قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ١
Qad aflaha almu/minoon
MS • Basmeih Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Audio (Mishary) Tafsir
ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِهِمۡ خَـٰشِعُونَ ٢
Allatheena hum fee salatihimkhashiAAoon
MS • Basmeih Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ ٣
Wallatheena hum AAani allaghwimuAAridoon
MS • Basmeih Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ ٤
Wallatheena hum lizzakatifaAAiloon
MS • Basmeih Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ ٥
Wallatheena hum lifuroojihim hafithoon
MS • Basmeih Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Audio (Mishary) Tafsir
إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوٰجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُمۡ فَإِنَّهُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ ٦
Illa AAala azwajihim awma malakat aymanuhum fa-innahum ghayru maloomeen
MS • Basmeih Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
Audio (Mishary) Tafsir
فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذٰلِكَ فَأُوۡلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ ٧
Famani ibtagha waraa thalikafaola-ika humu alAAadoon
MS • Basmeih Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رٰعُونَ ٨
Wallatheena hum li-amanatihimwaAAahdihim raAAoon
MS • Basmeih Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوٰتِهِمۡ يُحَافِظُونَ ٩
Wallatheena hum AAala salawatihimyuhafithoon
MS • Basmeih Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Audio (Mishary) Tafsir
أُوۡلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡوٰرِثُونَ ١٠
Ola-ika humu alwarithoon
MS • Basmeih Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
Audio (Mishary) Tafsir
ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ١١
Allatheena yarithoona alfirdawsa humfeeha khalidoon
MS • Basmeih Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن سُلَـٰلَةٍ مِّن طِينٍ ١٢
Walaqad khalaqna al-insana minsulalatin min teen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ جَعَلۡنَـٰهُ نُطۡفَةً فِى قَرَارٍ مَّكِينٍ ١٣
Thumma jaAAalnahu nutfatan feeqararin makeen
MS • Basmeih Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ خَلَقۡنَا ٱلنُّطۡفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقۡنَا ٱلۡعَلَقَةَ مُضۡغَةً فَخَلَقۡنَا ٱلۡمُضۡغَةَ عِظَـٰمًا فَكَسَوۡنَا ٱلۡعِظَـٰمَ لَحۡمًا ثُمَّ أَنشَأۡنَـٰهُ خَلۡقًا ءَاخَرَۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَـٰلِقِينَ ١٤
Thumma khalaqna annutfataAAalaqatan fakhalaqna alAAalaqata mudghatanfakhalaqna almudghata AAithamanfakasawna alAAithama lahmanthumma ansha/nahu khalqan akhara fatabarakaAllahu ahsanu alkhaliqeen
MS • Basmeih Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ إِنَّكُم بَعۡدَ ذٰلِكَ لَمَيِّتُونَ ١٥
Thumma innakum baAAda thalikalamayyitoon
MS • Basmeih Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ إِنَّكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ تُبۡعَثُونَ ١٦
Thumma innakum yawma alqiyamatitubAAathoon
MS • Basmeih Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعَ طَرَآئِقَ وَمَا كُنَّا عَنِ ٱلۡخَلۡقِ غَـٰفِلِينَ ١٧
Walaqad khalaqna fawqakum sabAAa tara-iqawama kunna AAani alkhalqi ghafileen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami.
Audio (Mishary) Tafsir
وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءَۢ بِقَدَرٍ فَأَسۡكَنَّـٰهُ فِى ٱلۡأَرۡضِۖ وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابِۭ بِهِۦ لَقَـٰدِرُونَ ١٨
Waanzalna mina assama-imaan biqadarin faaskannahu fee al-ardiwa-inna AAala thahabin bihi laqadiroon
MS • Basmeih Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَنشَأۡنَا لَكُم بِهِۦ جَنَّـٰتٍ مِّن نَّخِيلٍ وَأَعۡنَـٰبٍ لَّكُمۡ فِيهَا فَوٰكِهُ كَثِيرَةٌ وَمِنۡهَا تَأۡكُلُونَ ١٩
Faansha/na lakum bihi jannatinmin nakheelin waaAAnabin lakum feeha fawakihukatheeratun waminha ta/kuloon
MS • Basmeih Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Audio (Mishary) Tafsir
وَشَجَرَةً تَخۡرُجُ مِن طُورِ سَيۡنَآءَ تَنۢبُتُ بِٱلدُّهۡنِ وَصِبۡغٍ لِّلۡأَكِلِينَ ٢٠
Washajaratan takhruju min toori saynaatanbutu bidduhni wasibghin lilakileen
MS • Basmeih Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّ لَكُمۡ فِى ٱلۡأَنۡعَـٰمِ لَعِبۡرَةًۖ نُّسۡقِيكُم مِّمَّا فِى بُطُونِهَا وَلَكُمۡ فِيهَا مَنَـٰفِعُ كَثِيرَةٌ وَمِنۡهَا تَأۡكُلُونَ ٢١
Wa-inna lakum fee al-anAAamilaAAibratan nusqeekum mimma fee butoonihawalakum feeha manafiAAu katheeratun waminhata/kuloon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Audio (Mishary) Tafsir
وَعَلَيۡهَا وَعَلَى ٱلۡفُلۡكِ تُحۡمَلُونَ ٢٢
WaAAalayha waAAala alfulki tuhmaloon
MS • Basmeih Dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal kamu diangkut.
