Nur Al-Quran Guest Mode

Surah
11. Hud (123 ayahs)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Hud Ayah 1
الٓر‌ۚ كِتَـٰبٌ أُحۡكِمَتۡ ءَايَـٰتُهُۥ ثُمَّ فُصِّلَتۡ مِن لَّدُنۡ حَكِيمٍ خَبِيرٍ ١
Alif-lam-ra kitabun ohkimatayatuhu thumma fussilat min ladun hakeeminkhabeer
MS • Basmeih Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 2
أَلَّا تَعۡبُدُوٓاۡ إِلَّا ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّنِى لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ ٢
Alla taAAbudoo illa Allahainnanee lakum minhu natheerun wabasheer
MS • Basmeih (Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah. (Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang (ingkar), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang (beriman).
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 3
وَأَنِ ٱسۡتَغۡفِرُواۡ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاۡ إِلَيۡهِ يُمَتِّعۡكُم مَّتَـٰعًا حَسَنًا إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤۡتِ كُلَّ ذِى فَضۡلٍ فَضۡلَهُۥ‌ۖ وَإِن تَوَلَّوۡاۡ فَإِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ كَبِيرٍ ٣
Waani istaghfiroo rabbakum thumma toobooilayhi yumattiAAkum mataAAan hasanan ilaajalin musamman wayu/ti kulla thee fadlin fadlahuwa-in tawallaw fa-inee akhafu AAalaykum AAathabayawmin kabeer
MS • Basmeih Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 4
إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ‌ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ قَدِيرٌ ٤
Ila Allahi marjiAAukum wahuwaAAala kulli shay-in qadeer
MS • Basmeih Kepada Allah jualah kembalinya kamu, dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 5
أَلَآ إِنَّهُمۡ يَثۡنُونَ صُدُورَهُمۡ لِيَسۡتَخۡفُواۡ مِنۡهُ‌ۚ أَلَا حِينَ يَسۡتَغۡشُونَ ثِيَابَهُمۡ يَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَ‌ۚ إِنَّهُۥ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ٥
Ala innahum yathnoona sudoorahumliyastakhfoo minhu ala heena yastaghshoona thiyabahumyaAAlamu ma yusirroona wama yuAAlinoona innahuAAaleemun bithati assudoor
MS • Basmeih Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 6
۞وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَا‌ۚ كُلٌّ فِى كِتَـٰبٍ مُّبِينٍ ٦
Wama min dabbatin fee al-ardiilla AAala Allahi rizquha wayaAAlamumustaqarraha wamustawdaAAaha kullun fee kitabinmubeen
MS • Basmeih Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 7
وَهُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرۡشُهُۥ عَلَى ٱلۡمَآءِ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً‌ۗ وَلَئِن قُلۡتَ إِنَّكُم مَّبۡعُوثُونَ مِنۢ بَعۡدِ ٱلۡمَوۡتِ لَيَقُولَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاۡ إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّا سِحۡرٌ مُّبِينٌ ٧
Wahuwa allathee khalaqa assamawatiwal-arda fee sittati ayyamin wakanaAAarshuhu AAala alma-i liyabluwakum ayyukum ahsanuAAamalan wala-in qulta innakum mabAAoothoona min baAAdi almawtilayaqoolanna allatheena kafaroo in hatha illasihrun mubeen
MS • Basmeih Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 8
وَلَئِنۡ أَخَّرۡنَا عَنۡهُمُ ٱلۡعَذَابَ إِلَىٰٓ أُمَّةٍ مَّعۡدُودَةٍ لَّيَقُولُنَّ مَا يَحۡبِسُهُۥٓ‌ۗ أَلَا يَوۡمَ يَأۡتِيهِمۡ لَيۡسَ مَصۡرُوفًا عَنۡهُمۡ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُواۡ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ٨
Wala-in akhkharna AAanhumu alAAathabaila ommatin maAAdoodatin layaqoolunna ma yahbisuhuala yawma ya/teehim laysa masroofan AAanhum wahaqabihim ma kanoo bihi yastahzi-oon
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Jika kami tangguhkan azab daripada menimpa mereka hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah mereka akan berkata (secara mengejek): "Apakah yang menghalangnya?" Ketahuilah! Pada hari datangnya azab itu kepada mereka, tidak akan dapat ditolak daripada menimpa mereka, dan tentulah mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 9
وَلَئِنۡ أَذَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنَّا رَحۡمَةً ثُمَّ نَزَعۡنَـٰهَا مِنۡهُ إِنَّهُۥ لَيَــُٔوسٌ كَفُورٌ ٩
Wala-in athaqna al-insanaminna rahmatan thumma nazaAAnahaminhu innahu layaoosun kafoor
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 10
وَلَئِنۡ أَذَقۡنَـٰهُ نَعۡمَآءَ بَعۡدَ ضَرَّآءَ مَسَّتۡهُ لَيَقُولَنَّ ذَهَبَ ٱلسَّيِّـَٔـاتُ عَنِّىٓ‌ۚ إِنَّهُۥ لَفَرِحٌ فَخُورٌ ١٠
Wala-in athaqnahu naAAmaabaAAda darraa massat-hu layaqoolanna thahabaassayyi-atu AAannee innahu lafarihunfakhoor
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 11
إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُواۡ وَعَمِلُواۡ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُوۡلَـٰٓئِكَ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ وَأَجۡرٌ كَبِيرٌ ١١
Illa allatheena sabaroowaAAamiloo assalihati ola-ika lahummaghfiratun waajrun kabeer
MS • Basmeih Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 12
فَلَعَلَّكَ تَارِكُۢ بَعۡضَ مَا يُوحَىٰٓ إِلَيۡكَ وَضَآئِقُۢ بِهِۦ صَدۡرُكَ أَن يَقُولُواۡ لَوۡلَآ أُنزِلَ عَلَيۡهِ كَنزٌ أَوۡ جَآءَ مَعَهُۥ مَلَكٌ‌ۚ إِنَّمَآ أَنتَ نَذِيرٌ‌ۚ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ وَكِيلٌ ١٢
FalaAAallaka tarikun baAAda mayooha ilayka wada-iqun bihi sadruka anyaqooloo lawla onzila AAalayhi kanzun aw jaamaAAahu malakun innama anta natheerun wallahuAAala kulli shay-in wakeel
MS • Basmeih Jangan-jangan engkau (wahai Muhammad) tidak menyampaikan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu serta merasa sempit dada untuk menyampaikannya disebabkan orang-orang yang ingkar itu berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) perbendaharaan (harta benda yang banyak), ataupun datang bersama-sama dengannya malaikat (untuk menolongnya menyiarkan Islam)?" Kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar, dan Allah jualah Pentadbir yang menguruskan tiap-tiap sesuatu (maka berserahlah diri kepadaNya).
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 13
أَمۡ يَقُولُونَ ٱفۡتَرَٮٰهُ‌ۖ قُلۡ فَأۡتُواۡ بِعَشۡرِ سُوَرٍ مِّثۡلِهِۦ مُفۡتَرَيَـٰتٍ وَٱدۡعُواۡ مَنِ ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ ١٣
Am yaqooloona iftarahu qul fa/toobiAAashri suwarin mithlihi muftarayatin wadAAoomani istataAAtum min dooni Allahi in kuntum sadiqeen
MS • Basmeih Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: "Ia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Quran itu! " katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 14
فَإِلَّمۡ يَسۡتَجِيبُواۡ لَكُمۡ فَٱعۡلَمُوٓاۡ أَنَّمَآ أُنزِلَ بِعِلۡمِ ٱللَّهِ وَأَن لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ فَهَلۡ أَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٤
Fa-illam yastajeeboo lakum faAAlamooannama onzila biAAilmi Allahi waan la ilahailla huwa fahal antum muslimoon
MS • Basmeih Oleh itu, jika mereka (penolong-penolong kamu) tidak dapat melaksanakan permintaan kamu (untuk membuat surah-surah yang sebanding dengan Al-Quran), maka ketahuilah bahawa Al-Quran itu diturunkan hanyalah menurut pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Setelah (terbukti hakikat yang demikian) maka adakah kamu mengakui Islam dan menurut aturannya?
