MyKhatam
Sign In

Surah Ad-Dukhan

Surah 44 · 59 Ayahs · Meccan · Juz 25

Read with Uthmanic Arabic text, transliteration, Sahih International English translation, and Malay Basmeih translation.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful.

Ad-Dukhan Ayah 1
حمٓ ١
Ha-meem
MS • Basmeih Haa, Miim.
Ad-Dukhan Ayah 2
وَٱلۡكِتَـٰبِ ٱلۡمُبِينِ ٢
Walkitabi almubeen
MS • Basmeih Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.
Ad-Dukhan Ayah 3
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةٍ مُّبَـٰرَكَةٍ‌ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ٣
Inna anzalnahu fee laylatin mubarakatininna kunna munthireen
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
Ad-Dukhan Ayah 4
فِيهَا يُفۡرَقُ كُلُّ أَمۡرٍ حَكِيمٍ ٤
Feeha yufraqu kullu amrin hakeem
MS • Basmeih (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
Ad-Dukhan Ayah 5
أَمۡرًا مِّنۡ عِندِنَآ‌ۚ إِنَّا كُنَّا مُرۡسِلِينَ ٥
Amran min AAindina inna kunnamursileen
MS • Basmeih Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.
Ad-Dukhan Ayah 6
رَحۡمَةً مِّن رَّبِّكَ‌ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٦
Rahmatan min rabbika innahu huwa assameeAAualAAaleem
MS • Basmeih (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).
Ad-Dukhan Ayah 7
رَبِّ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَآ‌ۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ ٧
Rabbi assamawati wal-ardiwama baynahuma in kuntum mooqineen
MS • Basmeih Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).
Ad-Dukhan Ayah 8
لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ يُحۡىِۦ وَيُمِيتُ‌ۖ رَبُّكُمۡ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ ٨
La ilaha illa huwa yuhyeewayumeetu rabbukum warabbu aba-ikumu al-awwaleen
MS • Basmeih Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.
Ad-Dukhan Ayah 9
بَلۡ هُمۡ فِى شَكٍّ يَلۡعَبُونَ ٩
Bal hum fee shakkin yalAAaboon
MS • Basmeih (Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.
Ad-Dukhan Ayah 10
فَٱرۡتَقِبۡ يَوۡمَ تَأۡتِى ٱلسَّمَآءُ بِدُخَانٍ مُّبِينٍ ١٠
Fartaqib yawma ta/tee assamaobidukhanin mubeen
MS • Basmeih Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
Ad-Dukhan Ayah 11
يَغۡشَى ٱلنَّاسَ‌ۖ هَـٰذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ ١١
Yaghsha annasa hathaAAathabun aleem
MS • Basmeih Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".
Ad-Dukhan Ayah 12
رَّبَّنَا ٱكۡشِفۡ عَنَّا ٱلۡعَذَابَ إِنَّا مُؤۡمِنُونَ ١٢
Rabbana ikshif AAanna alAAathabainna mu/minoon
MS • Basmeih (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".
Ad-Dukhan Ayah 13
أَنَّىٰ لَهُمُ ٱلذِّكۡرَىٰ وَقَدۡ جَآءَهُمۡ رَسُولٌ مُّبِينٌ ١٣
Anna lahumu aththikrawaqad jaahum rasoolun mubeen
MS • Basmeih Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
Ad-Dukhan Ayah 14
ثُمَّ تَوَلَّوۡاۡ عَنۡهُ وَقَالُواۡ مُعَلَّمٌ مَّجۡنُونٌ ١٤
Thumma tawallaw AAanhu waqaloomuAAallamun majnoon
MS • Basmeih Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"
Ad-Dukhan Ayah 15
إِنَّا كَاشِفُواۡ ٱلۡعَذَابِ قَلِيلاً‌ۚ إِنَّكُمۡ عَآئِدُونَ ١٥
Inna kashifoo alAAathabiqaleelan innakum AAa-idoon
MS • Basmeih Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).
Ad-Dukhan Ayah 16
يَوۡمَ نَبۡطِشُ ٱلۡبَطۡشَةَ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ إِنَّا مُنتَقِمُونَ ١٦
Yawma nabtishu albatshataalkubra inna muntaqimoon
MS • Basmeih (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).
Ad-Dukhan Ayah 17
۞وَلَقَدۡ فَتَنَّا قَبۡلَهُمۡ قَوۡمَ فِرۡعَوۡنَ وَجَآءَهُمۡ رَسُولٌ كَرِيمٌ ١٧
Walaqad fatanna qablahum qawmafirAAawna wajaahum rasoolun kareem
MS • Basmeih Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -
Ad-Dukhan Ayah 18
أَنۡ أَدُّوٓاۡ إِلَىَّ عِبَادَ ٱللَّهِ‌ۖ إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ ١٨
An addoo ilayya AAibada Allahiinnee lakum rasoolun ameen
MS • Basmeih (Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.
Ad-Dukhan Ayah 19
وَأَن لَّا تَعۡلُواۡ عَلَى ٱللَّهِ‌ۖ إِنِّىٓ ءَاتِيكُم بِسُلۡطَـٰنٍ مُّبِينٍ ١٩
Waan la taAAloo AAala Allahiinnee ateekum bisultanin mubeen
MS • Basmeih "Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah; sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.
Ad-Dukhan Ayah 20
وَإِنِّى عُذۡتُ بِرَبِّى وَرَبِّكُمۡ أَن تَرۡجُمُونِ ٢٠
Wa-innee AAuthtu birabbee warabbikuman tarjumoon
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu, daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
Ad-Dukhan Ayah 21
وَإِن لَّمۡ تُؤۡمِنُواۡ لِى فَٱعۡتَزِلُونِ ٢١
Wa-in lam tu/minoo lee faAAtaziloon
MS • Basmeih "Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku, maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku)."
Ad-Dukhan Ayah 22
فَدَعَا رَبَّهُۥٓ أَنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ قَوۡمٌ مُّجۡرِمُونَ ٢٢
FadaAAa rabbahu anna haola-iqawmun mujrimoon
MS • Basmeih (Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: "Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)".
Ad-Dukhan Ayah 23
فَأَسۡرِ بِعِبَادِى لَيۡلاً إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ ٢٣
Faasri biAAibadee laylan innakummuttabaAAoon
MS • Basmeih Lalu (diperintahkan kepadanya): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).
Ad-Dukhan Ayah 24
وَٱتۡرُكِ ٱلۡبَحۡرَ رَهۡوًا‌ۖ إِنَّهُمۡ جُندٌ مُّغۡرَقُونَ ٢٤
Watruki albahra rahwaninnahum jundun mughraqoon
MS • Basmeih "Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)".
Ad-Dukhan Ayah 25
كَمۡ تَرَكُواۡ مِن جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ ٢٥
Kam tarakoo min jannatin waAAuyoon
MS • Basmeih Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan,
Ad-Dukhan Ayah 26
وَزُرُوعٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ ٢٦
WazurooAAin wamaqamin kareem
MS • Basmeih Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah - mulia,
Ad-Dukhan Ayah 27
وَنَعۡمَةٍ كَانُواۡ فِيهَا فَـٰكِهِينَ ٢٧
WanaAAmatin kanoo feeha fakiheen
MS • Basmeih Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya.
Ad-Dukhan Ayah 28
كَذٰلِكَ‌ۖ وَأَوۡرَثۡنَـٰهَا قَوۡمًا ءَاخَرِينَ ٢٨
Kathalika waawrathnahaqawman akhareen
MS • Basmeih Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain (kaum Bani Israil).