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواۡ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُۥٓۖ أَفَلَا تَتَّقُونَ ٢٣
Walaqad arsalna noohan ilaqawmihi faqala ya qawmi oAAbudoo Allaha malakum min ilahin ghayruhu afala tattaqoon
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?".
Audio (Mishary) Tafsir
فَقَالَ ٱلۡمَلَؤُاۡ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَـٰذَآ إِلَّا بَشَرٌ مِّثۡلُكُمۡ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيۡكُمۡ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَـٰٓئِكَةً مَّا سَمِعۡنَا بِهَـٰذَا فِىٓ ءَابَآئِنَا ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٤
Faqala almalao allatheenakafaroo min qawmihi ma hatha illa basharunmithlukum yureedu an yatafaddala AAalaykum walaw shaaAllahu laanzala mala-ikatan ma samiAAnabihatha fee aba-ina al-awwaleen
MS • Basmeih Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri)): "Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Ia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنۡ هُوَ إِلَّا رَجُلُۢ بِهِۦ جِنَّةٌ فَتَرَبَّصُواۡ بِهِۦ حَتَّىٰ حِينٍ ٢٥
In huwa illa rajulun bihi jinnatunfatarabbasoo bihi hatta heen
MS • Basmeih "Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah akan perubahan keadaannya hingga ke suatu masa".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ رَبِّ ٱنصُرۡنِى بِمَا كَذَّبُونِ ٢٦
Qala rabbi onsurnee bimakaththaboon
MS • Basmeih Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku".
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡهِ أَنِ ٱصۡنَعِ ٱلۡفُلۡكَ بِأَعۡيُنِنَا وَوَحۡيِنَا فَإِذَا جَآءَ أَمۡرُنَا وَفَارَ ٱلتَّنُّورُۙ فَٱسۡلُكۡ فِيهَا مِن كُلٍّ زَوۡجَيۡنِ ٱثۡنَيۡنِ وَأَهۡلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيۡهِ ٱلۡقَوۡلُ مِنۡهُمۡۖ وَلَا تُخَـٰطِبۡنِى فِى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاۡۖ إِنَّهُم مُّغۡرَقُونَ ٢٧
Faawhayna ilayhi ani isnaAAialfulka bi-aAAyunina wawahyina fa-ithajaa amruna wafara attannooru faslukfeeha min kullin zawjayni ithnayni waahlaka illaman sabaqa AAalayhi alqawlu minhum wala tukhatibneefee allatheena thalamoo innahum mughraqoon
MS • Basmeih Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.
Audio (Mishary) Tafsir
فَإِذَا ٱسۡتَوَيۡتَ أَنتَ وَمَن مَّعَكَ عَلَى ٱلۡفُلۡكِ فَقُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى نَجَّـٰنَا مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٢٨
Fa-itha istawayta anta waman maAAakaAAala alfulki faquli alhamdu lillahi allatheenajjana mina alqawmi aththalimeen
MS • Basmeih "Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ` Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim '.
Audio (Mishary) Tafsir
وَقُل رَّبِّ أَنزِلۡنِى مُنزَلاً مُّبَارَكًا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلۡمُنزِلِينَ ٢٩
Waqul rabbi anzilnee munzalan mubarakanwaanta khayru almunzileen
MS • Basmeih "Dan berdoalah dengan berkata: ` Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَـٰتٍ وَإِن كُنَّا لَمُبۡتَلِينَ ٣٠
Inna fee thalika laayatinwa-in kunna lamubtaleen
MS • Basmeih Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (yang mendatangkan iktibar); dan sesungguhnya Kami tetap menguji (hamba-hamba Kami).
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ أَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قَرۡنًا ءَاخَرِينَ ٣١
Thumma ansha/na min baAAdihim qarnan akhareen
MS • Basmeih Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَرۡسَلۡنَا فِيهِمۡ رَسُولاً مِّنۡهُمۡ أَنِ ٱعۡبُدُواۡ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُۥٓۖ أَفَلَا تَتَّقُونَ ٣٢
Faarsalna feehim rasoolan minhum anioAAbudoo Allaha ma lakum min ilahin ghayruhuafala tattaqoon
MS • Basmeih Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu): "Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?"