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 15
مَن كَانَ يُرِيدُ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيۡهِمۡ أَعۡمَـٰلَهُمۡ فِيهَا وَهُمۡ فِيهَا لَا يُبۡخَسُونَ ١٥
Man kana yureedu alhayataaddunya wazeenataha nuwaffi ilayhim aAAmalahumfeeha wahum feeha la yubkhasoon
MS • Basmeih Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 16
أُوۡلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَيۡسَ لَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ إِلَّا ٱلنَّارُ‌ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُواۡ فِيهَا وَبَـٰطِلٌ مَّا كَانُواۡ يَعۡمَلُونَ ١٦
Ola-ika allatheena laysa lahumfee al-akhirati illa annaru wahabitama sanaAAoo feeha wabatilun makanoo yaAAmaloon
MS • Basmeih Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 17
أَفَمَن كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّهِۦ وَيَتۡلُوهُ شَاهِدٌ مِّنۡهُ وَمِن قَبۡلِهِۦ كِتَـٰبُ مُوسَىٰٓ إِمَامًا وَرَحۡمَةً‌ۚ أُوۡلَـٰٓئِكَ يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ‌ۚ وَمَن يَكۡفُرۡ بِهِۦ مِنَ ٱلۡأَحۡزَابِ فَٱلنَّارُ مَوۡعِدُهُۥ‌ۚ فَلَا تَكُ فِى مِرۡيَةٍ مِّنۡهُ‌ۚ إِنَّهُ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يُؤۡمِنُونَ ١٧
Afaman kana AAala bayyinatinmin rabbihi wayatloohu shahidun minhu wamin qablihi kitabumoosa imaman warahmatan ola-ikayu/minoona bihi waman yakfur bihi mina al-ahzabi fannarumawAAiduhu fala taku fee miryatin minhu innahu alhaqqumin rabbika walakinna akthara annasi layu/minoon
MS • Basmeih Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang-orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari (benda-benda yang diciptakan oleh) Tuhannya, dan diikuti oleh Kitab Suci Al-Quran memberi kenyataan - sebagai saksi dari pihak Tuhan meneguhkan bukti yang tersebut; dan sebelum itu, kenyataan yang serupa diberi oleh Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya)? Orang-orang yang berkeadaan demikian, mengakui - menerima Al-Quran; dan sesiapa ingkar akan Al-Quran itu dari kumpulan-kumpulan kaum kafir, maka nerakalah dijanjikan menjadi tempatnya. Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 18
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا‌ۚ أُوۡلَـٰٓئِكَ يُعۡرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمۡ وَيَقُولُ ٱلۡأَشۡهَـٰدُ هَـٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ كَذَبُواۡ عَلَىٰ رَبِّهِمۡ‌ۚ أَلَا لَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٨
Waman athlamu mimmani iftaraAAala Allahi kathiban ola-ika yuAAradoonaAAala rabbihim wayaqoolu al-ashhadu haola-iallatheena kathaboo AAala rabbihim alalaAAnatu Allahi AAala aththalimeen
MS • Basmeih Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): "Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka". Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 19
ٱلَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجًا وَهُم بِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ كَـٰفِرُونَ ١٩
Allatheena yasuddoona AAansabeeli Allahi wayabghoonaha AAiwajan wahum bil-akhiratihum kafiroon
MS • Basmeih Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan ugama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat;
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 20
أُوۡلَـٰٓئِكَ لَمۡ يَكُونُواۡ مُعۡجِزِينَ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا كَانَ لَهُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ‌ۘ يُضَـٰعَفُ لَهُمُ ٱلۡعَذَابُ‌ۚ مَا كَانُواۡ يَسۡتَطِيعُونَ ٱلسَّمۡعَ وَمَا كَانُواۡ يُبۡصِرُونَ ٢٠
Ola-ika lam yakoonoo muAAjizeena feeal-ardi wama kana lahum min dooni Allahimin awliyaa yudaAAafu lahumu alAAathabu makanoo yastateeAAoona assamAAa wama kanooyubsiroon
MS • Basmeih Mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada menimpakan mereka dengan azab di dunia, dan tidak ada pula bagi mereka, yang lain dari Allah, sesiapapun yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya. Azab untuk mereka akan digandakan (kerana mereka sangat bencikan jalan ugama Allah), sehingga mereka tidak tahan mendengarnya, dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 21
أُوۡلَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاۡ أَنفُسَهُمۡ وَضَلَّ عَنۡهُم مَّا كَانُواۡ يَفۡتَرُونَ ٢١
Ola-ika allatheena khasirooanfusahum wadalla AAanhum ma kanoo yaftaroon
MS • Basmeih Merekalah orang-orang yang merugikan diri sendiri, dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 22
لَا جَرَمَ أَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ هُمُ ٱلۡأَخۡسَرُونَ ٢٢
La jarama annahum fee al-akhiratihumu al-akhsaroon
MS • Basmeih Tidak syak lagi, bahawa sesungguhnya merekalah yang paling rugi, pada hari akhirat kelak.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 23
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَعَمِلُواۡ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَأَخۡبَتُوٓاۡ إِلَىٰ رَبِّهِمۡ أُوۡلَـٰٓئِكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ‌ۖ هُمۡ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ٢٣
Inna allatheena amanoowaAAamiloo asalihati waakhbatoo ilarabbihim ola-ika as-habu aljannati hum feehakhalidoon
MS • Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 24
۞مَثَلُ ٱلۡفَرِيقَيۡنِ كَٱلۡأَعۡمَىٰ وَٱلۡأَصَمِّ وَٱلۡبَصِيرِ وَٱلسَّمِيعِ‌ۚ هَلۡ يَسۡتَوِيَانِ مَثَلاً‌ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ٢٤
Mathalu alfareeqayni kalaAAmawal-asammi walbaseeri wassameeAAihal yastawiyani mathalan afala tathakkaroon
MS • Basmeih Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 25
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦٓ إِنِّى لَكُمۡ نَذِيرٌ مُّبِينٌ ٢٥
Walaqad arsalna noohan ilaqawmihi innee lakum natheerun mubeen
MS • Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Nabi Nuh lalu ia memberitahu kaumnya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul pemberi amaran yang nyata kepada kamu.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 26
أَن لَّا تَعۡبُدُوٓاۡ إِلَّا ٱللَّهَ‌ۖ إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ أَلِيمٍ ٢٦
An la taAAbudoo illa Allahainnee akhafu AAalaykum AAathaba yawmin aleem
MS • Basmeih "Iaitu janganlah kamu menyembah melainkan Allah; sesungguhnya aku bimbang (jika kamu menyembah yang lainnya), kamu akan ditimpa azab yang tidak terperi sakitnya pada hari pembalasan".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 27
فَقَالَ ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواۡ مِن قَوۡمِهِۦ مَا نَرَٮٰكَ إِلَّا بَشَرًا مِّثۡلَنَا وَمَا نَرَٮٰكَ ٱتَّبَعَكَ إِلَّا ٱلَّذِينَ هُمۡ أَرَاذِلُنَا بَادِىَ ٱلرَّأۡىِ وَمَا نَرَىٰ لَكُمۡ عَلَيۡنَا مِن فَضۡلِۭ بَلۡ نَظُنُّكُمۡ كَـٰذِبِينَ ٢٧
Faqala almalao allatheenakafaroo min qawmihi ma naraka illa basharanmithlana wama naraka ittabaAAaka illaallatheena hum arathiluna badiya arra/yiwama nara lakum AAalayna min fadlinbal nathunnukum kathibeen
MS • Basmeih Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 28
قَالَ يَـٰقَوۡمِ أَرَءَيۡتُمۡ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّى وَءَاتَـٰنِى رَحۡمَةً مِّنۡ عِندِهِۦ فَعُمِّيَتۡ عَلَيۡكُمۡ أَنُلۡزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمۡ لَهَا كَـٰرِهُونَ ٢٨
Qala ya qawmi araaytum inkuntu AAala bayyinatin min rabbee waataneerahmatan min AAindihi faAAummiyat AAalaykum anulzimukumoohawaantum laha karihoon
MS • Basmeih Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu (disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 29
وَيَـٰقَوۡمِ لَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مَالاً‌ۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ وَمَآ أَنَاۡ بِطَارِدِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاۡ‌ۚ إِنَّهُم مُّلَـٰقُواۡ رَبِّهِمۡ وَلَـٰكِنِّىٓ أَرَٮٰكُمۡ قَوۡمًا تَجۡهَلُونَ ٢٩
Waya qawmi la as-alukumAAalayhi malan in ajriya illa AAala Allahiwama ana bitaridi allatheena amanooinnahum mulaqoo rabbihim walakinnee arakumqawman tajhaloon
MS • Basmeih Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan ugama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata; dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu), kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 30
وَيَـٰقَوۡمِ مَن يَنصُرُنِى مِنَ ٱللَّهِ إِن طَرَدتُّهُمۡ‌ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ ٣٠
Waya qawmi man yansurunee minaAllahi in taradtuhum afala tathakkaroon
MS • Basmeih Dan lagi wahai kaumku! Siapakah yang akan menolongku dari azab Allah jika aku menghalau mereka? Maka mengapa kamu tidak mahu ingatkan kekuasaan Allah?
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 31
وَلَآ أَقُولُ لَكُمۡ عِندِى خَزَآئِنُ ٱللَّهِ وَلَآ أَعۡلَمُ ٱلۡغَيۡبَ وَلَآ أَقُولُ إِنِّى مَلَكٌ وَلَآ أَقُولُ لِلَّذِينَ تَزۡدَرِىٓ أَعۡيُنُكُمۡ لَن يُؤۡتِيَهُمُ ٱللَّهُ خَيۡرًا‌ۖ ٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا فِىٓ أَنفُسِهِمۡ‌ۖ إِنِّىٓ إِذًا لَّمِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٣١
Wala aqoolu lakum AAindee khaza-inuAllahi wala aAAlamu alghayba wala aqooluinnee malakun wala aqoolu lillatheena tazdareeaAAyunukum lan yu/tiyahumu Allahu khayran AllahuaAAlamu bima fee anfusihim innee ithan lamina aththalimeen
MS • Basmeih Dan aku tidak pernah berkata kepada kamu: di sisiku ada perbendaharaan Allah, dan tidaklah aku mendakwa mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan aku tidak mengatakan bahawa aku ini malaikat; dan aku juga tidak berkata terhadap orang-orang yang beriman yang kamu pandang hina itu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui akan apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya aku jika bertindak demikian, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang zalim".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 32
قَالُواۡ يَـٰنُوحُ قَدۡ جَـٰدَلۡتَنَا فَأَكۡثَرۡتَ جِدٰلَنَا فَأۡتِنَا بِمَا تَعِدُنَآ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ٣٢
Qaloo ya noohu qad jadaltanafaaktharta jidalana fa/tina bimataAAiduna in kunta mina assadiqeen
MS • Basmeih Mereka berkata: "Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 33
قَالَ إِنَّمَا يَأۡتِيكُم بِهِ ٱللَّهُ إِن شَآءَ وَمَآ أَنتُم بِمُعۡجِزِينَ ٣٣
Qala innama ya/teekum bihi Allahuin shaa wama antum bimuAAjizeen
MS • Basmeih Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 34
وَلَا يَنفَعُكُمۡ نُصۡحِىٓ إِنۡ أَرَدتُّ أَنۡ أَنصَحَ لَكُمۡ إِن كَانَ ٱللَّهُ يُرِيدُ أَن يُغۡوِيَكُمۡ‌ۚ هُوَ رَبُّكُمۡ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ ٣٤
Wala yanfaAAukum nushee inaradtu an ansaha lakum in kana Allahuyureedu an yughwiyakum huwa rabbukum wa-ilayhi turjaAAoon
MS • Basmeih Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 35
أَمۡ يَقُولُونَ ٱفۡتَرَٮٰهُ‌ۖ قُلۡ إِنِ ٱفۡتَرَيۡتُهُۥ فَعَلَىَّ إِجۡرَامِى وَأَنَاۡ بَرِىٓءٌ مِّمَّا تُجۡرِمُونَ ٣٥
Am yaqooloona iftarahu qul iniiftaraytuhu faAAalayya ijramee waana baree-on mimmatujrimoon
MS • Basmeih (Mereka terus berdegil), bahkan mereka menuduh dengan mengatakan Nabi Nuh sengaja mengada-adakan secara dusta: bahawa Tuhan mengurniakan pangkat Nabi kepadanya. Nabi Nuh diperintahkan menjawab dengan berkata: "Kalau aku yang mereka-reka wahyu itu maka akulah yang akan menanggung dosa perbuatanku itu, dan sebenarnya aku bersih dari dosa kesalahan kamu menuduhku".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 36
وَأُوحِىَ إِلَىٰ نُوحٍ أَنَّهُۥ لَن يُؤۡمِنَ مِن قَوۡمِكَ إِلَّا مَن قَدۡ ءَامَنَ فَلَا تَبۡتَئِسۡ بِمَا كَانُواۡ يَفۡعَلُونَ ٣٦
Waoohiya ila noohinannahu lan yu/mina min qawmika illa man qad amanafala tabta-is bima kanoo yafAAaloon
MS • Basmeih Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: "Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 37
وَٱصۡنَعِ ٱلۡفُلۡكَ بِأَعۡيُنِنَا وَوَحۡيِنَا وَلَا تُخَـٰطِبۡنِى فِى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاۡ‌ۚ إِنَّهُم مُّغۡرَقُونَ ٣٧
WasnaAAi alfulka bi-aAAyuninawawahyina wala tukhatibnee fee allatheenathalamoo innahum mughraqoon
MS • Basmeih Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 38
وَيَصۡنَعُ ٱلۡفُلۡكَ وَكُلَّمَا مَرَّ عَلَيۡهِ مَلَأٌ مِّن قَوۡمِهِۦ سَخِرُواۡ مِنۡهُ‌ۚ قَالَ إِن تَسۡخَرُواۡ مِنَّا فَإِنَّا نَسۡخَرُ مِنكُمۡ كَمَا تَسۡخَرُونَ ٣٨
WayasnaAAu alfulka wakullamamarra AAalayhi malaon min qawmihi sakhiroo minhu qala intaskharoo minna fa-inna naskharu minkum kamataskharoon
MS • Basmeih Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: "Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 39
فَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ مَن يَأۡتِيهِ عَذَابٌ يُخۡزِيهِ وَيَحِلُّ عَلَيۡهِ عَذَابٌ مُّقِيمٌ ٣٩
Fasawfa taAAlamoona man ya/teehi AAathabunyukhzeehi wayahillu AAalayhi AAathabun muqeem
MS • Basmeih Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 40
حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَمۡرُنَا وَفَارَ ٱلتَّنُّورُ قُلۡنَا ٱحۡمِلۡ فِيهَا مِن كُلٍّ زَوۡجَيۡنِ ٱثۡنَيۡنِ وَأَهۡلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيۡهِ ٱلۡقَوۡلُ وَمَنۡ ءَامَنَ‌ۚ وَمَآ ءَامَنَ مَعَهُۥٓ إِلَّا قَلِيلٌ ٤٠
Hatta itha jaaamruna wafara attannooru qulna ihmilfeeha min kullin zawjayni ithnayni waahlaka illaman sabaqa AAalayhi alqawlu waman amana wama amanamaAAahu illa qaleel
MS • Basmeih (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 41
۞وَقَالَ ٱرۡكَبُواۡ فِيهَا بِسۡمِ ٱللَّهِ مَجۡر۪ٮٰهَا وَمُرۡسَـٰهَآ‌ۚ إِنَّ رَبِّى لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ٤١
Waqala irkaboo feeha bismi Allahimajraha wamursaha inna rabbeelaghafoorun raheem
MS • Basmeih Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 42
وَهِىَ تَجۡرِى بِهِمۡ فِى مَوۡجٍ كَٱلۡجِبَالِ وَنَادَىٰ نُوحٌ ٱبۡنَهُۥ وَكَانَ فِى مَعۡزِلٍ يَـٰبُنَىَّ ٱرۡكَب مَّعَنَا وَلَا تَكُن مَّعَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ ٤٢
Wahiya tajree bihim fee mawjin kaljibaliwanada noohunu ibnahu wakana feemaAAzilin ya bunayya irkab maAAana walatakun maAAa alkafireen
MS • Basmeih (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 43
قَالَ سَـَٔـاوِىٓ إِلَىٰ جَبَلٍ يَعۡصِمُنِى مِنَ ٱلۡمَآءِ‌ۚ قَالَ لَا عَاصِمَ ٱلۡيَوۡمَ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ إِلَّا مَن رَّحِمَ‌ۚ وَحَالَ بَيۡنَهُمَا ٱلۡمَوۡجُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡمُغۡرَقِينَ ٤٣
Qala saawee ila jabalinyaAAsimunee mina alma-i qala la AAasimaalyawma min amri Allahi illa man rahima wahalabaynahuma almawju fakana mina almughraqeen
MS • Basmeih Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 44
وَقِيلَ يَـٰٓأَرۡضُ ٱبۡلَعِى مَآءَكِ وَيَـٰسَمَآءُ أَقۡلِعِى وَغِيضَ ٱلۡمَآءُ وَقُضِىَ ٱلۡأَمۡرُ وَٱسۡتَوَتۡ عَلَى ٱلۡجُودِىِّ‌ۖ وَقِيلَ بُعۡدًا لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٤٤
Waqeela ya ardu iblaAAee maakiwaya samao aqliAAee wagheeda almaowaqudiya al-amru wastawat AAala aljoodiyyiwaqeela buAAdan lilqawmi aththalimeen
MS • Basmeih Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 45
وَنَادَىٰ نُوحٌ رَّبَّهُۥ فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ٱبۡنِى مِنۡ أَهۡلِى وَإِنَّ وَعۡدَكَ ٱلۡحَقُّ وَأَنتَ أَحۡكَمُ ٱلۡحَـٰكِمِينَ ٤٥
Wanada noohun rabbahufaqala rabbi inna ibnee min ahlee wa-inna waAAdaka alhaqquwaanta ahkamu alhakimeen
MS • Basmeih Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri, dan bahawa janjiMu itu adalah benar, dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 46
قَالَ يَـٰنُوحُ إِنَّهُۥ لَيۡسَ مِنۡ أَهۡلِكَ‌ۖ إِنَّهُۥ عَمَلٌ غَيۡرُ صَـٰلِحٍ‌ۖ فَلَا تَسۡــَٔلۡنِ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۖ إِنِّىٓ أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِينَ ٤٦
Qala ya noohu innahulaysa min ahlika innahu AAamalun ghayru salihin falatas-alni ma laysa laka bihi AAilmun innee aAAithukaan takoona mina aljahileen
MS • Basmeih Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 47
قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَعُوذُ بِكَ أَنۡ أَسۡــَٔلَكَ مَا لَيۡسَ لِى بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۖ وَإِلَّا تَغۡفِرۡ لِى وَتَرۡحَمۡنِىٓ أَكُن مِّنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ ٤٧
Qala rabbi innee aAAoothu bikaan as-alaka ma laysa lee bihi AAilmun wa-illataghfir lee watarhamnee akun mina alkhasireen
MS • Basmeih Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 48
قِيلَ يَـٰنُوحُ ٱهۡبِطۡ بِسَلَـٰمٍ مِّنَّا وَبَرَكَـٰتٍ عَلَيۡكَ وَعَلَىٰٓ أُمَمٍ مِّمَّن مَّعَكَ‌ۚ وَأُمَمٌ سَنُمَتِّعُهُمۡ ثُمَّ يَمَسُّهُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ ٤٨
Qeela ya noohu ihbitbisalamin minna wabarakatin AAalayka waAAalaomamin mimman maAAaka waomamun sanumattiAAuhum thumma yamassuhumminna AAathabun aleem
MS • Basmeih Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 49
تِلۡكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلۡغَيۡبِ نُوحِيهَآ إِلَيۡكَ‌ۖ مَا كُنتَ تَعۡلَمُهَآ أَنتَ وَلَا قَوۡمُكَ مِن قَبۡلِ هَـٰذَا‌ۖ فَٱصۡبِرۡ‌ۖ إِنَّ ٱلۡعَـٰقِبَةَ لِلۡمُتَّقِينَ ٤٩
Tilka min anba-i alghaybi nooheehailayka ma kunta taAAlamuha anta wala qawmukamin qabli hatha fasbir inna alAAaqibatalilmuttaqeen
MS • Basmeih (Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 50
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمۡ هُودًا‌ۚ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواۡ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُۥٓ‌ۖ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا مُفۡتَرُونَ ٥٠
Wa-ila AAadin akhahumhoodan qala ya qawmi oAAbudoo Allaha malakum min ilahin ghayruhu in antum illa muftaroon
MS • Basmeih Dan kepada kaum Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi hud ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah).
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 51
يَـٰقَوۡمِ لَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ أَجۡرًا‌ۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَى ٱلَّذِى فَطَرَنِىٓ‌ۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ ٥١
Ya qawmi la as-alukum AAalayhiajran in ajriya illa AAala allathee fataraneeafala taAAqiloon
MS • Basmeih Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran)?
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 52
وَيَـٰقَوۡمِ ٱسۡتَغۡفِرُواۡ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاۡ إِلَيۡهِ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارًا وَيَزِدۡكُمۡ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمۡ وَلَا تَتَوَلَّوۡاۡ مُجۡرِمِينَ ٥٢
Waya qawmi istaghfiroo rabbakumthumma tooboo ilayhi yursili assamaa AAalaykummidraran wayazidkum quwwatan ila quwwatikum walatatawallaw mujrimeen
MS • Basmeih Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 53
قَالُواۡ يَـٰهُودُ مَا جِئۡتَنَا بِبَيِّنَةٍ وَمَا نَحۡنُ بِتَارِكِىٓ ءَالِهَتِنَا عَن قَوۡلِكَ وَمَا نَحۡنُ لَكَ بِمُؤۡمِنِينَ ٥٣
Qaloo ya hoodu maji/tana bibayyinatin wama nahnu bitarikeealihatina AAan qawlika wama nahnulaka bimu/mineen
MS • Basmeih Mereka berkata: "Wahai Hud! Engkau tidak membawa kepada kami sebarang keterangan yang membuktikan kebenaranmu, dan kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan kami dengan sebab kata-katamu itu! Dan kami tidak sekali-kali percaya kepadamu!
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 54
إِن نَّقُولُ إِلَّا ٱعۡتَرَٮٰكَ بَعۡضُ ءَالِهَتِنَا بِسُوٓءٍ‌ۗ قَالَ إِنِّىٓ أُشۡهِدُ ٱللَّهَ وَٱشۡهَدُوٓاۡ أَنِّى بَرِىٓءٌ مِّمَّا تُشۡرِكُونَ ٥٤
In naqoolu illa iAAtaraka baAAdualihatina bisoo-in qala innee oshhidu Allahawashhadoo annee baree-on mimma tushrikoon
MS • Basmeih " Kami hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu)". Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya aku menyeru Allah menjadi saksi tentang kebenaranku, dan kamu juga saksikanlah bahawa aku bersih dari dosa perbuatan syirik kamu -
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 55
مِن دُونِهِۦ‌ۖ فَكِيدُونِى جَمِيعًا ثُمَّ لَا تُنظِرُونِ ٥٥
Min doonihi fakeedoonee jameeAAan thumma latunthiroon
MS • Basmeih " Menyembah yang lain dari Allah. Maka rancangkanlah tipu helah kamu semua terhadapku, kemudian jalankan terus, janganlah kamu beri tempoh kepadaku mempertahankan diri.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 56
إِنِّى تَوَكَّلۡتُ عَلَى ٱللَّهِ رَبِّى وَرَبِّكُم‌ۚ مَّا مِن دَآبَّةٍ إِلَّا هُوَ ءَاخِذُۢ بِنَاصِيَتِهَآ‌ۚ إِنَّ رَبِّى عَلَىٰ صِرٰطٍ مُّسۡتَقِيمٍ ٥٦
Innee tawakkaltu AAala Allahirabbee warabbikum ma min dabbatin illa huwa akhithunbinasiyatiha inna rabbee AAala siratinmustaqeem
MS • Basmeih " Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 57
فَإِن تَوَلَّوۡاۡ فَقَدۡ أَبۡلَغۡتُكُم مَّآ أُرۡسِلۡتُ بِهِۦٓ إِلَيۡكُمۡ‌ۚ وَيَسۡتَخۡلِفُ رَبِّى قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّونَهُۥ شَيۡــًٔا‌ۚ إِنَّ رَبِّى عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَفِيظٌ ٥٧
Fa-in tawallaw faqad ablaghtukum maorsiltu bihi ilaykum wayastakhlifu rabbee qawman ghayrakum walatadurroonahu shay-an inna rabbee AAala kullishay-in hafeeth
MS • Basmeih Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya, dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan); dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu."
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 58
وَلَمَّا جَآءَ أَمۡرُنَا نَجَّيۡنَا هُودًا وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ مَعَهُۥ بِرَحۡمَةٍ مِّنَّا وَنَجَّيۡنَـٰهُم مِّنۡ عَذَابٍ غَلِيظٍ ٥٨
Walamma jaa amrunanajjayna hoodan wallatheena amanoomaAAahu birahmatin minna wanajjaynahum minAAathabin ghaleeth
MS • Basmeih Dan apabila datang azab Kami, Kami selamatkan Nabi Hud beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan Kami selamatkan mereka dari azab yang keras.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 59
وَتِلۡكَ عَادٌ‌ۖ جَحَدُواۡ بِـَٔـايَـٰتِ رَبِّهِمۡ وَعَصَوۡاۡ رُسُلَهُۥ وَٱتَّبَعُوٓاۡ أَمۡرَ كُلِّ جَبَّارٍ عَنِيدٍ ٥٩
Watilka AAadun jahadoo bi-ayatirabbihim waAAasaw rusulahu wattabaAAoo amra kullijabbarin AAaneed
MS • Basmeih Dan itulah peristiwa kaum Aad mereka mengingkari ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, serta mereka menderhaka kepada Rasul-rasulnya; dan mereka menurut perintah tiap-tiap ketua yang bermaharajalela, lagi degil dalam keingkarannya.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 60
وَأُتۡبِعُواۡ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا لَعۡنَةً وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ أَلَآ إِنَّ عَادًا كَفَرُواۡ رَبَّهُمۡ‌ۗ أَلَا بُعۡدًا لِّعَادٍ قَوۡمِ هُودٍ ٦٠
WaotbiAAoo fee hathihi addunyalaAAnatan wayawma alqiyamati ala inna AAadankafaroo rabbahum ala buAAdan liAAadin qawmi hood
MS • Basmeih Dan mereka ditimpa laknat (yang tidak putus-putus) dalam dunia ini dan pada hari kiamat. Ketahuilah Sesungguhnya kaum Aad itu telah kufur ingkar kepada Tuhan mereka ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi Aad: kaum Nabi Hud.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 61
۞وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمۡ صَـٰلِحًا‌ۚ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواۡ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُۥ‌ۖ هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَٱسۡتَعۡمَرَكُمۡ فِيهَا فَٱسۡتَغۡفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوٓاۡ إِلَيۡهِ‌ۚ إِنَّ رَبِّى قَرِيبٌ مُّجِيبٌ ٦١
Wa-ila thamooda akhahum salihanqala ya qawmi oAAbudoo Allaha malakum min ilahin ghayruhu huwa anshaakum mina al-ardiwastaAAmarakum feeha fastaghfiroohu thummatooboo ilayhi inna rabbee qareebun mujeeb
MS • Basmeih Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 62
قَالُواۡ يَـٰصَـٰلِحُ قَدۡ كُنتَ فِينَا مَرۡجُوًّا قَبۡلَ هَـٰذَآ‌ۖ أَتَنۡهَـٰنَآ أَن نَّعۡبُدَ مَا يَعۡبُدُ ءَابَآؤُنَا وَإِنَّنَا لَفِى شَكٍّ مِّمَّا تَدۡعُونَآ إِلَيۡهِ مُرِيبٍ ٦٢
Qaloo ya salihuqad kunta feena marjuwwan qabla hatha atanhanaan naAAbuda ma yaAAbudu abaonawa-innana lafee shakkin mimma tadAAoonailayhi mureeb
MS • Basmeih Mereka menjawab dengan berkata: "Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 63
قَالَ يَـٰقَوۡمِ أَرَءَيۡتُمۡ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّى وَءَاتَـٰنِى مِنۡهُ رَحۡمَةً فَمَن يَنصُرُنِى مِنَ ٱللَّهِ إِنۡ عَصَيۡتُهُۥ‌ۖ فَمَا تَزِيدُونَنِى غَيۡرَ تَخۡسِيرٍ ٦٣
Qala ya qawmi araaytum inkuntu AAala bayyinatin min rabbee waataneeminhu rahmatan faman yansurunee mina Allahiin AAasaytuhu fama tazeedoonanee ghayra takhseer
MS • Basmeih Nabi Soleh berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berada dalam kebenaran yang berdasarkan bukti yang nyata (mukjzat) dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan rahmat (pangkat Nabi) kepadaku sebagai pemberian daripadaNya, maka siapakah yang akan menolongku dari azab Allah kalau aku menderhaka kepadaNya? Oleh itu, kamu tidak menambah sesuatu kebaikan pun bagiku selain daripada perkara yang merugikan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 64
وَيَـٰقَوۡمِ هَـٰذِهِۦ نَاقَةُ ٱللَّهِ لَكُمۡ ءَايَةً فَذَرُوهَا تَأۡكُلۡ فِىٓ أَرۡضِ ٱللَّهِ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٍ فَيَأۡخُذَكُمۡ عَذَابٌ قَرِيبٌ ٦٤
Waya qawmi hathihi naqatuAllahi lakum ayatan fatharooha ta/kulfee ardi Allahi wala tamassoohabisoo-in faya/khuthakum AAathabun qareeb
MS • Basmeih " Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 65
فَعَقَرُوهَا فَقَالَ تَمَتَّعُواۡ فِى دَارِكُمۡ ثَلَـٰثَةَ أَيَّامٍ‌ۖ ذٰلِكَ وَعۡدٌ غَيۡرُ مَكۡذُوبٍ ٦٥
FaAAaqarooha faqalatamattaAAoo fee darikum thalathata ayyamin thalikawaAAdun ghayru makthoob
MS • Basmeih Mereka kemudiannya menyembelih unta itu, lalu berkatalah Nabi Soleh kepada mereka: Bersenang-senanglah kamu di tempat masing-masing selama tiga hari; tempoh yang demikian itu, ialah suatu janji yang tidak dapat didustakan".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 66
فَلَمَّا جَآءَ أَمۡرُنَا نَجَّيۡنَا صَـٰلِحًا وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ مَعَهُۥ بِرَحۡمَةٍ مِّنَّا وَمِنۡ خِزۡىِ يَوۡمِئِذٍ‌ۗ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡعَزِيزُ ٦٦
Falamma jaa amrunanajjayna salihan wallatheena amanoomaAAahu birahmatin minna wamin khizyi yawmi-ithininna rabbaka huwa alqawiyyu alAAazeez
MS • Basmeih Maka ketika datang azab kami, kami selamatkan Soleh beserta umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami, dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari itu. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 67
وَأَخَذَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواۡ ٱلصَّيۡحَةُ فَأَصۡبَحُواۡ فِى دِيَـٰرِهِمۡ جَـٰثِمِينَ ٦٧
Waakhatha allatheena thalamooassayhatu faasbahoo fee diyarihimjathimeen
MS • Basmeih Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 68
كَأَن لَّمۡ يَغۡنَوۡاۡ فِيهَآ‌ۗ أَلَآ إِنَّ ثَمُودَاۡ كَفَرُواۡ رَبَّهُمۡ‌ۗ أَلَا بُعۡدًا لِّثَمُودَ ٦٨
Kaan lam yaghnaw feeha alainna thamooda kafaroo rabbahum ala buAAdan lithamood
MS • Basmeih (Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 69
وَلَقَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُنَآ إِبۡرٰهِيمَ بِٱلۡبُشۡرَىٰ قَالُواۡ سَلَـٰمًا‌ۖ قَالَ سَلَـٰمٌ‌ۖ فَمَا لَبِثَ أَن جَآءَ بِعِجۡلٍ حَنِيذٍ ٦٩
Walaqad jaat rusuluna ibraheemabilbushra qaloo salaman qalasalamun fama labitha an jaa biAAijlin haneeth
MS • Basmeih Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)". Nabi Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu". Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 70
فَلَمَّا رَءَآ أَيۡدِيَهُمۡ لَا تَصِلُ إِلَيۡهِ نَكِرَهُمۡ وَأَوۡجَسَ مِنۡهُمۡ خِيفَةً‌ۚ قَالُواۡ لَا تَخَفۡ إِنَّآ أُرۡسِلۡنَآ إِلَىٰ قَوۡمِ لُوطٍ ٧٠
Falamma raa aydiyahum latasilu ilayhi nakirahum waawjasa minhum kheefatan qaloola takhaf inna orsilna ila qawmi loot
MS • Basmeih Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: "Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 71
وَٱمۡرَأَتُهُۥ قَآئِمَةٌ فَضَحِكَتۡ فَبَشَّرۡنَـٰهَا بِإِسۡحَـٰقَ وَمِن وَرَآءِ إِسۡحَـٰقَ يَعۡقُوبَ ٧١
Wamraatuhu qa-imatun fadahikatfabashsharnaha bi-ishaqa wamin wara-iishaqa yaAAqoob
MS • Basmeih Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 72
قَالَتۡ يَـٰوَيۡلَتَىٰٓ ءَأَلِدُ وَأَنَاۡ عَجُوزٌ وَهَـٰذَا بَعۡلِى شَيۡخًا‌ۖ إِنَّ هَـٰذَا لَشَىۡءٌ عَجِيبٌ ٧٢
Qalat ya waylata aaliduwaana AAajoozun wahatha baAAlee shaykhan inna hathalashay-on AAajeeb
MS • Basmeih Isterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 73
قَالُوٓاۡ أَتَعۡجَبِينَ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۖ رَحۡمَتُ ٱللَّهِ وَبَرَكَـٰتُهُۥ عَلَيۡكُمۡ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ‌ۚ إِنَّهُۥ حَمِيدٌ مَّجِيدٌ ٧٣
Qaloo ataAAjabeena min amri Allahirahmatu Allahi wabarakatuhu AAalaykum ahlaalbayti innahu hameedun majeed
MS • Basmeih Malaikat-malaikat itu berkata: "Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkatNya melimpah-limpah kepada kamu, wahai ahli rumah ini. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 74
فَلَمَّا ذَهَبَ عَنۡ إِبۡرٰهِيمَ ٱلرَّوۡعُ وَجَآءَتۡهُ ٱلۡبُشۡرَىٰ يُجَـٰدِلُنَا فِى قَوۡمِ لُوطٍ ٧٤
Falamma thahaba AAan ibraheemaarrawAAu wajaat-hu albushra yujadilunafee qawmi loot
MS • Basmeih Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Nabi Ibrahim, dan sampai kepadanya berita yang mengembirakan itu, (mulailah) ia membantah (utusan-utusan) kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Nabi Lut.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 75
إِنَّ إِبۡرٰهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوّٰهٌ مُّنِيبٌ ٧٥
Inna ibraheema lahaleemun awwahunmuneeb
MS • Basmeih Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 76
يَـٰٓإِبۡرٰهِيمُ أَعۡرِضۡ عَنۡ هَـٰذَآ‌ۖ إِنَّهُۥ قَدۡ جَآءَ أَمۡرُ رَبِّكَ‌ۖ وَإِنَّهُمۡ ءَاتِيهِمۡ عَذَابٌ غَيۡرُ مَرۡدُودٍ ٧٦
Ya ibraheemu aAAridAAan hatha innahu qad jaa amru rabbika wa-innahum ateehimAAathabun ghayru mardood
MS • Basmeih (Malaikat-malaikat itu berkata): "Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan)".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 77
وَلَمَّا جَآءَتۡ رُسُلُنَا لُوطًا سِىٓءَ بِهِمۡ وَضَاقَ بِهِمۡ ذَرۡعًا وَقَالَ هَـٰذَا يَوۡمٌ عَصِيبٌ ٧٧
Walamma jaat rusulunalootan see-a bihim wadaqa bihim tharAAan waqalahatha yawmun AAaseeb
MS • Basmeih Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka, dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: "Ini adalah hari yang amat mencemaskan".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 78
وَجَآءَهُۥ قَوۡمُهُۥ يُهۡرَعُونَ إِلَيۡهِ وَمِن قَبۡلُ كَانُواۡ يَعۡمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔـاتِ‌ۚ قَالَ يَـٰقَوۡمِ هَـٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِى هُنَّ أَطۡهَرُ لَكُمۡ‌ۖ فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَلَا تُخۡزُونِ فِى ضَيۡفِىٓ‌ۖ أَلَيۡسَ مِنكُمۡ رَجُلٌ رَّشِيدٌ ٧٨
Wajaahu qawmuhu yuhraAAoona ilayhiwamin qablu kanoo yaAAmaloona assayyi-ati qalaya qawmi haola-i banatee hunna atharulakum fattaqoo Allaha wala tukhzooni fee dayfeealaysa minkum rajulun rasheed
MS • Basmeih Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?"
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 79
قَالُواۡ لَقَدۡ عَلِمۡتَ مَا لَنَا فِى بَنَاتِكَ مِنۡ حَقٍّ وَإِنَّكَ لَتَعۡلَمُ مَا نُرِيدُ ٧٩
Qaloo laqad AAalimta ma lanafee banatika min haqqin wa-innaka lataAAlamu manureed
MS • Basmeih Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki."
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 80
قَالَ لَوۡ أَنَّ لِى بِكُمۡ قُوَّةً أَوۡ ءَاوِىٓ إِلَىٰ رُكۡنٍ شَدِيدٍ ٨٠
Qala law anna lee bikum quwwatan aw aweeila ruknin shadeed
MS • Basmeih Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 81
قَالُواۡ يَـٰلُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلُوٓاۡ إِلَيۡكَ‌ۖ فَأَسۡرِ بِأَهۡلِكَ بِقِطۡعٍ مِّنَ ٱلَّيۡلِ وَلَا يَلۡتَفِتۡ مِنكُمۡ أَحَدٌ إِلَّا ٱمۡرَأَتَكَ‌ۖ إِنَّهُۥ مُصِيبُهَا مَآ أَصَابَهُمۡ‌ۚ إِنَّ مَوۡعِدَهُمُ ٱلصُّبۡحُ‌ۚ أَلَيۡسَ ٱلصُّبۡحُ بِقَرِيبٍ ٨١
Qaloo ya lootu innarusulu rabbika lan yasiloo ilayka faasri bi-ahlika biqitAAinmina allayli wala yaltafit minkum ahadun illaimraataka innahu museebuha ma asabahuminna mawAAidahumu assubhu alaysa assubhubiqareeb
MS • Basmeih (Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?"
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 82
فَلَمَّا جَآءَ أَمۡرُنَا جَعَلۡنَا عَـٰلِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ٨٢
Falamma jaa amrunajaAAalna AAaliyaha safilahawaamtarna AAalayha hijaratanmin sijjeelin mandood
MS • Basmeih Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 83
مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ‌ۖ وَمَا هِىَ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ بِبَعِيدٍ ٨٣
Musawwamatan AAinda rabbika wama hiyamina aththalimeena bibaAAeed
MS • Basmeih Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 84
۞وَإِلَىٰ مَدۡيَنَ أَخَاهُمۡ شُعَيۡبًا‌ۚ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواۡ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُۥ‌ۖ وَلَا تَنقُصُواۡ ٱلۡمِكۡيَالَ وَٱلۡمِيزَانَ‌ۚ إِنِّىٓ أَرَٮٰكُم بِخَيۡرٍ وَإِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ مُّحِيطٍ ٨٤
Wa-ila madyana akhahumshuAAayban qala ya qawmi oAAbudoo Allaha malakum min ilahin ghayruhu wala tanqusooalmikyala walmeezana innee arakumbikhayrin wa-innee akhafu AAalaykum AAathaba yawminmuheet
MS • Basmeih Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! (Sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah).
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 85
وَيَـٰقَوۡمِ أَوۡفُواۡ ٱلۡمِكۡيَالَ وَٱلۡمِيزَانَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا تَبۡخَسُواۡ ٱلنَّاسَ أَشۡيَآءَهُمۡ وَلَا تَعۡثَوۡاۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُفۡسِدِينَ ٨٥
Waya qawmi awfoo almikyala walmeezanabilqisti wala tabkhasoo annasaashyaahum wala taAAthaw fee al-ardimufsideen
MS • Basmeih Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 86
بَقِيَّتُ ٱللَّهِ خَيۡرٌ لَّكُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ‌ۚ وَمَآ أَنَاۡ عَلَيۡكُم بِحَفِيظٍ ٨٦
Baqiyyatu Allahi khayrun lakum inkuntum mu/mineena wama ana AAalaykum bihafeeth
MS • Basmeih Limpah kurnia Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu (daripada yang kamu ambil secara haram itu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 87
قَالُواۡ يَـٰشُعَيۡبُ أَصَلَوٰتُكَ تَأۡمُرُكَ أَن نَّتۡرُكَ مَا يَعۡبُدُ ءَابَآؤُنَآ أَوۡ أَن نَّفۡعَلَ فِىٓ أَمۡوٰلِنَا مَا نَشَـٰٓؤُاۡ‌ۖ إِنَّكَ لَأَنتَ ٱلۡحَلِيمُ ٱلرَّشِيدُ ٨٧
Qaloo ya shuAAaybu asalatukata/muruka an natruka ma yaAAbudu abaonaaw an nafAAala fee amwalina ma nashaoinnaka laanta alhaleemu arrasheed
MS • Basmeih Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu (yang banyak itu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?"
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 88
قَالَ يَـٰقَوۡمِ أَرَءَيۡتُمۡ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّى وَرَزَقَنِى مِنۡهُ رِزۡقًا حَسَنًا‌ۚ وَمَآ أُرِيدُ أَنۡ أُخَالِفَكُمۡ إِلَىٰ مَآ أَنۡهَـٰكُمۡ عَنۡهُ‌ۚ إِنۡ أُرِيدُ إِلَّا ٱلۡإِصۡلَـٰحَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُ‌ۚ وَمَا تَوۡفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ‌ۚ عَلَيۡهِ تَوَكَّلۡتُ وَإِلَيۡهِ أُنِيبُ ٨٨
Qala ya qawmi araaytum inkuntu AAala bayyinatin min rabbee warazaqanee minhu rizqanhasanan wama oreedu an okhalifakum ilama anhakum AAanhu in oreedu illa al-islahama istataAAtu wama tawfeeqee illa billahiAAalayhi tawakkaltu wa-ilayhi oneeb
MS • Basmeih Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 89
وَيَـٰقَوۡمِ لَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شِقَاقِىٓ أَن يُصِيبَكُم مِّثۡلُ مَآ أَصَابَ قَوۡمَ نُوحٍ أَوۡ قَوۡمَ هُودٍ أَوۡ قَوۡمَ صَـٰلِحٍ‌ۚ وَمَا قَوۡمُ لُوطٍ مِّنكُم بِبَعِيدٍ ٨٩
Waya qawmi la yajrimannakumshiqaqee an yuseebakum mithlu ma asabaqawma noohin aw qawma hoodin aw qawma salihinwama qawmu lootin minkum bibaAAeed
MS • Basmeih Dan wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah menimpa kaum Nabi Nuh, atau kaum Nabi Hud, atau kaum Nabi Soleh. Dan kaum Nabi Lut pun tidaklah jauh dari kamu (kamu sedia mengetahui apa yang telah menimpa mereka).
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 90
وَٱسۡتَغۡفِرُواۡ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاۡ إِلَيۡهِ‌ۚ إِنَّ رَبِّى رَحِيمٌ وَدُودٌ ٩٠
Wastaghfiroo rabbakum thumma toobooilayhi inna rabbee raheemun wadood
MS • Basmeih Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 91
قَالُواۡ يَـٰشُعَيۡبُ مَا نَفۡقَهُ كَثِيرًا مِّمَّا تَقُولُ وَإِنَّا لَنَرَٮٰكَ فِينَا ضَعِيفًا‌ۖ وَلَوۡلَا رَهۡطُكَ لَرَجَمۡنَـٰكَ‌ۖ وَمَآ أَنتَ عَلَيۡنَا بِعَزِيزٍ ٩١
Qaloo ya shuAAaybu manafqahu katheeran mimma taqoolu wa-inna lanarakafeena daAAeefan walawla rahtukalarajamnaka wama anta AAalayna biAAazeez
MS • Basmeih Mereka berkata: "Wahai Syuaib,! kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, tentulah kami telah melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!"
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 92
قَالَ يَـٰقَوۡمِ أَرَهۡطِىٓ أَعَزُّ عَلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَٱتَّخَذۡتُمُوهُ وَرَآءَكُمۡ ظِهۡرِيًّا‌ۖ إِنَّ رَبِّى بِمَا تَعۡمَلُونَ مُحِيطٌ ٩٢
Qala ya qawmi arahteeaAAazzu AAalaykum mina Allahi wattakhathtumoohuwaraakum thihriyyan inna rabbee bimataAAmaloona muheet
MS • Basmeih Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! (Mengapa kamu bersikap demikian)? Patutkah kaum keluargaku kamu pandang lebih mulia dari pada Allah serta kamu pula jadikan perintahNya sebagai sesuatu yang dibuang dan dilupakan di belakang kamu? Sesungguhnya Tuhanku Amat Meliputi pengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 93
وَيَـٰقَوۡمِ ٱعۡمَلُواۡ عَلَىٰ مَكَانَتِكُمۡ إِنِّى عَـٰمِلٌ‌ۖ سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ مَن يَأۡتِيهِ عَذَابٌ يُخۡزِيهِ وَمَنۡ هُوَ كَـٰذِبٌ‌ۖ وَٱرۡتَقِبُوٓاۡ إِنِّى مَعَكُمۡ رَقِيبٌ ٩٣
Waya qawmi iAAmaloo AAala makanatikuminnee AAamilun sawfa taAAlamoona man ya/teehi AAathabunyukhzeehi waman huwa kathibun wartaqiboo innemaAAakum raqeeb
MS • Basmeih " Dan wahai kaumku, buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang ugama Allah yang aku sampaikan itu), sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya). Kamu akan ketahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya, dan siapa pula yang berdusta. Dan tunggulah, sesungguhnya aku juga turut menunggu bersama-sama kamu".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 94
وَلَمَّا جَآءَ أَمۡرُنَا نَجَّيۡنَا شُعَيۡبًا وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ مَعَهُۥ بِرَحۡمَةٍ مِّنَّا وَأَخَذَتِ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواۡ ٱلصَّيۡحَةُ فَأَصۡبَحُواۡ فِى دِيَـٰرِهِمۡ جَـٰثِمِينَ ٩٤
Walamma jaa amrunanajjayna shuAAayban wallatheena amanoomaAAahu birahmatin minna waakhathati allatheenathalamoo assayhatu faasbahoofee diyarihim jathimeen
MS • Basmeih Dan ketika datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami selamatkan Nabi Syuaib beserta dengan umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami; dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 95
كَأَن لَّمۡ يَغۡنَوۡاۡ فِيهَآ‌ۗ أَلَا بُعۡدًا لِّمَدۡيَنَ كَمَا بَعِدَتۡ ثَمُودُ ٩٥
Kaan lam yaghnaw feeha alabuAAdan limadyana kama baAAidat thamood
MS • Basmeih (Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! kebinasaanlah akhirnya bagi penduduk Madyan, sebagaimana binasanya kaum Thamud.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 96
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مُوسَىٰ بِـَٔـايَـٰتِنَا وَسُلۡطَـٰنٍ مُّبِينٍ ٩٦
Walaqad arsalna moosa bi-ayatinawasultanin mubeen
MS • Basmeih Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan Nabi Musa dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami, dan bukti (mukjizat) yang nyata:
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 97
إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَإِيۡهِۦ فَٱتَّبَعُوٓاۡ أَمۡرَ فِرۡعَوۡنَ‌ۖ وَمَآ أَمۡرُ فِرۡعَوۡنَ بِرَشِيدٍ ٩٧
Ila firAAawna wamala-ihi fattabaAAooamra firAAawna wama amru firAAawna birasheed
MS • Basmeih Kepada Firaun dan kaumnya; lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 98
يَقۡدُمُ قَوۡمَهُۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ فَأَوۡرَدَهُمُ ٱلنَّارَ‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡوِرۡدُ ٱلۡمَوۡرُودُ ٩٨
Yaqdumu qawmahu yawma alqiyamatifaawradahumu annara wabi/sa alwirdu almawrood
MS • Basmeih Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat kemudian tetaplah ia akan membawa mereka masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah neraka.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 99
وَأُتۡبِعُواۡ فِى هَـٰذِهِۦ لَعۡنَةً وَيَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۚ بِئۡسَ ٱلرِّفۡدُ ٱلۡمَرۡفُودُ ٩٩
WaotbiAAoo fee hathihi laAAnatanwayawma alqiyamati bi/sa arrifdu almarfood
MS • Basmeih Dan mereka diiringi oleh laknat yang tidak putus-putus di dunia ini, dan pada hari kiamat. (Sebenarnya) laknat itu adalah seburuk-buruk pemberian yang diberikan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 100
ذٰلِكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلۡقُرَىٰ نَقُصُّهُۥ عَلَيۡكَ‌ۖ مِنۡهَا قَآئِمٌ وَحَصِيدٌ ١٠٠
Thalika min anba-i alquranaqussuhu AAalayka minha qa-imun wahaseed
MS • Basmeih Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan), dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap).
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 101
وَمَا ظَلَمۡنَـٰهُمۡ وَلَـٰكِن ظَلَمُوٓاۡ أَنفُسَهُمۡ‌ۖ فَمَآ أَغۡنَتۡ عَنۡهُمۡ ءَالِهَتُهُمُ ٱلَّتِى يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مِن شَىۡءٍ لَّمَّا جَآءَ أَمۡرُ رَبِّكَ‌ۖ وَمَا زَادُوهُمۡ غَيۡرَ تَتۡبِيبٍ ١٠١
Wama thalamnahumwalakin thalamoo anfusahum famaaghnat AAanhum alihatuhumu allatee yadAAoona min dooni Allahimin shay-in lamma jaa amru rabbika wama zadoohumghayra tatbeeb
MS • Basmeih Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikitpun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 102
وَكَذٰلِكَ أَخۡذُ رَبِّكَ إِذَآ أَخَذَ ٱلۡقُرَىٰ وَهِىَ ظَـٰلِمَةٌ‌ۚ إِنَّ أَخۡذَهُۥٓ أَلِيمٌ شَدِيدٌ ١٠٢
Wakathalika akhthu rabbika ithaakhatha alqura wahiya thalimatuninna akhthahu aleemun shadeed
MS • Basmeih Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 103
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً لِّمَنۡ خَافَ عَذَابَ ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ ذٰلِكَ يَوۡمٌ مَّجۡمُوعٌ لَّهُ ٱلنَّاسُ وَذٰلِكَ يَوۡمٌ مَّشۡهُودٌ ١٠٣
Inna fee thalika laayatanliman khafa AAathaba al-akhirati thalikayawmun majmooAAun lahu annasu wathalikayawmun mashhoodun
MS • Basmeih Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 104
وَمَا نُؤَخِّرُهُۥٓ إِلَّا لِأَجَلٍ مَّعۡدُودٍ ١٠٤
Wama nu-akhkhiruhu illali-ajalin maAAdood
MS • Basmeih Dan tiadalah Kami lambatkan hari kiamat itu melainkan untuk suatu tempoh yang tertentu.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 105
يَوۡمَ يَأۡتِ لَا تَكَلَّمُ نَفۡسٌ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ فَمِنۡهُمۡ شَقِىٌّ وَسَعِيدٌ ١٠٥
Yawma ya/ti la takallamu nafsun illabi-ithnihi faminhum shaqiyyun wasaAAeed
MS • Basmeih (Pada) masa datangnya (hari kiamat itu), tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahagia.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 106
فَأَمَّا ٱلَّذِينَ شَقُواۡ فَفِى ٱلنَّارِ لَهُمۡ فِيهَا زَفِيرٌ وَشَهِيقٌ ١٠٦
Faamma allatheena shaqoofafee annari lahum feeha zafeerun washaheeq
MS • Basmeih Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai).
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 107
خَـٰلِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ ٱلسَّمَـٰوٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ إِلَّا مَا شَآءَ رَبُّكَ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ ١٠٧
Khalideena feeha ma damatiassamawatu wal-ardu illama shaa rabbuka inna rabbaka faAAAAalun limayureed
MS • Basmeih Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 108
۞وَأَمَّا ٱلَّذِينَ سُعِدُواۡ فَفِى ٱلۡجَنَّةِ خَـٰلِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ ٱلسَّمَـٰوٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ إِلَّا مَا شَآءَ رَبُّكَ‌ۖ عَطَآءً غَيۡرَ مَجۡذُوذٍ ١٠٨
Waamma allatheena suAAidoofafee aljannati khalideena feeha ma damatiassamawatu wal-ardu illama shaa rabbuka AAataan ghayra majthooth
MS • Basmeih Adapun orang-orang yang berbahagia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam Syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 109
فَلَا تَكُ فِى مِرۡيَةٍ مِّمَّا يَعۡبُدُ هَـٰٓؤُلَآءِ‌ۚ مَا يَعۡبُدُونَ إِلَّا كَمَا يَعۡبُدُ ءَابَآؤُهُم مِّن قَبۡلُ‌ۚ وَإِنَّا لَمُوَفُّوهُمۡ نَصِيبَهُمۡ غَيۡرَ مَنقُوصٍ ١٠٩
Fala taku fee miryatin mimmayaAAbudu haola-i ma yaAAbudoona illakama yaAAbudu abaohum min qablu wa-innalamuwaffoohum naseebahum ghayra manqoos
MS • Basmeih Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu tentang sia-sianya apa yang disembah oleh mereka yang musyrik itu. Mereka tidak menyembah melainkan sama seperti yang disembah oleh datuk nenek mereka yang musyrik dahulu. Dan sesungguhnya Kami akan menyempurnakan bagi mereka bahagian mereka (dari azab yang telah ditentukan) dengan tidak dikurangi.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 110
وَلَقَدۡ ءَاتَيۡنَا مُوسَى ٱلۡكِتَـٰبَ فَٱخۡتُلِفَ فِيهِ‌ۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتۡ مِن رَّبِّكَ لَقُضِىَ بَيۡنَهُمۡ‌ۚ وَإِنَّهُمۡ لَفِى شَكٍّ مِّنۡهُ مُرِيبٍ ١١٠
Walaqad atayna moosaalkitaba fakhtulifa feehi walawla kalimatunsabaqat min rabbika laqudiya baynahum wa-innahum lafeeshakkin minhu mureeb
MS • Basmeih (Janganlah engkau merasa bimbang wahai Muhammad tentang keingkaran kaummu) kerana sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, lalu berlaku pertentangan mengenainya. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya mereka masih menaruh perasaan ragu-ragu tentang (kebenaran Al-Quran) itu.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 111
وَإِنَّ كُلاًّ لَّمَّا لَيُوَفِّيَنَّهُمۡ رَبُّكَ أَعۡمَـٰلَهُمۡ‌ۚ إِنَّهُۥ بِمَا يَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ ١١١
Wa-inna kullan lammalayuwaffiyannahum rabbuka aAAmalahum innahu bimayaAAmaloona khabeer
MS • Basmeih Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 112
فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاۡ‌ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ ١١٢
Fastaqim kama omirta waman tabamaAAaka wala tatghaw innahu bima taAAmaloonabaseer
MS • Basmeih Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 113
وَلَا تَرۡكَنُوٓاۡ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواۡ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣
Wala tarkanoo ila allatheenathalamoo fatamassakumu annaru wamalakum min dooni Allahi min awliyaa thumma latunsaroon
MS • Basmeih Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 114
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَىِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ ٱلَّيۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَـٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّـَٔـاتِ‌ۚ ذٰلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذّٰكِرِينَ ١١٤
Waaqimi assalata tarafayiannahari wazulafan mina allayli inna alhasanatiyuthhibna assayyi-ati thalika thikraliththakireen
MS • Basmeih Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 115
وَٱصۡبِرۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ١١٥
Wasbir fa-inna Allahala yudeeAAu ajra almuhsineen
MS • Basmeih Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 116
فَلَوۡلَا كَانَ مِنَ ٱلۡقُرُونِ مِن قَبۡلِكُمۡ أُوۡلُواۡ بَقِيَّةٍ يَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡفَسَادِ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا قَلِيلاً مِّمَّنۡ أَنجَيۡنَا مِنۡهُمۡ‌ۗ وَٱتَّبَعَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواۡ مَآ أُتۡرِفُواۡ فِيهِ وَكَانُواۡ مُجۡرِمِينَ ١١٦
Falawla kana mina alquroonimin qablikum oloo baqiyyatin yanhawna AAani alfasadi feeal-ardi illa qaleelan mimman anjayna minhumwattabaAAa allatheena thalamoo maotrifoo feehi wakanoo mujrimeen
MS • Basmeih Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 117
وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهۡلِكَ ٱلۡقُرَىٰ بِظُلۡمٍ وَأَهۡلُهَا مُصۡلِحُونَ ١١٧
Wama kana rabbuka liyuhlikaalqura bithulmin waahluha muslihoon
MS • Basmeih Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 118
وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ ٱلنَّاسَ أُمَّةً وٰحِدَةً‌ۖ وَلَا يَزَالُونَ مُخۡتَلِفِينَ ١١٨
Walaw shaa rabbuka lajaAAala annasaommatan wahidatan wala yazaloonamukhtalifeen
MS • Basmeih Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 119
إِلَّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَ‌ۚ وَلِذٰلِكَ خَلَقَهُمۡ‌ۗ وَتَمَّتۡ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ ١١٩
Illa man rahima rabbuka walithalikakhalaqahum watammat kalimatu rabbika laamlaanna jahannama minaaljinnati wannasi ajmaAAeen
MS • Basmeih Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 120
وَكُلاًّ نَّقُصُّ عَلَيۡكَ مِنۡ أَنۢبَآءِ ٱلرُّسُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤَادَكَ‌ۚ وَجَآءَكَ فِى هَـٰذِهِ ٱلۡحَقُّ وَمَوۡعِظَةٌ وَذِكۡرَىٰ لِلۡمُؤۡمِنِينَ ١٢٠
Wakullan naqussu AAalayka min anba-iarrusuli ma nuthabbitu bihi fu-adaka wajaakafee hathihi alhaqqu wamawAAithatun wathikralilmu/mineen
MS • Basmeih Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 121
وَقُل لِّلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ ٱعۡمَلُواۡ عَلَىٰ مَكَانَتِكُمۡ إِنَّا عَـٰمِلُونَ ١٢١
Waqul lillatheena layu/minoona iAAmaloo AAala makanatikum innaAAamiloon
MS • Basmeih Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman: "Buatlah apa yang kamu sanggup melakukannya (dari perbuatan ingkar itu). Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan (nasihat pengajaran yang Tuhan berikan kepada kami).
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 122
وَٱنتَظِرُوٓاۡ إِنَّا مُنتَظِرُونَ ١٢٢
Wantathiroo innamuntathiroon
MS • Basmeih Dan tunggulah (akibat yang buruk yang akan menimpa kamu)! Sesungguhnya kami juga menunggu (akan kemenangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah kepada kami)".
Audio (Mishary) Tafsir
Hud Ayah 123
وَلِلَّهِ غَيۡبُ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُ ٱلۡأَمۡرُ كُلُّهُۥ فَٱعۡبُدۡهُ وَتَوَكَّلۡ عَلَيۡهِ‌ۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ ١٢٣
Walillahi ghaybu assamawatiwal-ardi wa-ilayhi yurjaAAu al-amru kulluhu faAAbudhuwatawakkal AAalayhi wama rabbuka bighafilin AAammataAAmaloon
MS • Basmeih Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
Audio (Mishary) Tafsir