Ad-Dukhan Ayah 29
فَمَا بَكَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلسَّمَآءُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَا كَانُواۡ مُنظَرِينَ ٢٩
Fama bakat AAalayhimu assamaowal-ardu wama kanoo munthareen
MS • Basmeih Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
Ad-Dukhan Ayah 30
وَلَقَدۡ نَجَّيۡنَا بَنِىٓ إِسۡرٰٓءِيلَ مِنَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡمُهِينِ ٣٠
Walaqad najjayna banee isra-eelamina alAAathabi almuheen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil, dari azab yang menghina, -
Ad-Dukhan Ayah 31
مِن فِرۡعَوۡنَ‌ۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَالِيًا مِّنَ ٱلۡمُسۡرِفِينَ ٣١
Min firAAawna innahu kana AAaliyanmina almusrifeen
MS • Basmeih Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).
Ad-Dukhan Ayah 32
وَلَقَدِ ٱخۡتَرۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ عِلۡمٍ عَلَى ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٣٢
Walaqadi ikhtarnahum AAalaAAilmin AAala alAAalameen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami) - menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia (pada zaman itu),
Ad-Dukhan Ayah 33
وَءَاتَيۡنَـٰهُم مِّنَ ٱلۡأَيَـٰتِ مَا فِيهِ بَلَـٰٓؤٌاۡ مُّبِينٌ ٣٣
Waataynahum mina al-ayatima feehi balaon mubeen
MS • Basmeih Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka).
Ad-Dukhan Ayah 34
إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ لَيَقُولُونَ ٣٤
Inna haola-i layaqooloon
MS • Basmeih (Berbalik kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah berfirman): "Sesungguhnya mereka ini akan berkata (kepadamu - wahai Muhammad dan kepada pengikut-pengikutmu):
Ad-Dukhan Ayah 35
إِنۡ هِىَ إِلَّا مَوۡتَتُنَا ٱلۡأُولَىٰ وَمَا نَحۡنُ بِمُنشَرِينَ ٣٥
In hiya illa mawtatuna al-oolawama nahnu bimunshareen
MS • Basmeih "Mati, hanyalah mati kita yang pertama (di dunia), dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan hidup lagi (sesudah itu);
Ad-Dukhan Ayah 36
فَأۡتُواۡ بِـَٔـابَآئِنَآ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ ٣٦
Fa/too bi-aba-ina inkuntum sadiqeen
MS • Basmeih "(Jika tidak) maka bawakanlah datuk nenek kami (yang telah mati) kalau betul kamu orang-orang yang benar!"
Ad-Dukhan Ayah 37
أَهُمۡ خَيۡرٌ أَمۡ قَوۡمُ تُبَّعٍ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ أَهۡلَكۡنَـٰهُمۡ‌ۖ إِنَّهُمۡ كَانُواۡ مُجۡرِمِينَ ٣٧
Ahum khayrun am qawmu tubbaAAin wallatheenamin qablihim ahlaknahum innahum kanoo mujrimeen
MS • Basmeih (Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum "Tubba'" dan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.
Ad-Dukhan Ayah 38
وَمَا خَلَقۡنَا ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا لَـٰعِبِينَ ٣٨
Wama khalaqna assamawatiwal-arda wama baynahuma laAAibeen
MS • Basmeih Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main;
Ad-Dukhan Ayah 39
مَا خَلَقۡنَـٰهُمَآ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ٣٩
Ma khalaqnahuma illabilhaqqi walakinna aktharahum layaAAlamoon
MS • Basmeih Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
Ad-Dukhan Ayah 40
إِنَّ يَوۡمَ ٱلۡفَصۡلِ مِيقَـٰتُهُمۡ أَجۡمَعِينَ ٤٠
Inna yawma alfasli meeqatuhumajmaAAeen
MS • Basmeih Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun, -
Ad-Dukhan Ayah 41
يَوۡمَ لَا يُغۡنِى مَوۡلًى عَن مَّوۡلًى شَيۡــًٔا وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ ٤١
Yawma la yughnee mawlan AAan mawlanshay-an wala hum yunsaroon
MS • Basmeih Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu),
Ad-Dukhan Ayah 42
إِلَّا مَن رَّحِمَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ٤٢
Illa man rahima Allahuinnahu huwa alAAazeezu arraheem
MS • Basmeih Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Ad-Dukhan Ayah 43
إِنَّ شَجَرَتَ ٱلزَّقُّومِ ٤٣
Inna shajarata azzaqqoom
MS • Basmeih (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, -
Ad-Dukhan Ayah 44
طَعَامُ ٱلۡأَثِيمِ ٤٤
TaAAamu al-atheem
MS • Basmeih (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).