Audio (Mishary) Tafsir
وَقَالَ ٱلۡمَلَأُ مِن قَوۡمِهِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ وَكَذَّبُواۡ بِلِقَآءِ ٱلۡأَخِرَةِ وَأَتۡرَفۡنَـٰهُمۡ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا مَا هَـٰذَآ إِلَّا بَشَرٌ مِّثۡلُكُمۡ يَأۡكُلُ مِمَّا تَأۡكُلُونَ مِنۡهُ وَيَشۡرَبُ مِمَّا تَشۡرَبُونَ ٣٣
Waqala almalao min qawmihi allatheenakafaroo wakaththaboo biliqa-i al-akhiratiwaatrafnahum fee alhayati addunyama hatha illa basharun mithlukum ya/kulumimma ta/kuloona minhu wayashrabu mimma tashraboon
MS • Basmeih Dan (bagi menolak seruan itu), ketua-ketua dari kaumnya yang kafir serta mendustakan pertemuan hari akhirat, dan yang Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia, berkata (sesama sendiri) "Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia makan dari apa yang kamu makan, dan meminum dari apa yang kamu minum.
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَئِنۡ أَطَعۡتُم بَشَرًا مِّثۡلَكُمۡ إِنَّكُمۡ إِذًا لَّخَـٰسِرُونَ ٣٤
Wala-in ataAAtum basharan mithlakuminnakum ithan lakhasiroon
MS • Basmeih "Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu dengan membuat demikian, menjadi orang-orang yang rugi.
Audio (Mishary) Tafsir
أَيَعِدُكُمۡ أَنَّكُمۡ إِذَا مِتُّمۡ وَكُنتُمۡ تُرَابًا وَعِظَـٰمًا أَنَّكُم مُّخۡرَجُونَ ٣٥
AyaAAidukum annakum itha mittumwakuntum turaban waAAithaman annakummukhrajoon
MS • Basmeih "Patutkah ia menjanjikan kamu, bahawa sesungguhnya apabila kamu mati dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan (dari kubur hidup semula)?
Audio (Mishary) Tafsir
۞هَيۡهَاتَ هَيۡهَاتَ لِمَا تُوعَدُونَ ٣٦
Hayhata hayhata limatooAAadoon
MS • Basmeih "Jauh, amatlah jauh (dari kebenaran) apa yang dijanjikan kepada kamu itu!
Audio (Mishary) Tafsir
إِنۡ هِىَ إِلَّا حَيَاتُنَا ٱلدُّنۡيَا نَمُوتُ وَنَحۡيَا وَمَا نَحۡنُ بِمَبۡعُوثِينَ ٣٧
In hiya illa hayatunaaddunya namootu wanahya wamanahnu bimabAAootheen
MS • Basmeih "Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنۡ هُوَ إِلَّا رَجُلٌ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا وَمَا نَحۡنُ لَهُۥ بِمُؤۡمِنِينَ ٣٨
In huwa illa rajulun iftaraAAala Allahi kathiban wama nahnulahu bimu/mineen
MS • Basmeih "Tiadalah dia (Nabi Hud) itu selain dari seorang lelaki yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, dan kami tidak akan beriman kepadanya".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ رَبِّ ٱنصُرۡنِى بِمَا كَذَّبُونِ ٣٩
Qala rabbi onsurnee bimakaththaboon
MS • Basmeih Nabi Hud berdoa dengan berkata: "Wahai TuhanKu, belalah daku, kerana mereka telah mendustakan seruanku".
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ عَمَّا قَلِيلٍ لَّيُصۡبِحُنَّ نَـٰدِمِينَ ٤٠
Qala AAamma qaleelin layusbihunnanadimeen
MS • Basmeih Allah berfirman: "Dalam sedikit masa lagi mereka akan menjadi orang-orang yang menyesal".
Audio (Mishary) Tafsir
فَأَخَذَتۡهُمُ ٱلصَّيۡحَةُ بِٱلۡحَقِّ فَجَعَلۡنَـٰهُمۡ غُثَآءًۚ فَبُعۡدًا لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٤١
Faakhathat-humu assayhatubilhaqqi fajaAAalnahum ghuthaanfabuAAdan lilqawmi aththalimeen
MS • Basmeih Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, dengan benar lagi adil, lalu Kami jadikan mereka sebagai sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir). Maka kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu.
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ أَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قُرُونًا ءَاخَرِينَ ٤٢
Thumma ansha/na min baAAdihimquroonan akhareen
MS • Basmeih Kemudian Kami ciptakan, sesudah mereka, umat-umat yang lain.
Audio (Mishary) Tafsir
مَا تَسۡبِقُ مِنۡ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسۡتَــٔۡخِرُونَ ٤٣
Ma tasbiqu min ommatin ajalahawama yasta/khiroon
MS • Basmeih Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka pula tidak dapat melambatkannya.
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ أَرۡسَلۡنَا رُسُلَنَا تَتۡرَاۖ كُلَّ مَا جَآءَ أُمَّةً رَّسُولُهَا كَذَّبُوهُۚ فَأَتۡبَعۡنَا بَعۡضَهُم بَعۡضًا وَجَعَلۡنَـٰهُمۡ أَحَادِيثَۚ فَبُعۡدًا لِّقَوۡمٍ لَّا يُؤۡمِنُونَ ٤٤
Thumma arsalna rusulana tatrakulla ma jaa ommatan rasooluha kaththaboohufaatbaAAna baAAdahum baAAdan wajaAAalnahumahadeetha fabuAAdan liqawmin la yu/minoon
MS • Basmeih Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul Kami silih berganti. Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka mendustakannya; lalu Kami binasakan umat-umat yang demikian, lepas satu-satu; dan Kami jadikan perihal mereka sebagai cerita-cerita (yang mendatangkan iktibar); maka kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-orang yang tidak beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
ثُمَّ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ وَأَخَاهُ هَـٰرُونَ بِـَٔـايَـٰتِنَا وَسُلۡطَـٰنٍ مُّبِينٍ ٤٥
Thumma arsalna moosa waakhahuharoona bi-ayatina wasultaninmubeen
MS • Basmeih Kemudian Kami mengutus Nabi Musa dan saudaranya: Nabi Harun, dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami, dan bukti (mukjizat) yang nyata,
Audio (Mishary) Tafsir
إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَإِيۡهِۦ فَٱسۡتَكۡبَرُواۡ وَكَانُواۡ قَوۡمًا عَالِينَ ٤٦
Ila firAAawna wamala-ihi fastakbaroowakanoo qawman AAaleen
MS • Basmeih Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang (seruan Nabi-nabi Allah itu) dengan sombong takbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri.
Audio (Mishary) Tafsir
فَقَالُوٓاۡ أَنُؤۡمِنُ لِبَشَرَيۡنِ مِثۡلِنَا وَقَوۡمُهُمَا لَنَا عَـٰبِدُونَ ٤٧
Faqaloo anu/minu libasharayni mithlinawaqawmuhuma lana AAabidoon
MS • Basmeih Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya): "Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita?"
Audio (Mishary) Tafsir
فَكَذَّبُوهُمَا فَكَانُواۡ مِنَ ٱلۡمُهۡلَكِينَ ٤٨
Fakaththaboohuma fakanoomina almuhlakeen
MS • Basmeih Oleh itu, merekapun mendustakan keduanya, lalu menjadilah mereka sebahagian dari orang-orang yang dibinasakan.
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَـٰبَ لَعَلَّهُمۡ يَهۡتَدُونَ ٤٩
Walaqad atayna moosaalkitaba laAAallahum yahtadoon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya, Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, supaya mereka beroleh hidayah petunjuk.
Audio (Mishary) Tafsir
وَجَعَلۡنَا ٱبۡنَ مَرۡيَمَ وَأُمَّهُۥٓ ءَايَةً وَءَاوَيۡنَـٰهُمَآ إِلَىٰ رَبۡوَةٍ ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ ٥٠
WajaAAalna ibna maryama waommahu ayatanwaawaynahuma ila rabwatin thatiqararin wamaAAeen
MS • Basmeih Dan Kami jadikan (Nabi lsa) ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat) dan Kami telah menempatkan keduanya di tanah tinggi, tempat tinggal yang ada tanaman dan mata air yang mengalir.
Audio (Mishary) Tafsir
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلرُّسُلُ كُلُواۡ مِنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَٱعۡمَلُواۡ صَـٰلِحًاۖ إِنِّى بِمَا تَعۡمَلُونَ عَلِيمٌ ٥١
Ya ayyuha arrusulukuloo mina attayyibati waAAmaloo salihaninnee bima taAAmaloona AAaleem
MS • Basmeih Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّ هَـٰذِهِۦٓ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةً وٰحِدَةً وَأَنَاۡ رَبُّكُمۡ فَٱتَّقُونِ ٥٢
Wa-inna hathihi ommatukum ommatan wahidatanwaana rabbukum fattaqoon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.
Audio (Mishary) Tafsir
فَتَقَطَّعُوٓاۡ أَمۡرَهُم بَيۡنَهُمۡ زُبُرًاۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡهِمۡ فَرِحُونَ ٥٣
FataqattaAAoo amrahum baynahumzuburan kullu hizbin bima ladayhim farihoon
MS • Basmeih Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
Audio (Mishary) Tafsir
فَذَرۡهُمۡ فِى غَمۡرَتِهِمۡ حَتَّىٰ حِينٍ ٥٤
Fatharhum fee ghamratihim hattaheen
MS • Basmeih Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
Audio (Mishary) Tafsir
أَيَحۡسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُم بِهِۦ مِن مَّالٍ وَبَنِينَ ٥٥
Ayahsaboona annama numidduhumbihi min malin wabaneen
MS • Basmeih Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.
Audio (Mishary) Tafsir
نُسَارِعُ لَهُمۡ فِى ٱلۡخَيۡرٰتِۚ بَل لَّا يَشۡعُرُونَ ٥٦
NusariAAu lahum fee alkhayratibal la yashAAuroon
MS • Basmeih (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّ ٱلَّذِينَ هُم مِّنۡ خَشۡيَةِ رَبِّهِم مُّشۡفِقُونَ ٥٧
Inna allatheena hum min khashyatirabbihim mushfiqoon
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔـايَـٰتِ رَبِّهِمۡ يُؤۡمِنُونَ ٥٨
Wallatheena hum bi-ayatirabbihim yu/minoon
MS • Basmeih Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلَّذِينَ هُم بِرَبِّهِمۡ لَا يُشۡرِكُونَ ٥٩
Wallatheena hum birabbihim layushrikoon
MS • Basmeih Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka;
Audio (Mishary) Tafsir
وَٱلَّذِينَ يُؤۡتُونَ مَآ ءَاتَواۡ وَّقُلُوبُهُمۡ وَجِلَةٌ أَنَّهُمۡ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ رٰجِعُونَ ٦٠
Wallatheena yu/toona maataw waquloobuhum wajilatun annahum ila rabbihim rajiAAoon
MS • Basmeih Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
Audio (Mishary) Tafsir
أُوۡلَـٰٓئِكَ يُسَـٰرِعُونَ فِى ٱلۡخَيۡرٰتِ وَهُمۡ لَهَا سَـٰبِقُونَ ٦١
Ola-ika yusariAAoona feealkhayrati wahum laha sabiqoon
MS • Basmeih Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَا نُكَلِّفُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۖ وَلَدَيۡنَا كِتَـٰبٌ يَنطِقُ بِٱلۡحَقِّۚ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ ٦٢
Wala nukallifu nafsan illawusAAaha waladayna kitabun yantiqu bilhaqqiwahum la yuthlamoon
MS • Basmeih Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.
Audio (Mishary) Tafsir
بَلۡ قُلُوبُهُمۡ فِى غَمۡرَةٍ مِّنۡ هَـٰذَا وَلَهُمۡ أَعۡمَـٰلٌ مِّن دُونِ ذٰلِكَ هُمۡ لَهَا عَـٰمِلُونَ ٦٣
Bal quloobuhum fee ghamratin min hathawalahum aAAmalun min dooni thalika hum lahaAAamiloon
MS • Basmeih (Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya;
Audio (Mishary) Tafsir
حَتَّىٰٓ إِذَآ أَخَذۡنَا مُتۡرَفِيهِم بِٱلۡعَذَابِ إِذَا هُمۡ يَجۡــَٔرُونَ ٦٤
Hatta itha akhathnamutrafeehim bilAAathabi itha hum yaj-aroon
MS • Basmeih Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong.
Audio (Mishary) Tafsir
لَا تَجۡــَٔرُواۡ ٱلۡيَوۡمَۖ إِنَّكُم مِّنَّا لَا تُنصَرُونَ ٦٥
La taj-aroo alyawma innakum minnala tunsaroon
MS • Basmeih (Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami.
Audio (Mishary) Tafsir
قَدۡ كَانَتۡ ءَايَـٰتِى تُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ فَكُنتُمۡ عَلَىٰٓ أَعۡقَـٰبِكُمۡ تَنكِصُونَ ٦٦
Qad kanat ayatee tutlaAAalaykum fakuntum AAala aAAqabikum tankisoon
MS • Basmeih "(Kerana) sesungguhnya ayat-ayatKu telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang -
Audio (Mishary) Tafsir
مُسۡتَكۡبِرِينَ بِهِۦ سَـٰمِرًا تَهۡجُرُونَ ٦٧
Mustakbireena bihi samiran tahjuroon
MS • Basmeih "Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari".
Audio (Mishary) Tafsir
أَفَلَمۡ يَدَّبَّرُواۡ ٱلۡقَوۡلَ أَمۡ جَآءَهُم مَّا لَمۡ يَأۡتِ ءَابَآءَهُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ ٦٨
Afalam yaddabbaroo alqawla am jaahumma lam ya/ti abaahumu al-awwaleen
MS • Basmeih Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu?
Audio (Mishary) Tafsir
أَمۡ لَمۡ يَعۡرِفُواۡ رَسُولَهُمۡ فَهُمۡ لَهُۥ مُنكِرُونَ ٦٩
Am lam yaAArifoo rasoolahum fahum lahumunkiroon
MS • Basmeih Atau kerana mereka tidak kenal rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya?
Audio (Mishary) Tafsir
أَمۡ يَقُولُونَ بِهِۦ جِنَّةُۢۚ بَلۡ جَآءَهُم بِٱلۡحَقِّ وَأَكۡثَرُهُمۡ لِلۡحَقِّ كَـٰرِهُونَ ٧٠
Am yaqooloona bihi jinnatun bal jaahumbilhaqqi waaktharuhum lilhaqqi karihoon
MS • Basmeih Atau kerana mereka mengatakan: "Dia kena penyakit gila?" (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa ugama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran.
