MyQuran360

Surah An-Najm

Surah 53 · 62 ayat · Makkiyah · Juzuk 27

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

53. An-Najm 62 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

An-Najm • Ayat 1
وَٱلنَّجۡمِ إِذَا هَوَىٰ ١
MS · Basmeih Demi bintang semasa ia menjunam, -
An-Najm • Ayat 2
مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمۡ وَمَا غَوَىٰ ٢
MS · Basmeih Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
An-Najm • Ayat 3
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ ٣
MS · Basmeih Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
An-Najm • Ayat 4
إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡىٌ يُوحَىٰ ٤
MS · Basmeih Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
An-Najm • Ayat 5
عَلَّمَهُۥ شَدِيدُ ٱلۡقُوَىٰ ٥
MS · Basmeih wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -
An-Najm • Ayat 6
ذُو مِرَّةٍ فَٱسۡتَوَىٰ ٦
MS · Basmeih Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -
An-Najm • Ayat 7
وَهُوَ بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡأَعۡلَىٰ ٧
MS · Basmeih Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);
An-Najm • Ayat 8
ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ ٨
MS · Basmeih Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,
An-Najm • Ayat 9
فَكَانَ قَابَ قَوۡسَيۡنِ أَوۡ أَدۡنَىٰ ٩
MS · Basmeih Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
An-Najm • Ayat 10
فَأَوۡحَىٰٓ إِلَىٰ عَبۡدِهِۦ مَآ أَوۡحَىٰ ١٠
MS · Basmeih Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.
An-Najm • Ayat 11
مَا كَذَبَ ٱلۡفُؤَادُ مَا رَأَىٰٓ ١١
MS · Basmeih Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
An-Najm • Ayat 12
أَفَتُمَـٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ ١٢
MS · Basmeih Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?
An-Najm • Ayat 13
وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ ١٣
MS · Basmeih Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,
An-Najm • Ayat 14
عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ ١٤
MS · Basmeih Di sisi "Sidratul-Muntaha";
An-Najm • Ayat 15
عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ ١٥
MS · Basmeih Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".
An-Najm • Ayat 16
إِذۡ يَغۡشَى ٱلسِّدۡرَةَ مَا يَغۡشَىٰ ١٦
MS · Basmeih (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.
An-Najm • Ayat 17
مَا زَاغَ ٱلۡبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ ١٧
MS · Basmeih Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.
An-Najm • Ayat 18
لَقَدۡ رَأَىٰ مِنۡ ءَايَـٰتِ رَبِّهِ ٱلۡكُبۡرَىٰٓ ١٨
MS · Basmeih Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.
An-Najm • Ayat 19
أَفَرَءَيۡتُمُ ٱللَّـٰتَ وَٱلۡعُزَّىٰ ١٩
MS · Basmeih (Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -
An-Najm • Ayat 20
وَمَنَوٰةَ ٱلثَّالِثَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰٓ ٢٠
MS · Basmeih Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?
An-Najm • Ayat 21
أَلَكُمُ ٱلذَّكَرُ وَلَهُ ٱلۡأُنثَىٰ ٢١
MS · Basmeih Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?
An-Najm • Ayat 22
تِلۡكَ إِذًا قِسۡمَةٌ ضِيزَىٰٓ ٢٢
MS · Basmeih Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.
An-Najm • Ayat 23
إِنۡ هِىَ إِلَّآ أَسۡمَآءٌ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِهَا مِن سُلۡطَـٰنٍ‌ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَمَا تَهۡوَى ٱلۡأَنفُسُ‌ۖ وَلَقَدۡ جَآءَهُم مِّن رَّبِّهِمُ ٱلۡهُدَىٰٓ ٢٣
MS · Basmeih Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.
An-Najm • Ayat 24
أَمۡ لِلۡإِنسَـٰنِ مَا تَمَنَّىٰ ٢٤
MS · Basmeih Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).
An-Najm • Ayat 25
فَلِلَّهِ ٱلۡأَخِرَةُ وَٱلۡأُولَىٰ ٢٥
MS · Basmeih Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.
An-Najm • Ayat 26
۞وَكَم مِّن مَّلَكٍ فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ لَا تُغۡنِى شَفَـٰعَتُهُمۡ شَيۡــًٔا إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ أَن يَأۡذَنَ ٱللَّهُ لِمَن يَشَآءُ وَيَرۡضَىٰٓ ٢٦
MS · Basmeih (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.
An-Najm • Ayat 27
إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡأَخِرَةِ لَيُسَمُّونَ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةَ تَسۡمِيَةَ ٱلۡأُنثَىٰ ٢٧
MS · Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,
An-Najm • Ayat 28
وَمَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍ‌ۖ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ‌ۖ وَإِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغۡنِى مِنَ ٱلۡحَقِّ شَيۡــًٔا ٢٨
MS · Basmeih Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
An-Najm • Ayat 29
فَأَعۡرِضۡ عَن مَّن تَوَلَّىٰ عَن ذِكۡرِنَا وَلَمۡ يُرِدۡ إِلَّا ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا ٢٩
MS · Basmeih Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.
An-Najm • Ayat 30
ذٰلِكَ مَبۡلَغُهُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱهۡتَدَىٰ ٣٠
MS · Basmeih (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.
An-Najm • Ayat 31
وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ لِيَجۡزِىَ ٱلَّذِينَ أَسَـٰٓـــُٔواۡ بِمَا عَمِلُواۡ وَيَجۡزِىَ ٱلَّذِينَ أَحۡسَنُواۡ بِٱلۡحُسۡنَى ٣١
MS · Basmeih Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.
An-Najm • Ayat 32
ٱلَّذِينَ يَجۡتَنِبُونَ كَبَـٰٓئِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡفَوٰحِشَ إِلَّا ٱللَّمَمَ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ وٰسِعُ ٱلۡمَغۡفِرَةِ‌ۚ هُوَ أَعۡلَمُ بِكُمۡ إِذۡ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَإِذۡ أَنتُمۡ أَجِنَّةٌ فِى بُطُونِ أُمَّهَـٰتِكُمۡ‌ۖ فَلَا تُزَكُّوٓاۡ أَنفُسَكُمۡ‌ۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ ٣٢
MS · Basmeih (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
An-Najm • Ayat 33
أَفَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى تَوَلَّىٰ ٣٣
MS · Basmeih Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?
An-Najm • Ayat 34
وَأَعۡطَىٰ قَلِيلاً وَأَكۡدَىٰٓ ٣٤
MS · Basmeih Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?
An-Najm • Ayat 35
أَعِندَهُۥ عِلۡمُ ٱلۡغَيۡبِ فَهُوَ يَرَىٰٓ ٣٥
MS · Basmeih Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?
An-Najm • Ayat 36
أَمۡ لَمۡ يُنَبَّأۡ بِمَا فِى صُحُفِ مُوسَىٰ ٣٦
MS · Basmeih Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -
An-Najm • Ayat 37
وَإِبۡرٰهِيمَ ٱلَّذِى وَفَّىٰٓ ٣٧
MS · Basmeih Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?
An-Najm • Ayat 38
أَلَّا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزۡرَ أُخۡرَىٰ ٣٨
MS · Basmeih (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);
An-Najm • Ayat 39
وَأَن لَّيۡسَ لِلۡإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ ٣٩
MS · Basmeih Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
An-Najm • Ayat 40
وَأَنَّ سَعۡيَهُۥ سَوۡفَ يُرَىٰ ٤٠
MS · Basmeih Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);
An-Najm • Ayat 41
ثُمَّ يُجۡزَٮٰهُ ٱلۡجَزَآءَ ٱلۡأَوۡفَىٰ ٤١
MS · Basmeih Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;
An-Najm • Ayat 42
وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلۡمُنتَهَىٰ ٤٢
MS · Basmeih Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
An-Najm • Ayat 43
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ ٤٣
MS · Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
An-Najm • Ayat 44
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَمَاتَ وَأَحۡيَا ٤٤
MS · Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;
An-Najm • Ayat 45
وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰ ٤٥
MS · Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -
An-Najm • Ayat 46
مِن نُّطۡفَةٍ إِذَا تُمۡنَىٰ ٤٦
MS · Basmeih Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);
An-Najm • Ayat 47
وَأَنَّ عَلَيۡهِ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُخۡرَىٰ ٤٧
MS · Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);
An-Najm • Ayat 48
وَأَنَّهُۥ هُوَ أَغۡنَىٰ وَأَقۡنَىٰ ٤٨
MS · Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;
An-Najm • Ayat 49
وَأَنَّهُۥ هُوَ رَبُّ ٱلشِّعۡرَىٰ ٤٩
MS · Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;
An-Najm • Ayat 50
وَأَنَّهُۥٓ أَهۡلَكَ عَادًا ٱلۡأُولَىٰ ٥٠
MS · Basmeih Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -
An-Najm • Ayat 51
وَثَمُودَاۡ فَمَآ أَبۡقَىٰ ٥١
MS · Basmeih Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.
An-Najm • Ayat 52
وَقَوۡمَ نُوحٍ مِّن قَبۡلُ‌ۖ إِنَّهُمۡ كَانُواۡ هُمۡ أَظۡلَمَ وَأَطۡغَىٰ ٥٢
MS · Basmeih Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.
An-Najm • Ayat 53
وَٱلۡمُؤۡتَفِكَةَ أَهۡوَىٰ ٥٣
MS · Basmeih Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;
An-Najm • Ayat 54
فَغَشَّـٰهَا مَا غَشَّىٰ ٥٤
MS · Basmeih Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.
An-Najm • Ayat 55
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكَ تَتَمَارَىٰ ٥٥
MS · Basmeih Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
An-Najm • Ayat 56
هَـٰذَا نَذِيرٌ مِّنَ ٱلنُّذُرِ ٱلۡأُولَىٰٓ ٥٦
MS · Basmeih (Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!
An-Najm • Ayat 57
أَزِفَتِ ٱلۡأَزِفَةُ ٥٧
MS · Basmeih Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);
An-Najm • Ayat 58
لَيۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ كَاشِفَةٌ ٥٨
MS · Basmeih Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.
An-Najm • Ayat 59
أَفَمِنۡ هَـٰذَا ٱلۡحَدِيثِ تَعۡجَبُونَ ٥٩
MS · Basmeih Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?
An-Najm • Ayat 60
وَتَضۡحَكُونَ وَلَا تَبۡكُونَ ٦٠
MS · Basmeih Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?
An-Najm • Ayat 61
وَأَنتُمۡ سَـٰمِدُونَ ٦١
MS · Basmeih Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?
An-Najm • Ayat 62 ۩ Sajdah
فَٱسۡجُدُواۡ لِلَّهِ وَٱعۡبُدُواۡ ۩
MS · Basmeih Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation