MS • Basmeih Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
Al-Mu'minun•Ayah 15
ثُمَّإِنَّكُمبَعۡدَذٰلِكَلَمَيِّتُونَ١٥
Thumma innakum baAAda thalikalamayyitoon
MS • Basmeih Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
Al-Mu'minun•Ayah 16
ثُمَّإِنَّكُمۡيَوۡمَٱلۡقِيَـٰمَةِتُبۡعَثُونَ١٦
Thumma innakum yawma alqiyamatitubAAathoon
MS • Basmeih Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
Walaqad khalaqna fawqakum sabAAa tara-iqawama kunna AAani alkhalqi ghafileen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami.
MS • Basmeih Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.
MS • Basmeih Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Washajaratan takhruju min toori saynaatanbutu bidduhni wasibghin lilakileen
MS • Basmeih Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan.
MS • Basmeih Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Al-Mu'minun•Ayah 22
وَعَلَيۡهَاوَعَلَىٱلۡفُلۡكِتُحۡمَلُونَ٢٢
WaAAalayha waAAala alfulki tuhmaloon
MS • Basmeih Dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal kamu diangkut.
Walaqad arsalna noohan ilaqawmihi faqala ya qawmi oAAbudoo Allaha malakum min ilahin ghayruhu afala tattaqoon
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?".
Faqala almalao allatheenakafaroo min qawmihi ma hatha illa basharunmithlukum yureedu an yatafaddala AAalaykum walaw shaaAllahu laanzala mala-ikatan ma samiAAnabihatha fee aba-ina al-awwaleen
MS • Basmeih Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri)): "Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Ia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.
MS • Basmeih Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.
MS • Basmeih "Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ` Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim '.
MS • Basmeih "Dan berdoalah dengan berkata: ` Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "
MS • Basmeih Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (yang mendatangkan iktibar); dan sesungguhnya Kami tetap menguji (hamba-hamba Kami).
Al-Mu'minun•Ayah 31
ثُمَّأَنشَأۡنَامِنۢبَعۡدِهِمۡقَرۡنًاءَاخَرِينَ٣١
Thumma ansha/na min baAAdihim qarnan akhareen
MS • Basmeih Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.
Faarsalna feehim rasoolan minhum anioAAbudoo Allaha ma lakum min ilahin ghayruhuafala tattaqoon
MS • Basmeih Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu): "Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?"
MS • Basmeih Dan (bagi menolak seruan itu), ketua-ketua dari kaumnya yang kafir serta mendustakan pertemuan hari akhirat, dan yang Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia, berkata (sesama sendiri) "Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia makan dari apa yang kamu makan, dan meminum dari apa yang kamu minum.
MS • Basmeih "Patutkah ia menjanjikan kamu, bahawa sesungguhnya apabila kamu mati dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan (dari kubur hidup semula)?
Al-Mu'minun•Ayah 36
۞هَيۡهَاتَهَيۡهَاتَلِمَاتُوعَدُونَ٣٦
Hayhata hayhata limatooAAadoon
MS • Basmeih "Jauh, amatlah jauh (dari kebenaran) apa yang dijanjikan kepada kamu itu!
In hiya illa hayatunaaddunya namootu wanahya wamanahnu bimabAAootheen
MS • Basmeih "Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula.
In huwa illa rajulun iftaraAAala Allahi kathiban wama nahnulahu bimu/mineen
MS • Basmeih "Tiadalah dia (Nabi Hud) itu selain dari seorang lelaki yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, dan kami tidak akan beriman kepadanya".
Al-Mu'minun•Ayah 39
قَالَرَبِّٱنصُرۡنِىبِمَاكَذَّبُونِ٣٩
Qala rabbi onsurnee bimakaththaboon
MS • Basmeih Nabi Hud berdoa dengan berkata: "Wahai TuhanKu, belalah daku, kerana mereka telah mendustakan seruanku".
Al-Mu'minun•Ayah 40
قَالَعَمَّاقَلِيلٍلَّيُصۡبِحُنَّنَـٰدِمِينَ٤٠
Qala AAamma qaleelin layusbihunnanadimeen
MS • Basmeih Allah berfirman: "Dalam sedikit masa lagi mereka akan menjadi orang-orang yang menyesal".
MS • Basmeih Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, dengan benar lagi adil, lalu Kami jadikan mereka sebagai sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir). Maka kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu.
Al-Mu'minun•Ayah 42
ثُمَّأَنشَأۡنَامِنۢبَعۡدِهِمۡقُرُونًاءَاخَرِينَ٤٢
Thumma ansha/na min baAAdihimquroonan akhareen
MS • Basmeih Kemudian Kami ciptakan, sesudah mereka, umat-umat yang lain.
Thumma arsalna rusulana tatrakulla ma jaa ommatan rasooluha kaththaboohufaatbaAAna baAAdahum baAAdan wajaAAalnahumahadeetha fabuAAdan liqawmin la yu/minoon
MS • Basmeih Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul Kami silih berganti. Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka mendustakannya; lalu Kami binasakan umat-umat yang demikian, lepas satu-satu; dan Kami jadikan perihal mereka sebagai cerita-cerita (yang mendatangkan iktibar); maka kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-orang yang tidak beriman.
Ila firAAawna wamala-ihi fastakbaroowakanoo qawman AAaleen
MS • Basmeih Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang (seruan Nabi-nabi Allah itu) dengan sombong takbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri.
Faqaloo anu/minu libasharayni mithlinawaqawmuhuma lana AAabidoon
MS • Basmeih Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya): "Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita?"
Al-Mu'minun•Ayah 48
فَكَذَّبُوهُمَافَكَانُواۡمِنَٱلۡمُهۡلَكِينَ٤٨
Fakaththaboohuma fakanoomina almuhlakeen
MS • Basmeih Oleh itu, merekapun mendustakan keduanya, lalu menjadilah mereka sebahagian dari orang-orang yang dibinasakan.
WajaAAalna ibna maryama waommahu ayatanwaawaynahuma ila rabwatin thatiqararin wamaAAeen
MS • Basmeih Dan Kami jadikan (Nabi lsa) ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat) dan Kami telah menempatkan keduanya di tanah tinggi, tempat tinggal yang ada tanaman dan mata air yang mengalir.
Ya ayyuha arrusulukuloo mina attayyibati waAAmaloo salihaninnee bima taAAmaloona AAaleem
MS • Basmeih Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
MS • Basmeih Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
Al-Mu'minun•Ayah 54
فَذَرۡهُمۡفِىغَمۡرَتِهِمۡحَتَّىٰحِينٍ٥٤
Fatharhum fee ghamratihim hattaheen
MS • Basmeih Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
MS • Basmeih (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).
Wala nukallifu nafsan illawusAAaha waladayna kitabun yantiqu bilhaqqiwahum la yuthlamoon
MS • Basmeih Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.
Bal quloobuhum fee ghamratin min hathawalahum aAAmalun min dooni thalika hum lahaAAamiloon
MS • Basmeih (Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya;
Hatta itha akhathnamutrafeehim bilAAathabi itha hum yaj-aroon
MS • Basmeih Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong.
MS • Basmeih (Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami.
Afalam yaddabbaroo alqawla am jaahumma lam ya/ti abaahumu al-awwaleen
MS • Basmeih Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu?
Am yaqooloona bihi jinnatun bal jaahumbilhaqqi waaktharuhum lilhaqqi karihoon
MS • Basmeih Atau kerana mereka mengatakan: "Dia kena penyakit gila?" (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa ugama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran.
MS • Basmeih Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
Am tas-aluhum kharjan fakharajurabbika khayrun wahuwa khayru arraziqeen
MS • Basmeih Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.
Al-Mu'minun•Ayah 73
وَإِنَّكَلَتَدۡعُوهُمۡإِلَىٰصِرٰطٍمُّسۡتَقِيمٍ٧٣
Wa-innaka latadAAoohum ila siratinmustaqeem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;
Walaw rahimnahum wakashafnama bihim min durrin lalajjoo fee tughyanihimyaAAmahoon
MS • Basmeih Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat);
Hatta itha fatahnaAAalayhim baban tha AAathabin shadeedin ithahum feehi mublisoon
MS • Basmeih Sehingga apabila Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu yang menyebabkan azab yang berat, maka mereka serta-merta berputus asa dengan sebabnya - dari mendapat sebarang kebaikan.
MS • Basmeih Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Laqad wuAAidna nahnu waabaonahatha min qablu in hatha illa asateerual-awwaleen
MS • Basmeih "Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini - kami dan datuk nenek kami - dari dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala."
Qul man biyadihi malakootu kulli shay-inwahuwa yujeeru wala yujaru AAalayhi in kuntumtaAAlamoon
MS • Basmeih Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"
Al-Mu'minun•Ayah 89
سَيَقُولُونَلِلَّهِۚقُلۡفَأَنَّىٰتُسۡحَرُونَ٨٩
Sayaqooloona lillahi qul faannatusharoon
MS • Basmeih Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"
MS • Basmeih (Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.
Ma ittakhatha Allahumin waladin wama kana maAAahu min ilahin ithanlathahaba kullu ilahin bima khalaqa walaAAalabaAAduhum AAala baAAdin subhana AllahiAAamma yasifoon
MS • Basmeih Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.
MS • Basmeih (Allah) Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan.
Al-Mu'minun•Ayah 93
قُلرَّبِّإِمَّاتُرِيَنِّىمَايُوعَدُونَ٩٣
Qul rabbi imma turiyannee mayooAAadoon
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), -
Al-Mu'minun•Ayah 94
رَبِّفَلَاتَجۡعَلۡنِىفِىٱلۡقَوۡمِٱلظَّـٰلِمِينَ٩٤
Rabbi fala tajAAalnee fee alqawmi aththalimeen
MS • Basmeih "Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu".
Hatta itha jaa ahadahumualmawtu qala rabbi irjiAAoon
MS • Basmeih Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -
LaAAallee aAAmalu salihanfeema taraktu kalla innaha kalimatun huwa qa-iluhawamin wara-ihim barzakhun ila yawmi yubAAathoon
MS • Basmeih "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
MS • Basmeih Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.
MS • Basmeih Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam -
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.
MS • Basmeih "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."
Al-Mu'minun•Ayah 108
قَالَٱخۡسَــُٔواۡفِيهَاوَلَاتُكَلِّمُونِ١٠٨
Qala ikhsaoo feeha walatukallimoon
MS • Basmeih (Allah) berfirman: "Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!
Innahu kana fareequn min AAibadeeyaqooloona rabbana amanna faghfirlana warhamna waanta khayru arrahimeen
MS • Basmeih "Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat '.
Fattakhathtumoohumsikhriyyan hatta ansawkum thikree wakuntumminhum tadhakoon
MS • Basmeih "Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
MS • Basmeih "Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
Al-Mu'minun•Ayah 112
قَـٰلَكَمۡلَبِثۡتُمۡفِىٱلۡأَرۡضِعَدَدَسِنِينَ١١٢
Qala kam labithtum fee al-ardiAAadada sineen
MS • Basmeih Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"
Qaloo labithna yawman aw baAAdayawmin fas-ali alAAaddeen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung
Qala in labithtum illaqaleelan law annakum kuntum taAAlamoon
MS • Basmeih Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
Afahasibtum annama khalaqnakumAAabathan waannakum ilayna la turjaAAoon
MS • Basmeih "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
FataAAala Allahualmaliku alhaqqu la ilaha illa huwarabbu alAAarshi alkareem
MS • Basmeih Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
Waman yadAAu maAAa Allahi ilahanakhara la burhana lahu bihi fa-innamahisabuhu AAinda rabbihi innahu la yuflihualkafiroon
MS • Basmeih Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.
MS • Basmeih Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
Recitation: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio provided via Quran Foundation