MyQuran360

Surah Al-'Alaq

Surah 96 · 19 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

96. Al-'Alaq 19 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-'Alaq • Ayat 1
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ١
MS · Basmeih Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Al-'Alaq • Ayat 2
خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ ٢
MS · Basmeih Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Al-'Alaq • Ayat 3
ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ ٣
MS · Basmeih Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Al-'Alaq • Ayat 4
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ ٤
MS · Basmeih Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Al-'Alaq • Ayat 5
عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ ٥
MS · Basmeih Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Al-'Alaq • Ayat 6
كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَيَطۡغَىٰٓ ٦
MS · Basmeih Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
Al-'Alaq • Ayat 7
أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَىٰٓ ٧
MS · Basmeih Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
Al-'Alaq • Ayat 8
إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ ٨
MS · Basmeih (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
Al-'Alaq • Ayat 9
أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يَنۡهَىٰ ٩
MS · Basmeih Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
Al-'Alaq • Ayat 10
عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ ١٠
MS · Basmeih Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
Al-'Alaq • Ayat 11
أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ ١١
MS · Basmeih Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
Al-'Alaq • Ayat 12
أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ ١٢
MS · Basmeih Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
Al-'Alaq • Ayat 13
أَرَءَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰٓ ١٣
MS · Basmeih Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
Al-'Alaq • Ayat 14
أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ ١٤
MS · Basmeih Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
Al-'Alaq • Ayat 15
كَلَّا لَئِن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ ١٥
MS · Basmeih Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
Al-'Alaq • Ayat 16
نَاصِيَةٍ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍ ١٦
MS · Basmeih Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
Al-'Alaq • Ayat 17
فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ ١٧
MS · Basmeih Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
Al-'Alaq • Ayat 18
سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ ١٨
MS · Basmeih Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
Al-'Alaq • Ayat 19 ۩ Sajdah
كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب ۩
MS · Basmeih Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation