقِّيَانِ عَنِ ٱلۡيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ قَعِيدٌ ١٧
Ith yatalaqqa almutalaqqiyaniAAani alyameeni waAAani ashshimali qaAAeed
MS • Basmeih Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 18
مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ ١٨
Ma yalfithu min qawlinilla ladayhi raqeebun AAateed
MS • Basmeih Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 19
وَجَآءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّ‌ۖ ذٰلِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِيدُ ١٩
Wajaat sakratu almawti bilhaqqithalika ma kunta minhu taheed
MS • Basmeih Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 20
وَنُفِخَ فِى ٱلصُّورِ‌ۚ ذٰلِكَ يَوۡمُ ٱلۡوَعِيدِ ٢٠
Wanufikha fee assoori thalikayawmu alwaAAeed
MS • Basmeih Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang telah diberikan.
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 21
وَجَآءَتۡ كُلُّ نَفۡسٍ مَّعَهَا سَآئِقٌ وَشَهِيدٌ ٢١
Wajaat kullu nafsin maAAaha sa-iqunwashaheed
MS • Basmeih Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 22
لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ ٢٢
Laqad kunta fee ghaflatin min hathafakashafna AAanka ghitaaka fabasarukaalyawma hadeed
MS • Basmeih (Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 23
وَقَالَ قَرِينُهُۥ هَـٰذَا مَا لَدَىَّ عَتِيدٌ ٢٣
Waqala qareenuhu hatha maladayya AAateed
MS • Basmeih Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)".
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 24
أَلۡقِيَا فِى جَهَنَّمَ كُلَّ كَفَّارٍ عَنِيدٍ ٢٤
Alqiya fee jahannama kulla kaffarinAAaneed
MS • Basmeih (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya; -
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 25
مَّنَّاعٍ لِّلۡخَيۡرِ مُعۡتَدٍ مُّرِيبٍ ٢٥
MannaAAin lilkhayri muAAtadin mureeb
MS • Basmeih "Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum ugama, lagi yang meragukan kebenaran,
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 26
ٱلَّذِى جَعَلَ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ فَأَلۡقِيَاهُ فِى ٱلۡعَذَابِ ٱلشَّدِيدِ ٢٦
Allathee jaAAala maAAa Allahiilahan akhara faalqiyahu fee alAAathabiashshadeed
MS • Basmeih "Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 27
۞قَالَ قَرِينُهُۥ رَبَّنَا مَآ أَطۡغَيۡتُهُۥ وَلَـٰكِن كَانَ فِى ضَلَـٰلِۭ بَعِيدٍ ٢٧
Qala qareenuhu rabbana maatghaytuhu walakin kana fee dalalinbaAAeed
MS • Basmeih (Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 28
قَالَ لَا تَخۡتَصِمُواۡ لَدَىَّ وَقَدۡ قَدَّمۡتُ إِلَيۡكُم بِٱلۡوَعِيدِ ٢٨
Qala la takhtasimooladayya waqad qaddamtu ilaykum bilwaAAeed
MS • Basmeih Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 29
مَا يُبَدَّلُ ٱلۡقَوۡلُ لَدَىَّ وَمَآ أَنَاۡ بِظَلَّـٰمٍ لِّلۡعَبِيدِ ٢٩
Ma yubaddalu alqawlu ladayya wamaana bithallamin lilAAabeed
MS • Basmeih "KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 30
يَوۡمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ ٱمۡتَلَأۡتِ وَتَقُولُ هَلۡ مِن مَّزِيدٍ ٣٠
Yawma naqoolu lijahannama hali imtala/tiwataqoolu hal min mazeed
MS • Basmeih (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 31
وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ غَيۡرَ بَعِيدٍ ٣١
Waozlifati aljannatu lilmuttaqeena ghayrabaAAeed
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 32
هَـٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ ٣٢
Hatha ma tooAAadoona likulliawwabin hafeeth
MS • Basmeih (Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 33
مَّنۡ خَشِىَ ٱلرَّحۡمَـٰنَ بِٱلۡغَيۡبِ وَجَآءَ بِقَلۡبٍ مُّنِيبٍ ٣٣
Man khashiya arrahmanabilghaybi wajaa biqalbin muneeb
MS • Basmeih "(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 34
ٱدۡخُلُوهَا بِسَلَـٰمٍ‌ۖ ذٰلِكَ يَوۡمُ ٱلۡخُلُودِ ٣٤
Odkhulooha bisalamin thalikayawmu alkhulood
MS • Basmeih (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 35
لَهُم مَّا يَشَآءُونَ فِيهَا وَلَدَيۡنَا مَزِيدٌ ٣٥
Lahum ma yashaoona feehawaladayna mazeed
MS • Basmeih Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 36
وَكَمۡ أَهۡلَكۡنَا قَبۡلَهُم مِّن قَرۡنٍ هُمۡ أَشَدُّ مِنۡهُم بَطۡشًا فَنَقَّبُواۡ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ هَلۡ مِن مَّحِيصٍ ٣٦
Wakam ahlakna qablahum min qarnin humashaddu minhum batshan fanaqqaboo fee albiladi halmin mahees
MS • Basmeih Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 37
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَذِكۡرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُۥ قَلۡبٌ أَوۡ أَلۡقَى ٱلسَّمۡعَ وَهُوَ شَهِيدٌ ٣٧
Inna fee thalika lathikraliman kana lahu qalbun aw alqa assamAAawahuwa shaheed
MS • Basmeih Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 38
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ وَمَا مَسَّنَا مِن لُّغُوبٍ ٣٨
Walaqad khalaqna assamawatiwal-arda wama baynahuma fee sittatiayyamin wama massana min lughoob
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 39
فَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ قَبۡلَ طُلُوعِ ٱلشَّمۡسِ وَقَبۡلَ ٱلۡغُرُوبِ ٣٩
Fasbir AAala mayaqooloona wasabbih bihamdi rabbika qabla tulooAAiashshamsi waqabla alghuroob
MS • Basmeih Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 40
وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَسَبِّحۡهُ وَأَدۡبَـٰرَ ٱلسُّجُودِ ٤٠
Wamina allayli fasabbihhu waadbaraassujood
MS • Basmeih Serta bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 41
وَٱسۡتَمِعۡ يَوۡمَ يُنَادِ ٱلۡمُنَادِ مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ ٤١
WastamiAA yawma yunadi almunadimin makanin qareeb
MS • Basmeih Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya),
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 42
يَوۡمَ يَسۡمَعُونَ ٱلصَّيۡحَةَ بِٱلۡحَقِّ‌ۚ ذٰلِكَ يَوۡمُ ٱلۡخُرُوجِ ٤٢
Yawma yasmaAAoona assayhatabilhaqqi thalika yawmu alkhurooj
MS • Basmeih Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur.
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 43
إِنَّا نَحۡنُ نُحۡىِۦ وَنُمِيتُ وَإِلَيۡنَا ٱلۡمَصِيرُ ٤٣
Inna nahnu nuhyeewanumeetu wa-ilayna almaseer
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 44
يَوۡمَ تَشَقَّقُ ٱلۡأَرۡضُ عَنۡهُمۡ سِرَاعًا‌ۚ ذٰلِكَ حَشۡرٌ عَلَيۡنَا يَسِيرٌ ٤٤
Yawma tashaqqaqu al-ardu AAanhum siraAAanthalika hashrun AAalayna yaseer
MS • Basmeih Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.
Audio (Mishary)
Qaf Ayah 45
نَّحۡنُ أَعۡلَمُ بِمَا يَقُولُونَ‌ۖ وَمَآ أَنتَ عَلَيۡهِم بِجَبَّارٍ‌ۖ فَذَكِّرۡ بِٱلۡقُرۡءَانِ مَن يَخَافُ وَعِيدِ ٤٥
Nahnu aAAlamu bima yaqooloonawama anta AAalayhim bijabbarin fathakkir bilqur-animan yakhafu waAAeed
MS • Basmeih Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.
Audio (Mishary)