Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
43. Az-Zukhruf (89 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Az-Zukhruf Ayah 1
حمٓ ١
Ha-meem
MS • Basmeih Haa, Miim.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 2
وَٱلۡكِتَـٰبِ ٱلۡمُبِينِ ٢
Walkitabi almubeen
MS • Basmeih Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 3
إِنَّا جَعَلۡنَـٰهُ قُرۡءٰنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ ٣
Inna jaAAalnahu qur-ananAAarabiyyan laAAallakum taAAqiloona
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 4
وَإِنَّهُۥ فِىٓ أُمِّ ٱلۡكِتَـٰبِ لَدَيۡنَا لَعَلِىٌّ حَكِيمٌ ٤
Wa-innahu fee ommi alkitabi ladaynalaAAaliyyun hakeem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami - sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 5
أَفَنَضۡرِبُ عَنكُمُ ٱلذِّكۡرَ صَفۡحًا أَن كُنتُمۡ قَوۡمًا مُّسۡرِفِينَ ٥
Afanadribu AAankumu aththikrasafhan an kuntum qawman musrifeen
MS • Basmeih Patutkah Kami membiarkan kamu dengan mengenepikan dan menjauhkan peringatan Al-Quran daripada kamu, kerana kamu telah menjadi kaum yang melampau buruk keadaannya? (Tidak! Kami tidak akan biarkan, bahkan Kami tetap mengingatkan kamu, sama ada kamu mahu menerimanya atau sebaliknya).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 6
وَكَمۡ أَرۡسَلۡنَا مِن نَّبِىٍّ فِى ٱلۡأَوَّلِينَ ٦
Wakam arsalna min nabiyyin feeal-awwaleen
MS • Basmeih Dan (ingatlah), berapa banyak nabi-nabi yang kami telah utuskan kepada umat-umat yang terdahulu zamannya.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 7
وَمَا يَأۡتِيهِم مِّن نَّبِىٍّ إِلَّا كَانُواۡ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ٧
Wama ya/teehim min nabiyyin illakanoo bihi yastahzi-oon
MS • Basmeih Dan tidak ada seseorang Nabi pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 8
فَأَهۡلَكۡنَآ أَشَدَّ مِنۡهُم بَطۡشًا وَمَضَىٰ مَثَلُ ٱلۡأَوَّلِينَ ٨
Faahlakna ashadda minhum batshanwamada mathalu al-awwaleen
MS • Basmeih Lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatannya (dan lebih kejam serangannya) daripada mereka; dan telahpun disebutkan (berulang-ulang di dalam Al-Quran) tentang kisah-kisah dan misal perbandingan mengenai umat-umat yang telah lalu.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 9
وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ خَلَقَهُنَّ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡعَلِيمُ ٩
Wala-in saaltahum man khalaqa assamawatiwal-arda layaqoolunna khalaqahunna alAAazeezualAAaleem
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 10
ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ مَهۡدًا وَجَعَلَ لَكُمۡ فِيهَا سُبُلاً لَّعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ ١٠
Allathee jaAAala lakumu al-ardamahdan wajaAAala lakum feeha subulan laAAallakum tahtadoon
MS • Basmeih (Dia lah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, dan Ia telah mengadakan bagi kamu di bumi jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu mendapat petunjuk (ke arah yang dituju).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 11
وَٱلَّذِى نَزَّلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءَۢ بِقَدَرٍ فَأَنشَرۡنَا بِهِۦ بَلۡدَةً مَّيۡتًا‌ۚ كَذٰلِكَ تُخۡرَجُونَ ١١
Wallathee nazzala mina assama-imaan biqadarin faansharna bihi baldatan maytan kathalikatukhrajoon
MS • Basmeih Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 12
وَٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡأَزۡوٰجَ كُلَّهَا وَجَعَلَ لَكُم مِّنَ ٱلۡفُلۡكِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ مَا تَرۡكَبُونَ ١٢
Wallathee khalaqa al-azwajakullaha wajaAAala lakum mina alfulki wal-anAAamima tarkaboon
MS • Basmeih Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak yang kamu dapat mengenderainya,
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 13
لِتَسۡتَوُۥاۡ عَلَىٰ ظُهُورِهِۦ ثُمَّ تَذۡكُرُواۡ نِعۡمَةَ رَبِّكُمۡ إِذَا ٱسۡتَوَيۡتُمۡ عَلَيۡهِ وَتَقُولُواۡ سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُۥ مُقۡرِنِينَ ١٣
Litastawoo AAala thuhoorihithumma tathkuroo niAAmata rabbikum itha istawaytumAAalayhi wataqooloo subhana allathee sakhkhara lanahatha wama kunna lahu muqrineen
MS • Basmeih Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:" Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 14
وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ ١٤
Wa-inna ila rabbinalamunqaliboon
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 15
وَجَعَلُواۡ لَهُۥ مِنۡ عِبَادِهِۦ جُزۡءًا‌ۚ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَكَفُورٌ مُّبِينٌ ١٥
WajaAAaloo lahu min AAibadihi juz-aninna al-insana lakafoorun mubeen
MS • Basmeih Dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak bagiNya. Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 16
أَمِ ٱتَّخَذَ مِمَّا يَخۡلُقُ بَنَاتٍ وَأَصۡفَـٰكُم بِٱلۡبَنِينَ ١٦
Ami ittakhatha mimma yakhluqubanatin waasfakum bilbaneen
MS • Basmeih Patutkah tuhan mengambil dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya menjadi anak-anak perempuannya, dan Ia mengutamakan kamu dengan anak-anak lelaki?
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 17
وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِمَا ضَرَبَ لِلرَّحۡمَـٰنِ مَثَلاً ظَلَّ وَجۡهُهُۥ مُسۡوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ ١٧
Wa-itha bushshira ahaduhum bimadaraba lirrahmani mathalan thallawajhuhu muswaddan wahuwa katheem
MS • Basmeih Padahal apabila diberitahu kepada salah seorang dari mereka dengan (berita bahawa ia beroleh anak perempuan seperti) yang dijadikannya sekutu yang sejenis dengan Allah Yang Maha Pemurah, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 18
أَوَمَن يُنَشَّؤُاۡ فِى ٱلۡحِلۡيَةِ وَهُوَ فِى ٱلۡخِصَامِ غَيۡرُ مُبِينٍ ١٨
Awaman yunashshao fee alhilyatiwahuwa fee alkhisami ghayru mubeen
MS • Basmeih Patutkah (yang dikatakan anak Allah itu jenis perempuan) yang biasanya dididik dan dibesarkan dalam perhiasan, sedang ia semasa berbantah dan bertikam lidah tidak dapat memberikan alasan yang jelas?
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 19
وَجَعَلُواۡ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةَ ٱلَّذِينَ هُمۡ عِبَـٰدُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ إِنَـٰثًا‌ۚ أَشَهِدُواۡ خَلۡقَهُمۡ‌ۚ سَتُكۡتَبُ شَهَـٰدَتُهُمۡ وَيُسۡــَٔلُونَ ١٩
WajaAAaloo almala-ikata allatheenahum AAibadu arrahmani inathanashahidoo khalqahum satuktabu shahadatuhum wayus-aloon
MS • Basmeih Dan mereka pula menyifatkan malaikat - yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu - jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 20
وَقَالُواۡ لَوۡ شَآءَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ مَا عَبَدۡنَـٰهُم‌ۗ مَّا لَهُم بِذٰلِكَ مِنۡ عِلۡمٍ‌ۖ إِنۡ هُمۡ إِلَّا يَخۡرُصُونَ ٢٠
Waqaloo law shaa arrahmanuma AAabadnahum ma lahum bithalika minAAilmin in hum illa yakhrusoon
MS • Basmeih Dan mereka berkata: "Kalaulah Allah Yang Maha Pemurah menghendaki tentulah kami tidak menyembah malaikat itu". (Sebenarnya) mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun mengenai kata-kata mereka (yang demikian), mereka hanyalah orang-orang yang berdusta!
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 21
أَمۡ ءَاتَيۡنَـٰهُمۡ كِتَـٰبًا مِّن قَبۡلِهِۦ فَهُم بِهِۦ مُسۡتَمۡسِكُونَ ٢١
Am ataynahum kitabanmin qablihi fahum bihi mustamsikoon
MS • Basmeih Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al-quran ini sebuah Kitab (yang membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab itu?
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 22
بَلۡ قَالُوٓاۡ إِنَّا وَجَدۡنَآ ءَابَآءَنَا عَلَىٰٓ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِم مُّهۡتَدُونَ ٢٢
Bal qaloo inna wajadna abaanaAAala ommatin wa-inna AAala atharihimmuhtadoon
MS • Basmeih (Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 23
وَكَذٰلِكَ مَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ فِى قَرۡيَةٍ مِّن نَّذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتۡرَفُوهَآ إِنَّا وَجَدۡنَآ ءَابَآءَنَا عَلَىٰٓ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِم مُّقۡتَدُونَ ٢٣
Wakathalika ma arsalnamin qablika fee qaryatin min natheerin illa qalamutrafooha inna wajadna abaanaAAala ommatin wa-inna AAala atharihimmuqtadoon
MS • Basmeih Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 24
۞قَـٰلَ أَوَلَوۡ جِئۡتُكُم بِأَهۡدَىٰ مِمَّا وَجَدتُّمۡ عَلَيۡهِ ءَابَآءَكُمۡ‌ۖ قَالُوٓاۡ إِنَّا بِمَآ أُرۡسِلۡتُم بِهِۦ كَـٰفِرُونَ ٢٤
Qala awa law ji/tukum bi-ahdamimma wajadtum AAalayhi abaakum qalooinna bima orsiltum bihi kafiroon
MS • Basmeih Rasul itu berkata: "Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu ugama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan ugama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 25
فَٱنتَقَمۡنَا مِنۡهُمۡ‌ۖ فَٱنظُرۡ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٢٥
Fantaqamna minhum fanthurkayfa kana AAaqibatu almukaththibeen
MS • Basmeih Lalu kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 26
وَإِذۡ قَالَ إِبۡرٰهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦٓ إِنَّنِى بَرَآءٌ مِّمَّا تَعۡبُدُونَ ٢٦
Wa-ith qala ibraheemuli-abeehi waqawmihi innanee baraon mimma taAAbudoon
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah -
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 27
إِلَّا ٱلَّذِى فَطَرَنِى فَإِنَّهُۥ سَيَهۡدِينِ ٢٧
Illa allathee fataraneefa-innahu sayahdeen
MS • Basmeih "Yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku, kerana sesungguhnya Ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 28
وَجَعَلَهَا كَلِمَةَۢ بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِۦ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٢٨
WajaAAalaha kalimatan baqiyatanfee AAaqibihi laAAallahum yarjiAAoon
MS • Basmeih Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal pada keturunannya, supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 29
بَلۡ مَتَّعۡتُ هَـٰٓؤُلَآءِ وَءَابَآءَهُمۡ حَتَّىٰ جَآءَهُمُ ٱلۡحَقُّ وَرَسُولٌ مُّبِينٌ ٢٩
Bal mattaAAtu haola-i waabaahumhatta jaahumu alhaqqu warasoolunmubeen
MS • Basmeih (Kebanyakan mereka tidak kembali kepada tauhid, dan Aku pula tidak segerakan azab mereka) bahkan Aku memberikan mereka dan datuk nenek mereka menikmati kesenangan hidup, sehingga datanglah kepada mereka kebenaran (Al-Quran), dan seorang Rasul yang menerangkan tauhid.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 30
وَلَمَّا جَآءَهُمُ ٱلۡحَقُّ قَالُواۡ هَـٰذَا سِحۡرٌ وَإِنَّا بِهِۦ كَـٰفِرُونَ ٣٠
Walamma jaahumu alhaqquqaloo hatha sihrun wa-inna bihi kafiroon
MS • Basmeih Dan ketika kebenaran (Al-Quran) itu disampaikan kepada mereka, berkatalah mereka: "Sesungguhnya ini adalah sihir, dan sesungguhnya kami tetap mengingkarinya".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 31
وَقَالُواۡ لَوۡلَا نُزِّلَ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانُ عَلَىٰ رَجُلٍ مِّنَ ٱلۡقَرۡيَتَيۡنِ عَظِيمٍ ٣١
Waqaloo lawla nuzzila hathaalqur-anu AAala rajulin mina alqaryatayni AAatheem
MS • Basmeih Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata: "(Kalaulah Al-Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang, maka) sepatutnya Al-Quran ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?"
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 32
أَهُمۡ يَقۡسِمُونَ رَحۡمَتَ رَبِّكَ‌ۚ نَحۡنُ قَسَمۡنَا بَيۡنَهُم مَّعِيشَتَهُمۡ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۚ وَرَفَعۡنَا بَعۡضَهُمۡ فَوۡقَ بَعۡضٍ دَرَجَـٰتٍ لِّيَتَّخِذَ بَعۡضُهُم بَعۡضًا سُخۡرِيًّا‌ۗ وَرَحۡمَتُ رَبِّكَ خَيۡرٌ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ ٣٢
Ahum yaqsimoona rahmata rabbika nahnuqasamna baynahum maAAeeshatahum fee alhayatiaddunya warafaAAna baAAdahum fawqabaAAdin darajatin liyattakhitha baAAduhumbaAAdan sukhriyyan warahmatu rabbika khayrun mimmayajmaAAoon
MS • Basmeih (Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan): Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 33
وَلَوۡلَآ أَن يَكُونَ ٱلنَّاسُ أُمَّةً وٰحِدَةً لَّجَعَلۡنَا لِمَن يَكۡفُرُ بِٱلرَّحۡمَـٰنِ لِبُيُوتِهِمۡ سُقُفًا مِّن فِضَّةٍ وَمَعَارِجَ عَلَيۡهَا يَظۡهَرُونَ ٣٣
Walawla an yakoona annasuommatan wahidatan lajaAAalna liman yakfuru birrahmanilibuyootihim suqufan min fiddatin wamaAAarijaAAalayha yathharoon
MS • Basmeih Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 34
وَلِبُيُوتِهِمۡ أَبۡوٰبًا وَسُرُرًا عَلَيۡهَا يَتَّكِــُٔونَ ٣٤
Walibuyootihim abwaban wasururanAAalayha yattaki-oon
MS • Basmeih Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 35
وَزُخۡرُفًا‌ۚ وَإِن كُلُّ ذٰلِكَ لَمَّا مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۚ وَٱلۡأَخِرَةُ عِندَ رَبِّكَ لِلۡمُتَّقِينَ ٣٥
Wazukhrufan wa-in kullu thalika lammamataAAu alhayati addunya wal-akhiratuAAinda rabbika lilmuttaqeen
MS • Basmeih Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 36
وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُۥ شَيۡطَـٰنًا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٌ ٣٦
Waman yaAAshu AAan thikri arrahmaninuqayyid lahu shaytanan fahuwa lahu qareen
MS • Basmeih Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 37
وَإِنَّهُمۡ لَيَصُدُّونَهُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَيَحۡسَبُونَ أَنَّهُم مُّهۡتَدُونَ ٣٧
Wa-innahum layasuddoonahum AAani assabeeliwayahsaboona annahum muhtadoon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 38
حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَنَا قَالَ يَـٰلَيۡتَ بَيۡنِى وَبَيۡنَكَ بُعۡدَ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ فَبِئۡسَ ٱلۡقَرِينُ ٣٨
Hatta itha jaanaqala ya layta baynee wabaynaka buAAda almashriqaynifabi/sa alqareen
MS • Basmeih Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 39
وَلَن يَنفَعَكُمُ ٱلۡيَوۡمَ إِذ ظَّلَمۡتُمۡ أَنَّكُمۡ فِى ٱلۡعَذَابِ مُشۡتَرِكُونَ ٣٩
Walan yanfaAAakumu alyawma ith thalamtumannakum fee alAAathabi mushtarikoon
MS • Basmeih (Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 40
أَفَأَنتَ تُسۡمِعُ ٱلصُّمَّ أَوۡ تَهۡدِى ٱلۡعُمۡىَ وَمَن كَانَ فِى ضَلَـٰلٍ مُّبِينٍ ٤٠
Afaanta tusmiAAu assumma awtahdee alAAumya waman kana fee dalalinmubeen
MS • Basmeih Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 41
فَإِمَّا نَذۡهَبَنَّ بِكَ فَإِنَّا مِنۡهُم مُّنتَقِمُونَ ٤١
Fa-imma nathhabanna bikafa-inna minhum muntaqimoon
MS • Basmeih Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 42
أَوۡ نُرِيَنَّكَ ٱلَّذِى وَعَدۡنَـٰهُمۡ فَإِنَّا عَلَيۡهِم مُّقۡتَدِرُونَ ٤٢
Aw nuriyannaka allathee waAAadnahumfa-inna AAalayhim muqtadiroon
MS • Basmeih Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 43
فَٱسۡتَمۡسِكۡ بِٱلَّذِىٓ أُوحِىَ إِلَيۡكَ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ صِرٰطٍ مُّسۡتَقِيمٍ ٤٣
Fastamsik billatheeoohiya ilayka innaka AAala siratinmustaqeem
MS • Basmeih Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 44
وَإِنَّهُۥ لَذِكۡرٌ لَّكَ وَلِقَوۡمِكَ‌ۖ وَسَوۡفَ تُسۡــَٔلُونَ ٤٤
Wa-innahu lathikrun laka waliqawmikawasawfa tus-aloon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 45
وَسۡــَٔلۡ مَنۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رُّسُلِنَآ أَجَعَلۡنَا مِن دُونِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ءَالِهَةً يُعۡبَدُونَ ٤٥
Was-al man arsalna minqablika min rusulina ajaAAalna min dooni arrahmanialihatan yuAAbadoon
MS • Basmeih Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 46
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ بِـَٔـايَـٰتِنَآ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَإِيۡهِۦ فَقَالَ إِنِّى رَسُولُ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٤٦
Walaqad arsalna moosa bi-ayatinaila firAAawna wamala-ihi faqala innee rasoolu rabbialAAalameen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Musa dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami, kepada Firaun dan kaumnya, lalu ia berkata: "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul dari Tuhan sekalian alam".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 47
فَلَمَّا جَآءَهُم بِـَٔـايَـٰتِنَآ إِذَا هُم مِّنۡهَا يَضۡحَكُونَ ٤٧
Falamma jaahum bi-ayatinaitha hum minha yadhakoon
MS • Basmeih Maka apabila ia datang kepada mereka dengan membawa tanda-tanda kekuasaan Kami, mereka dengan serta-merta mencemuh dan menggelakkan (apa yang dibawanya) itu.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 48
وَمَا نُرِيهِم مِّنۡ ءَايَةٍ إِلَّا هِىَ أَكۡبَرُ مِنۡ أُخۡتِهَا‌ۖ وَأَخَذۡنَـٰهُم بِٱلۡعَذَابِ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ ٤٨
Wama nureehim min ayatin illahiya akbaru min okhtiha waakhathnahum bilAAathabilaAAallahum yarjiAAoon
MS • Basmeih Dan tidaklah Kami memperlihatkan kepada mereka sesuatu tanda kebenaran Nabi Musa melainkan tanda itu adalah lebih terang dari yang terdahulu daripadanya; Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala bencana), supaya mereka kembali (bertaubat).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 49
وَقَالُواۡ يَـٰٓأَيُّهَ ٱلسَّاحِرُ ٱدۡعُ لَنَا رَبَّكَ بِمَا عَهِدَ عِندَكَ إِنَّنَا لَمُهۡتَدُونَ ٤٩
Waqaloo ya ayyuha asahiruodAAu lana rabbaka bima AAahida AAindaka innanalamuhtadoon
MS • Basmeih Dan (apabila bala bencana itu menimpa mereka), mereka merayu kepada Nabi Musa dengan berkata: "Wahai orang yang bijak pandai, pohonkanlah kepada Tuhanmu keselamatan untuk kami dengan (kemuliaan) pangkat Nabi yang diberikan kepadamu; sesungguhnya kami (sesudah itu) akan patuh beriman".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 50
فَلَمَّا كَشَفۡنَا عَنۡهُمُ ٱلۡعَذَابَ إِذَا هُمۡ يَنكُثُونَ ٥٠
Falamma kashafna AAanhumualAAathaba itha hum yankuthoon
MS • Basmeih Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, mereka terus mencabuli janjinya.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 51
وَنَادَىٰ فِرۡعَوۡنُ فِى قَوۡمِهِۦ قَالَ يَـٰقَوۡمِ أَلَيۡسَ لِى مُلۡكُ مِصۡرَ وَهَـٰذِهِ ٱلۡأَنۡهَـٰرُ تَجۡرِى مِن تَحۡتِىٓ‌ۖ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ ٥١
Wanada firAAawnu fee qawmihi qalaya qawmi alaysa lee mulku misra wahathihial-anharu tajree min tahtee afala tubsiroon
MS • Basmeih Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 52
أَمۡ أَنَاۡ خَيۡرٌ مِّنۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ ٥٢
Am ana khayrun min hatha allatheehuwa maheenun wala yakadu yubeen
MS • Basmeih "Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 53
فَلَوۡلَآ أُلۡقِىَ عَلَيۡهِ أَسۡوِرَةٌ مِّن ذَهَبٍ أَوۡ جَآءَ مَعَهُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ مُقۡتَرِنِينَ ٥٣