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَوِ ٱتَّبَعَ ٱلۡحَقُّ أَهۡوَآءَهُمۡ لَفَسَدَتِ ٱلسَّمَـٰوٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهِنَّۚ بَلۡ أَتَيۡنَـٰهُم بِذِكۡرِهِمۡ فَهُمۡ عَن ذِكۡرِهِم مُّعۡرِضُونَ ٧١
Walawi ittabaAAa alhaqqu ahwaahumlafasadati assamawatu wal-arduwaman feehinna bal ataynahum bithikrihim fahum AAanthikrihim muAAridoon
MS • Basmeih Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
Audio (Mishary) Tafsir
أَمۡ تَسۡــَٔلُهُمۡ خَرۡجًا فَخَرَاجُ رَبِّكَ خَيۡرٌۖ وَهُوَ خَيۡرُ ٱلرّٰزِقِينَ ٧٢
Am tas-aluhum kharjan fakharajurabbika khayrun wahuwa khayru arraziqeen
MS • Basmeih Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّكَ لَتَدۡعُوهُمۡ إِلَىٰ صِرٰطٍ مُّسۡتَقِيمٍ ٧٣
Wa-innaka latadAAoohum ila siratinmustaqeem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأَخِرَةِ عَنِ ٱلصِّرٰطِ لَنَـٰكِبُونَ ٧٤
Wa-inna allatheena layu/minoona bil-akhirati AAani assiratilanakiboon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu.
Audio (Mishary) Tafsir
۞وَلَوۡ رَحِمۡنَـٰهُمۡ وَكَشَفۡنَا مَا بِهِم مِّن ضُرٍّ لَّلَجُّواۡ فِى طُغۡيَـٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ ٧٥
Walaw rahimnahum wakashafnama bihim min durrin lalajjoo fee tughyanihimyaAAmahoon
MS • Basmeih Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
Audio (Mishary) Tafsir
وَلَقَدۡ أَخَذۡنَـٰهُم بِٱلۡعَذَابِ فَمَا ٱسۡتَكَانُواۡ لِرَبِّهِمۡ وَمَا يَتَضَرَّعُونَ ٧٦
Walaqad akhathnahum bilAAathabifama istakanoo lirabbihim wama yatadarraAAoon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat);
Audio (Mishary) Tafsir
حَتَّىٰٓ إِذَا فَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَابًا ذَا عَذَابٍ شَدِيدٍ إِذَا هُمۡ فِيهِ مُبۡلِسُونَ ٧٧
Hatta itha fatahnaAAalayhim baban tha AAathabin shadeedin ithahum feehi mublisoon
MS • Basmeih Sehingga apabila Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu yang menyebabkan azab yang berat, maka mereka serta-merta berputus asa dengan sebabnya - dari mendapat sebarang kebaikan.
Audio (Mishary) Tafsir
وَهُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡــِٔدَةَۚ قَلِيلاً مَّا تَشۡكُرُونَ ٧٨
Wahuwa allathee anshaa lakumu assamAAawal-absara wal-af-idata qaleelan matashkuroon
MS • Basmeih Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Audio (Mishary) Tafsir
وَهُوَ ٱلَّذِى ذَرَأَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَإِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ ٧٩
Wahuwa allathee tharaakum feeal-ardi wa-ilayhi tuhsharoon
MS • Basmeih Dan Dia lah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
Audio (Mishary) Tafsir
وَهُوَ ٱلَّذِى يُحۡىِۦ وَيُمِيتُ وَلَهُ ٱخۡتِلَـٰفُ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ ٨٠
Wahuwa allathee yuhyeewayumeetu walahu ikhtilafu allayli wannahariafala taAAqiloon
MS • Basmeih Dan Dia lah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dia lah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?
Audio (Mishary) Tafsir
بَلۡ قَالُواۡ مِثۡلَ مَا قَالَ ٱلۡأَوَّلُونَ ٨١
Bal qaloo mithla ma qalaal-awwaloon
MS • Basmeih (Mereka tidak juga mahu berfikir) bahkan mereka berkata seperti yang dikatakan oleh orang-orang dahulu (yang ingkar);
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُوٓاۡ أَءِذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ ٨٢
Qaloo a-itha mitnawakunna turaban waAAithamana-inna lamabAAoothoon
MS • Basmeih Mereka berkata: "Adakah apabila kami telah mati dan kami menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan (hidup semula)?
Audio (Mishary) Tafsir
لَقَدۡ وُعِدۡنَا نَحۡنُ وَءَابَآؤُنَا هَـٰذَا مِن قَبۡلُ إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّآ أَسَـٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ ٨٣
Laqad wuAAidna nahnu waabaonahatha min qablu in hatha illa asateerual-awwaleen
MS • Basmeih "Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini - kami dan datuk nenek kami - dari dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala."
Audio (Mishary) Tafsir
قُل لِّمَنِ ٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهَآ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٨٤
Qul limani al-ardu waman feehain kuntum taAAlamoon
MS • Basmeih Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?"
Audio (Mishary) Tafsir
سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلۡ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ٨٥
Sayaqooloona lillahi qul afalatathakkaroon
MS • Basmeih Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?"