Ad-Dukhan Ayah 45
كَٱلۡمُهۡلِ يَغۡلِى فِى ٱلۡبُطُونِ ٤٥
Kalmuhli yaghlee fee albutoon
MS • Basmeih (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, -
Ad-Dukhan Ayah 46
كَغَلۡىِ ٱلۡحَمِيمِ ٤٦
Kaghalyi alhameem
MS • Basmeih Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.
Ad-Dukhan Ayah 47
خُذُوهُ فَٱعۡتِلُوهُ إِلَىٰ سَوَآءِ ٱلۡجَحِيمِ ٤٧
Khuthoohu faAAtiloohu ilasawa-i aljaheem
MS • Basmeih (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.
Ad-Dukhan Ayah 48
ثُمَّ صُبُّواۡ فَوۡقَ رَأۡسِهِۦ مِنۡ عَذَابِ ٱلۡحَمِيمِ ٤٨
Thumma subboo fawqa ra/sihi min AAathabialhameem
MS • Basmeih "Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak".
Ad-Dukhan Ayah 49
ذُقۡ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡكَرِيمُ ٤٩
Thuq innaka anta alAAazeezu alkareem
MS • Basmeih (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)"
Ad-Dukhan Ayah 50
إِنَّ هَـٰذَا مَا كُنتُم بِهِۦ تَمۡتَرُونَ ٥٠
Inna hatha ma kuntum bihitamtaroon
MS • Basmeih (Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!"
Ad-Dukhan Ayah 51
إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى مَقَامٍ أَمِينٍ ٥١
Inna almuttaqeena fee maqamin ameen
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. -
Ad-Dukhan Ayah 52
فِى جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ ٥٢
Fee jannatin waAAuyoon
MS • Basmeih Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,
Ad-Dukhan Ayah 53
يَلۡبَسُونَ مِن سُندُسٍ وَإِسۡتَبۡرَقٍ مُّتَقَـٰبِلِينَ ٥٣
Yalbasoona min sundusin wa-istabraqin mutaqabileen
MS • Basmeih Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).
Ad-Dukhan Ayah 54
كَذٰلِكَ وَزَوَّجۡنَـٰهُم بِحُورٍ عِينٍ ٥٤
Kathalika wazawwajnahum bihoorinAAeen
MS • Basmeih Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
Ad-Dukhan Ayah 55
يَدۡعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَـٰكِهَةٍ ءَامِنِينَ ٥٥
YadAAoona feeha bikulli fakihatinamineen
MS • Basmeih Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.
Ad-Dukhan Ayah 56
لَا يَذُوقُونَ فِيهَا ٱلۡمَوۡتَ إِلَّا ٱلۡمَوۡتَةَ ٱلۡأُولَىٰ‌ۖ وَوَقَـٰهُمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِيمِ ٥٦
La yathooqoona feehaalmawta illa almawtata al-oola wawaqahum AAathabaaljaheem
MS • Basmeih Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;
Ad-Dukhan Ayah 57
فَضۡلاً مِّن رَّبِّكَ‌ۚ ذٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ٥٧
Fadlan min rabbika thalikahuwa alfawzu alAAatheem
MS • Basmeih (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.
Ad-Dukhan Ayah 58
فَإِنَّمَا يَسَّرۡنَـٰهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ ٥٨
Fa-innama yassarnahu bilisanikalaAAallahum yatathakkaroon
MS • Basmeih Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).
Ad-Dukhan Ayah 59
فَٱرۡتَقِبۡ إِنَّهُم مُّرۡتَقِبُونَ ٥٩
Fartaqib innahum murtaqiboon
MS • Basmeih (Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu).

Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation