MS • Basmeih Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).
Waqaloo ya ayyuha allatheenuzzila AAalayhi aththikru innaka lamajnoon
MS • Basmeih Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila".
Law ma ta/teena bilmala-ikatiin kunta mina assadiqeen
MS • Basmeih "Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
Ma nunazzilu almala-ikata illabilhaqqi wama kanoo ithan munthareen
MS • Basmeih Tiadalah Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.
Wama ya/teehim min rasoolin illakanoo bihi yastahzi-oon
MS • Basmeih Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
Al-Hijr•Ayah 12
كَذٰلِكَنَسۡلُكُهُۥفِىقُلُوبِٱلۡمُجۡرِمِينَ١٢
Kathalika naslukuhu fee quloobialmujrimeen
MS • Basmeih (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
La yu/minoona bihi waqad khalatsunnatu al-awwaleen
MS • Basmeih Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).
MS • Basmeih Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):
MS • Basmeih Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)".
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.
Al-Hijr•Ayah 17
وَحَفِظۡنَـٰهَامِنكُلِّشَيۡطَـٰنٍرَّجِيمٍ١٧
Wahafithnahamin kulli shaytanin rajeem
MS • Basmeih Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.
Illa mani istaraqa assamAAafaatbaAAahu shihabun mubeen
MS • Basmeih Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
Wal-arda madadnahawaalqayna feeha rawasiya waanbatnafeeha min kulli shay-in mawzoon
MS • Basmeih Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.
MS • Basmeih Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.
Wa-in min shay-in illa AAindanakhaza-inuhu wama nunazziluhu illa biqadarinmaAAloom
MS • Basmeih Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.
Waarsalna arriyaha lawaqihafaanzalna mina assama-i maanfaasqaynakumoohu wama antum lahu bikhazineen
MS • Basmeih Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang segera (berbakti) di antara kamu, dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang lambat.
Walaqad khalaqna al-insana minsalsalin min hama-in masnoon
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Wa-ith qala rabbuka lilmala-ikatiinnee khaliqun basharan min salsalin min hama-inmasnoon
MS • Basmeih Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Qala lam akun li-asjuda libasharinkhalaqtahu min salsalin min hama-in masnoon
MS • Basmeih Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
Al-Hijr•Ayah 34
قَالَفَٱخۡرُجۡمِنۡهَافَإِنَّكَرَجِيمٌ٣٤
Qala fakhruj minhafa-innaka rajeem
MS • Basmeih Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
Al-Hijr•Ayah 35
وَإِنَّعَلَيۡكَٱللَّعۡنَةَإِلَىٰيَوۡمِٱلدِّينِ٣٥
Wa-inna AAalayka allaAAnata ila yawmiaddeen
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".
Al-Hijr•Ayah 36
قَالَرَبِّفَأَنظِرۡنِىٓإِلَىٰيَوۡمِيُبۡعَثُونَ٣٦
Qala rabbi faanthirneeila yawmi yubAAathoon
MS • Basmeih Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".
Al-Hijr•Ayah 37
قَالَفَإِنَّكَمِنَٱلۡمُنظَرِينَ٣٧
Qala fa-innaka mina almunthareen
MS • Basmeih Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
Al-Hijr•Ayah 38
إِلَىٰيَوۡمِٱلۡوَقۡتِٱلۡمَعۡلُومِ٣٨
Ila yawmi alwaqti almaAAloom
MS • Basmeih "Hingga ke hari - masa yang termaklum".
Qala rabbi bima aghwaytaneelaozayyinanna lahum fee al-ardi walaoghwiyannahumajmaAAeen
MS • Basmeih Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Al-Hijr•Ayah 40
إِلَّاعِبَادَكَمِنۡهُمُٱلۡمُخۡلَصِينَ٤٠
Illa AAibadaka minhumualmukhlaseen
MS • Basmeih "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Al-Hijr•Ayah 41
قَالَهَـٰذَاصِرٰطٌعَلَىَّمُسۡتَقِيمٌ٤١
Qala hatha siratunAAalayya mustaqeem
MS • Basmeih Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
Inna AAibadee laysa laka AAalayhimsultanun illa mani ittabaAAaka mina alghaween
MS • Basmeih "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
Al-Hijr•Ayah 43
وَإِنَّجَهَنَّمَلَمَوۡعِدُهُمۡأَجۡمَعِينَ٤٣
Wa-inna jahannama lamawAAiduhum ajmaAAeen
MS • Basmeih "Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
WanazaAAna ma fee sudoorihimmin ghillin ikhwanan AAala sururin mutaqabileen
MS • Basmeih Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
MS • Basmeih Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
Al-Hijr•Ayah 50
وَأَنَّعَذَابِىهُوَٱلۡعَذَابُٱلۡأَلِيمُ٥٠
Waanna AAathabee huwa alAAathabual-aleem
MS • Basmeih Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).
Al-Hijr•Ayah 51
وَنَبِّئۡهُمۡعَنضَيۡفِإِبۡرٰهِيمَ٥١
Wanabbi/hum AAan dayfi ibraheem
MS • Basmeih Dan khabarkanlah kepada mereka perihal tetamu Nabi Ibrahim.
Ith dakhaloo AAalayhi faqaloosalaman qala inna minkum wajiloon
MS • Basmeih Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu".
Qaloo la tawjal innanubashshiruka bighulamin AAaleem
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Janganlah engkau takut, sebenarnya kami hendak mengembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu".