Audio (Mishary) Tafsir
قُلۡ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَـٰوٰتِ ٱلسَّبۡعِ وَرَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ ٨٦
Qul man rabbu assamawatiassabAAi warabbu alAAarshi alAAatheem
MS • Basmeih Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"
Audio (Mishary) Tafsir
سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلۡ أَفَلَا تَتَّقُونَ ٨٧
Sayaqooloona lillahi qul afalatattaqoon
MS • Basmeih Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"
Audio (Mishary) Tafsir
قُلۡ مَنۢ بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىۡءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيۡهِ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ٨٨
Qul man biyadihi malakootu kulli shay-inwahuwa yujeeru wala yujaru AAalayhi in kuntumtaAAlamoon
MS • Basmeih Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"
Audio (Mishary) Tafsir
سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلۡ فَأَنَّىٰ تُسۡحَرُونَ ٨٩
Sayaqooloona lillahi qul faannatusharoon
MS • Basmeih Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"
Audio (Mishary) Tafsir
بَلۡ أَتَيۡنَـٰهُم بِٱلۡحَقِّ وَإِنَّهُمۡ لَكَـٰذِبُونَ ٩٠
Bal ataynahum bilhaqqiwa-innahum lakathiboon
MS • Basmeih (Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.
Audio (Mishary) Tafsir
مَا ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ مِن وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُۥ مِنۡ إِلَـٰهٍۚ إِذًا لَّذَهَبَ كُلُّ إِلَـٰهِۭ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعۡضُهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ ٩١
Ma ittakhatha Allahumin waladin wama kana maAAahu min ilahin ithanlathahaba kullu ilahin bima khalaqa walaAAalabaAAduhum AAala baAAdin subhana AllahiAAamma yasifoon
MS • Basmeih Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.
Audio (Mishary) Tafsir
عَـٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَتَعَـٰلَىٰ عَمَّا يُشۡرِكُونَ ٩٢
AAalimi alghaybi washshahadatifataAAala AAamma yushrikoon
MS • Basmeih (Allah) Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan.
Audio (Mishary) Tafsir
قُل رَّبِّ إِمَّا تُرِيَنِّى مَا يُوعَدُونَ ٩٣
Qul rabbi imma turiyannee mayooAAadoon
MS • Basmeih Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), -
Audio (Mishary) Tafsir
رَبِّ فَلَا تَجۡعَلۡنِى فِى ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٩٤
Rabbi fala tajAAalnee fee alqawmi aththalimeen
MS • Basmeih "Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu".
Audio (Mishary) Tafsir
وَإِنَّا عَلَىٰٓ أَن نُّرِيَكَ مَا نَعِدُهُمۡ لَقَـٰدِرُونَ ٩٥
Wa-inna AAala an nuriyaka manaAAiduhum laqadiroon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami berkuasa memperlihatkan kepadamu azab yang Kami janjikan kepada mereka.
Audio (Mishary) Tafsir
ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ ٱلسَّيِّئَةَۚ نَحۡنُ أَعۡلَمُ بِمَا يَصِفُونَ ٩٦
IdfaAA billatee hiya ahsanu assayyi-atanahnu aAAlamu bima yasifoon
MS • Basmeih Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.
Audio (Mishary) Tafsir
وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزٰتِ ٱلشَّيَـٰطِينِ ٩٧
Waqul rabbi aAAoothu bika min hamazatiashshayateen
MS • Basmeih Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan
Audio (Mishary) Tafsir
وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ ٩٨
WaaAAoothu bika rabbi an yahduroon
MS • Basmeih "Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".
Audio (Mishary) Tafsir
حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ ٱلۡمَوۡتُ قَالَ رَبِّ ٱرۡجِعُونِ ٩٩
Hatta itha jaa ahadahumualmawtu qala rabbi irjiAAoon
MS • Basmeih Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -
Audio (Mishary) Tafsir
لَعَلِّىٓ أَعۡمَلُ صَـٰلِحًا فِيمَا تَرَكۡتُۚ كَلَّآۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآئِلُهَاۖ وَمِن وَرَآئِهِم بَرۡزَخٌ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ ١٠٠
LaAAallee aAAmalu salihanfeema taraktu kalla innaha kalimatun huwa qa-iluhawamin wara-ihim barzakhun ila yawmi yubAAathoon
MS • Basmeih "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Audio (Mishary) Tafsir
فَإِذَا نُفِخَ فِى ٱلصُّورِ فَلَآ أَنسَابَ بَيۡنَهُمۡ يَوۡمَئِذٍ وَلَا يَتَسَآءَلُونَ ١٠١
Fa-itha nufikha fee assoorifala ansaba baynahum yawma-ithin walayatasaaloon
MS • Basmeih Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.