Falawla olqiya AAalayhi aswiratun minthahabin aw jaa maAAahu almala-ikatumuqtarineen
MS • Basmeih "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 54
فَٱسۡتَخَفَّ قَوۡمَهُۥ فَأَطَاعُوهُ‌ۚ إِنَّهُمۡ كَانُواۡ قَوۡمًا فَـٰسِقِينَ ٥٤
Fastakhaffa qawmahu faataAAoohuinnahum kanoo qawman fasiqeen
MS • Basmeih (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 55
فَلَمَّآ ءَاسَفُونَا ٱنتَقَمۡنَا مِنۡهُمۡ فَأَغۡرَقۡنَـٰهُمۡ أَجۡمَعِينَ ٥٥
Falamma asafoonaintaqamna minhum faaghraqnahum ajmaAAeen
MS • Basmeih Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 56
فَجَعَلۡنَـٰهُمۡ سَلَفًا وَمَثَلاً لِّلۡأَخِرِينَ ٥٦
FajaAAalnahum salafan wamathalan lil-akhireen
MS • Basmeih Maka kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 57
۞وَلَمَّا ضُرِبَ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ مَثَلاً إِذَا قَوۡمُكَ مِنۡهُ يَصِدُّونَ ٥٧
Walamma duriba ibnu maryamamathalan itha qawmuka minhu yasiddoon
MS • Basmeih Dan ketika (nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan, (untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 58
وَقَالُوٓاۡ ءَأٰلِهَتُنَا خَيۡرٌ أَمۡ هُوَ‌ۚ مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلاَۢ‌ۚ بَلۡ هُمۡ قَوۡمٌ خَصِمُونَ ٥٨
Waqaloo aalihatunakhayrun am huwa ma daraboohu laka illajadalan bal hum qawmun khasimoon
MS • Basmeih Dan mereka berkata lagi: "Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau Isa?" Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 59
إِنۡ هُوَ إِلَّا عَبۡدٌ أَنۡعَمۡنَا عَلَيۡهِ وَجَعَلۡنَـٰهُ مَثَلاً لِّبَنِىٓ إِسۡرٰٓءِيلَ ٥٩
In huwa illa AAabdun anAAamnaAAalayhi wajaAAalnahu mathalan libanee isra-eel
MS • Basmeih Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan) bagi kaum Bani Israil.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 60
وَلَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَا مِنكُم مَّلَـٰٓئِكَةً فِى ٱلۡأَرۡضِ يَخۡلُفُونَ ٦٠
Walaw nashao lajaAAalna minkummala-ikatan fee al-ardi yakhlufoon
MS • Basmeih Dan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki): malaikat mengganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 61
وَإِنَّهُۥ لَعِلۡمٌ لِّلسَّاعَةِ فَلَا تَمۡتَرُنَّ بِهَا وَٱتَّبِعُونِ‌ۚ هَـٰذَا صِرٰطٌ مُّسۡتَقِيمٌ ٦١
Wa-innahu laAAilmun lissaAAatifala tamtarunna biha wattabiAAooni hathasiratun mustaqeem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 62
وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ‌ۖ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ٦٢
Wala yasuddannakumu ashshaytanuinnahu lakum AAaduwwun mubeen
MS • Basmeih Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 63
وَلَمَّا جَآءَ عِيسَىٰ بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ قَالَ قَدۡ جِئۡتُكُم بِٱلۡحِكۡمَةِ وَلِأُبَيِّنَ لَكُم بَعۡضَ ٱلَّذِى تَخۡتَلِفُونَ فِيهِ‌ۖ فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ٦٣
Walamma jaa AAeesa bilbayyinatiqala qad ji/tukum bilhikmati wali-obayyinalakum baAAda allathee takhtalifoona feehi fattaqooAllaha waateeAAoon
MS • Basmeih Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 64
إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ رَبِّى وَرَبُّكُمۡ فَٱعۡبُدُوهُ‌ۚ هَـٰذَا صِرٰطٌ مُّسۡتَقِيمٌ ٦٤
Inna Allaha huwa rabbee warabbukum faAAbudoohuhatha siratun mustaqeem
MS • Basmeih "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan yang lurus".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 65
فَٱخۡتَلَفَ ٱلۡأَحۡزَابُ مِنۢ بَيۡنِهِمۡ‌ۖ فَوَيۡلٌ لِّلَّذِينَ ظَلَمُواۡ مِنۡ عَذَابِ يَوۡمٍ أَلِيمٍ ٦٥
Fakhtalafa al-ahzabumin baynihim fawaylun lillatheena thalamoomin AAathabi yawmin aleem
MS • Basmeih Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang zalim itu, dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 66
هَلۡ يَنظُرُونَ إِلَّا ٱلسَّاعَةَ أَن تَأۡتِيَهُم بَغۡتَةً وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ ٦٦
Hal yanthuroona illa assaAAataan ta/tiyahum baghtatan wahum la yashAAuroon
MS • Basmeih (Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 67
ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَئِذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ ٦٧
Al-akhillao yawma-ithin baAAduhumlibaAAdin AAaduwwun illa almuttaqeen
MS • Basmeih Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 68
يَـٰعِبَادِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡكُمُ ٱلۡيَوۡمَ وَلَآ أَنتُمۡ تَحۡزَنُونَ ٦٨
Ya AAibadi la khawfunAAalaykumu alyawma wala antum tahzanoon
MS • Basmeih (Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 69
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ بِـَٔـايَـٰتِنَا وَكَانُواۡ مُسۡلِمِينَ ٦٩
Allatheena amanoo bi-ayatinawakanoo muslimeen
MS • Basmeih (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 70
ٱدۡخُلُواۡ ٱلۡجَنَّةَ أَنتُمۡ وَأَزۡوٰجُكُمۡ تُحۡبَرُونَ ٧٠
Odkhuloo aljannata antum waazwajukumtuhbaroon
MS • Basmeih (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 71
يُطَافُ عَلَيۡهِم بِصِحَافٍ مِّن ذَهَبٍ وَأَكۡوَابٍ‌ۖ وَفِيهَا مَا تَشۡتَهِيهِ ٱلۡأَنفُسُ وَتَلَذُّ ٱلۡأَعۡيُنُ‌ۖ وَأَنتُمۡ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٧١
Yutafu AAalayhim bisihafinmin thahabin waakwabin wafeeha matashtaheehi al-anfusu watalaththu al-aAAyunu waantum feehakhalidoon
MS • Basmeih Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 72
وَتِلۡكَ ٱلۡجَنَّةُ ٱلَّتِىٓ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ ٧٢
Watilka aljannatu allatee oorithtumoohabima kuntum taAAmaloon
MS • Basmeih Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 73
لَكُمۡ فِيهَا فَـٰكِهَةٌ كَثِيرَةٌ مِّنۡهَا تَأۡكُلُونَ ٧٣
Lakum feeha fakihatunkatheeratun minha ta/kuloon
MS • Basmeih "Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 74
إِنَّ ٱلۡمُجۡرِمِينَ فِى عَذَابِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدُونَ ٧٤
Inna almujrimeena fee AAathabijahannama khalidoon
MS • Basmeih "Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa neraka Jahannam.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 75
لَا يُفَتَّرُ عَنۡهُمۡ وَهُمۡ فِيهِ مُبۡلِسُونَ ٧٥
La yufattaru AAanhum wahum feehimublisoon
MS • Basmeih Tidak diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka tinggal menderitainya dengan berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan),
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 76
وَمَا ظَلَمۡنَـٰهُمۡ وَلَـٰكِن كَانُواۡ هُمُ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٧٦
Wama thalamnahumwalakin kanoo humu aththalimeen
MS • Basmeih Dan tidaklah kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 77
وَنَادَوۡاۡ يَـٰمَـٰلِكُ لِيَقۡضِ عَلَيۡنَا رَبُّكَ‌ۖ قَالَ إِنَّكُم مَّـٰكِثُونَ ٧٧
Wanadaw ya maliku liyaqdiAAalayna rabbuka qala innakum makithoon
MS • Basmeih Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 78
لَقَدۡ جِئۡنَـٰكُم بِٱلۡحَقِّ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَكُمۡ لِلۡحَقِّ كَـٰرِهُونَ ٧٨
Laqad ji/nakum bilhaqqiwalakinna aktharakum lilhaqqi karihoon
MS • Basmeih (Bagi menyatakan sebabnya mereka dibiarkan di dalam azab, Allah Taala berfirman): "Demi sesungguhnya! Kami telah menyampaikan kebenaran kepada kamu (melalui Rasul Kami), akan tetapi kebanyakan kamu (telah menentangnya, kerana kamu) tidak suka kepada kebenaran itu".
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 79
أَمۡ أَبۡرَمُوٓاۡ أَمۡرًا فَإِنَّا مُبۡرِمُونَ ٧٩
Am abramoo amran fa-inna mubrimoon
MS • Basmeih Bahkan mereka (yang kafir) itu telah mengambil keputusan menjalankan satu rancangan (hendak membunuh Rasul Kami), maka Kami juga mengambil keputusan (menggagalkan rancangan mereka).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 80
أَمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّا لَا نَسۡمَعُ سِرَّهُمۡ وَنَجۡوَٮٰهُم‌ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيۡهِمۡ يَكۡتُبُونَ ٨٠
Am yahsaboona anna lanasmaAAu sirrahum wanajwahum bala warusulunaladayhim yaktuboon
MS • Basmeih Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 81
قُلۡ إِن كَانَ لِلرَّحۡمَـٰنِ وَلَدٌ فَأَنَاۡ أَوَّلُ ٱلۡعَـٰبِدِينَ ٨١
Qul in kana lirrahmaniwaladun faana awwalu alAAabideen
MS • Basmeih Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu): "Kalau betul Allah yang maha pemurah, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu dakwakan) maka akulah orang yang awal pertama yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!"
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 82
سُبۡحَـٰنَ رَبِّ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبِّ ٱلۡعَرۡشِ عَمَّا يَصِفُونَ ٨٢
Subhana rabbi assamawatiwal-ardi rabbi alAAarshi AAamma yasifoon
MS • Basmeih Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, - tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesarannya), - (Maha Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 83
فَذَرۡهُمۡ يَخُوضُواۡ وَيَلۡعَبُواۡ حَتَّىٰ يُلَـٰقُواۡ يَوۡمَهُمُ ٱلَّذِى يُوعَدُونَ ٨٣
Fatharhum yakhoodoowayalAAaboo hatta yulaqoo yawmahumu allatheeyooAAadoon
MS • Basmeih Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 84
وَهُوَ ٱلَّذِى فِى ٱلسَّمَآءِ إِلَـٰهٌ وَفِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَـٰهٌ‌ۚ وَهُوَ ٱلۡحَكِيمُ ٱلۡعَلِيمُ ٨٤
Wahuwa allathee fee assama-iilahun wafee al-ardi ilahun wahuwa alhakeemualAAaleem
MS • Basmeih Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah di langit, dan Dia lah Tuhan yang berhak disembah di bumi; dan Dia lah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 85
وَتَبَارَكَ ٱلَّذِى لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَعِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلسَّاعَةِ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ ٨٥
Watabaraka allathee lahu mulkuassamawati wal-ardi wamabaynahuma waAAindahu AAilmu assaAAatiwa-ilayhi turjaAAoon
MS • Basmeih Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; dan Dia lah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat; dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 86
وَلَا يَمۡلِكُ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِهِ ٱلشَّفَـٰعَةَ إِلَّا مَن شَهِدَ بِٱلۡحَقِّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ٨٦
Wala yamliku allatheenayadAAoona min doonihi ashshafaAAata illaman shahida bilhaqqi wahum yaAAlamoon
MS • Basmeih Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 87
وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَهُمۡ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۖ فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ ٨٧
Wala-in saaltahum man khalaqahumlayaqoolunna Allahu faanna yu/fakoon
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 88
وَقِيلِهِۦ يَـٰرَبِّ إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ قَوۡمٌ لَّا يُؤۡمِنُونَ ٨٨
Waqeelihi ya rabbi inna haola-iqawmun la yu/minoon
MS • Basmeih Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
Audio (Mishary) Tafsir
Az-Zukhruf Ayah 89
فَٱصۡفَحۡ عَنۡهُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ ٨٩
Fasfah AAanhum waqulsalamun fasawfa yaAAlamoon
MS • Basmeih (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! "
Audio (Mishary) Tafsir