Qala abashshartumoonee AAalaan massaniya alkibaru fabima tubashshiroon
MS • Basmeih Nabi Ibrahim berkata: "Betulkah kamu mengembirakan daku (dengan berita yang demikian), padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu mengembirakan daku?"
Qaloo bashsharnaka bilhaqqifala takun mina alqaniteen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa".
MS • Basmeih Mereka menjawab: "(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.
Al-Hijr•Ayah 64
وَأَتَيۡنَـٰكَبِٱلۡحَقِّوَإِنَّالَصَـٰدِقُونَ٦٤
Waataynaka bilhaqqiwa-inna lasadiqoon
MS • Basmeih "Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar ".
MS • Basmeih "Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya".
Waqadayna ilayhi thalikaal-amra anna dabira haola-i maqtooAAunmusbiheen
MS • Basmeih Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.
Al-Hijr•Ayah 67
وَجَآءَأَهۡلُٱلۡمَدِينَةِيَسۡتَبۡشِرُونَ٦٧
Wajaa ahlu almadeenati yastabshiroon
MS • Basmeih Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.
Al-Hijr•Ayah 68
قَالَإِنَّهَـٰٓؤُلَآءِضَيۡفِىفَلَاتَفۡضَحُونِ٦٨
Qala inna haola-i dayfeefala tafdahoon
MS • Basmeih Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku".
Al-Hijr•Ayah 69
وَٱتَّقُواۡٱللَّهَوَلَاتُخۡزُونِ٦٩
Wattaqoo Allaha walatukhzoon
MS • Basmeih "Dan takutlah kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku".
Al-Hijr•Ayah 70
قَالُوٓاۡأَوَلَمۡنَنۡهَكَعَنِٱلۡعَـٰلَمِينَ٧٠
Qaloo awa lam nanhaka AAani alAAalameen
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?"
MS • Basmeih Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
Al-Hijr•Ayah 75
إِنَّفِىذٰلِكَلَأَيَـٰتٍلِّلۡمُتَوَسِّمِينَ٧٥
Inna fee thalika laayatinlilmutawassimeen
MS • Basmeih Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.
Al-Hijr•Ayah 76
وَإِنَّهَالَبِسَبِيلٍمُّقِيمٍ٧٦
Wa-innaha labisabeelin muqeem
MS • Basmeih Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).
Al-Hijr•Ayah 77
إِنَّفِىذٰلِكَلَأَيَةًلِّلۡمُؤۡمِنِينَ٧٧
Inna fee thalika laayatanlilmu/mineen
MS • Basmeih Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.
Al-Hijr•Ayah 78
وَإِنكَانَأَصۡحَـٰبُٱلۡأَيۡكَةِلَظَـٰلِمِينَ٧٨
Wa-in kana as-habual-aykati lathalimeen
MS • Basmeih Dan sebenarnya penduduk kampung "Aikah" adalah orang-orang yang berlaku zalim.
MS • Basmeih Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang (yang masih dilalui orang).
MS • Basmeih Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran ugama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya).
MS • Basmeih Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok.
Al-Hijr•Ayah 86
إِنَّرَبَّكَهُوَٱلۡخَلَّـٰقُٱلۡعَلِيمُ٨٦
Inna rabbaka huwa alkhallaqualAAaleem
MS • Basmeih Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menciptakan sekalian makhluk, lagi Yang Maha Mengetahui (akan hal mereka).
MS • Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
La tamuddanna AAaynayka ila mamattaAAna bihi azwajan minhum wala tahzanAAalayhim wakhfid janahaka lilmu/mineen
MS • Basmeih Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).
Al-Hijr•Ayah 89
وَقُلۡإِنِّىٓأَنَاٱلنَّذِيرُٱلۡمُبِينُ٨٩
Waqul innee ana annatheerualmubeen
MS • Basmeih Dan katakanlah: "Sesungguhnya aku ini, adalah seorang Rasul pemberi amaran dengan bukti-bukti yang nyata (tentang turunnya azab ke atas orang-orang yang ingkar)".
Al-Hijr•Ayah 90
كَمَآأَنزَلۡنَاعَلَىٱلۡمُقۡتَسِمِينَ٩٠
Kama anzalna AAalaalmuqtasimeen
MS • Basmeih (Kami berikan kepadamu Al-Faatihah dan Al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi. -
Al-Hijr•Ayah 91
ٱلَّذِينَجَعَلُواۡٱلۡقُرۡءَانَعِضِينَ٩١
Allatheena jaAAaloo alqur-anaAAideen
MS • Basmeih (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).
Al-Hijr•Ayah 92
فَوَرَبِّكَلَنَسۡــَٔلَنَّهُمۡأَجۡمَعِينَ٩٢
Fawarabbika lanas-alannahum ajmaAAeen
MS • Basmeih Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak), -
Al-Hijr•Ayah 93
عَمَّاكَانُواۡيَعۡمَلُونَ٩٣
AAamma kanoo yaAAmaloon
MS • Basmeih Mengenai apa yang mereka telah lakukan.
MS • Basmeih Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
Al-Hijr•Ayah 95
إِنَّاكَفَيۡنَـٰكَٱلۡمُسۡتَهۡزِءِينَ٩٥
Inna kafaynaka almustahzi-een
MS • Basmeih Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, -