Audio (Mishary) Tafsir
فَمَن ثَقُلَتۡ مَوٰزِينُهُۥ فَأُوۡلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ١٠٢
Faman thaqulat mawazeenuhu faola-ikahumu almuflihoon
MS • Basmeih Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَنۡ خَفَّتۡ مَوٰزِينُهُۥ فَأُوۡلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاۡ أَنفُسَهُمۡ فِى جَهَنَّمَ خَـٰلِدُونَ ١٠٣
Waman khaffat mawazeenuhu faola-ikaallatheena khasiroo anfusahum fee jahannama khalidoon
MS • Basmeih Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam -
Audio (Mishary) Tafsir
تَلۡفَحُ وُجُوهَهُمُ ٱلنَّارُ وَهُمۡ فِيهَا كَـٰلِحُونَ ١٠٤
Talfahu wujoohahumu annaruwahum feeha kalihoon
MS • Basmeih Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.
Audio (Mishary) Tafsir
أَلَمۡ تَكُنۡ ءَايَـٰتِى تُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ فَكُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ ١٠٥
Alam takun ayatee tutlaAAalaykum fakuntum biha tukaththiboon
MS • Basmeih (Sambil dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُواۡ رَبَّنَا غَلَبَتۡ عَلَيۡنَا شِقۡوَتُنَا وَكُنَّا قَوۡمًا ضَآلِّينَ ١٠٦
Qaloo rabbana ghalabatAAalayna shiqwatuna wakunna qawman dalleen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.
Audio (Mishary) Tafsir
رَبَّنَآ أَخۡرِجۡنَا مِنۡهَا فَإِنۡ عُدۡنَا فَإِنَّا ظَـٰلِمُونَ ١٠٧
Rabbana akhrijna minhafa-in AAudna fa-inna thalimoon
MS • Basmeih "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim."
Audio (Mishary) Tafsir
قَالَ ٱخۡسَــُٔواۡ فِيهَا وَلَا تُكَلِّمُونِ ١٠٨
Qala ikhsaoo feeha walatukallimoon
MS • Basmeih (Allah) berfirman: "Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!
Audio (Mishary) Tafsir
إِنَّهُۥ كَانَ فَرِيقٌ مِّنۡ عِبَادِى يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرّٰحِمِينَ ١٠٩
Innahu kana fareequn min AAibadeeyaqooloona rabbana amanna faghfirlana warhamna waanta khayru arrahimeen
MS • Basmeih "Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat '.
Audio (Mishary) Tafsir
فَٱتَّخَذۡتُمُوهُمۡ سِخۡرِيًّا حَتَّىٰٓ أَنسَوۡكُمۡ ذِكۡرِى وَكُنتُم مِّنۡهُمۡ تَضۡحَكُونَ ١١٠
Fattakhathtumoohumsikhriyyan hatta ansawkum thikree wakuntumminhum tadhakoon
MS • Basmeih "Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
Audio (Mishary) Tafsir
إِنِّى جَزَيۡتُهُمُ ٱلۡيَوۡمَ بِمَا صَبَرُوٓاۡ أَنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡفَآئِزُونَ ١١١
Innee jazaytuhumu alyawma bima sabarooannahum humu alfa-izoon
MS • Basmeih "Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".
Audio (Mishary) Tafsir
قَـٰلَ كَمۡ لَبِثۡتُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ عَدَدَ سِنِينَ ١١٢
Qala kam labithtum fee al-ardiAAadada sineen
MS • Basmeih Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"
Audio (Mishary) Tafsir
قَالُواۡ لَبِثۡنَا يَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ يَوۡمٍ فَسۡــَٔلِ ٱلۡعَآدِّينَ ١١٣
Qaloo labithna yawman aw baAAdayawmin fas-ali alAAaddeen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung
Audio (Mishary) Tafsir
قَـٰلَ إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا قَلِيلاًۖ لَّوۡ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١٤
Qala in labithtum illaqaleelan law annakum kuntum taAAlamoon
MS • Basmeih Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
Audio (Mishary) Tafsir
أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ عَبَثًا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ١١٥
Afahasibtum annama khalaqnakumAAabathan waannakum ilayna la turjaAAoon
MS • Basmeih "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Audio (Mishary) Tafsir
فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيمِ ١١٦
FataAAala Allahualmaliku alhaqqu la ilaha illa huwarabbu alAAarshi alkareem
MS • Basmeih Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
Audio (Mishary) Tafsir
وَمَن يَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ لَا بُرۡهَـٰنَ لَهُۥ بِهِۦ فَإِنَّمَا حِسَابُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦٓۚ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ ١١٧
Waman yadAAu maAAa Allahi ilahanakhara la burhana lahu bihi fa-innamahisabuhu AAinda rabbihi innahu la yuflihualkafiroon
MS • Basmeih Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.
Audio (Mishary) Tafsir
وَقُل رَّبِّ ٱغۡفِرۡ وَٱرۡحَمۡ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرّٰحِمِينَ ١١٨
Waqul rabbi ighfir warhamwaanta khayru arrahimeen
MS • Basmeih Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
Audio (Mishary) Tafsir