Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.
51. Adh-Dhariyat60 ayatMenu pembaca
Surah
51. Adh-Dhariyat(60 ayat)
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Adh-Dhariyat•Ayat 1
وَٱلذّٰرِيَـٰتِذَرۡوًا١
MS · Basmeih Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -
Adh-Dhariyat•Ayat 2
فَٱلۡحَـٰمِلَـٰتِوِقۡرًا٢
MS · Basmeih Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -
Adh-Dhariyat•Ayat 3
فَٱلۡجَـٰرِيَـٰتِيُسۡرًا٣
MS · Basmeih Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -
Adh-Dhariyat•Ayat 4
فَٱلۡمُقَسِّمَـٰتِأَمۡرًا٤
MS · Basmeih Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;
Adh-Dhariyat•Ayat 5
إِنَّمَاتُوعَدُونَلَصَادِقٌ٥
MS · Basmeih (Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar;
Adh-Dhariyat•Ayat 6
وَإِنَّٱلدِّينَلَوٰقِعٌ٦
MS · Basmeih Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.
Adh-Dhariyat•Ayat 7
وَٱلسَّمَآءِذَاتِٱلۡحُبُكِ٧
MS · Basmeih Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,
Adh-Dhariyat•Ayat 8
إِنَّكُمۡلَفِىقَوۡلٍمُّخۡتَلِفٍ٨
MS · Basmeih Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).
Adh-Dhariyat•Ayat 9
يُؤۡفَكُعَنۡهُمَنۡأُفِكَ٩
MS · Basmeih Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).
Adh-Dhariyat•Ayat 10
قُتِلَٱلۡخَرّٰصُونَ١٠
MS · Basmeih Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,
Adh-Dhariyat•Ayat 11
ٱلَّذِينَهُمۡفِىغَمۡرَةٍسَاهُونَ١١
MS · Basmeih (Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
Adh-Dhariyat•Ayat 12
يَسۡــَٔلُونَأَيَّانَيَوۡمُٱلدِّينِ١٢
MS · Basmeih Mereka bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"
Adh-Dhariyat•Ayat 13
يَوۡمَهُمۡعَلَىٱلنَّارِيُفۡتَنُونَ١٣
MS · Basmeih (Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, -
MS · Basmeih (Sambil dikatakan kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".
Adh-Dhariyat•Ayat 15
إِنَّٱلۡمُتَّقِينَفِىجَنَّـٰتٍوَعُيُونٍ١٥
MS · Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
MS · Basmeih (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
Adh-Dhariyat•Ayat 17
كَانُواۡقَلِيلاًمِّنَٱلَّيۡلِمَايَهۡجَعُونَ١٧
MS · Basmeih Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
Adh-Dhariyat•Ayat 18
وَبِٱلۡأَسۡحَارِهُمۡيَسۡتَغۡفِرُونَ١٨
MS · Basmeih Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
MS · Basmeih Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
Adh-Dhariyat•Ayat 20
وَفِىٱلۡأَرۡضِءَايَـٰتٌلِّلۡمُوقِنِينَ٢٠
MS · Basmeih Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
Adh-Dhariyat•Ayat 21
وَفِىٓأَنفُسِكُمۡۚأَفَلَاتُبۡصِرُونَ٢١
MS · Basmeih Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Adh-Dhariyat•Ayat 22
وَفِىٱلسَّمَآءِرِزۡقُكُمۡوَمَاتُوعَدُونَ٢٢
MS · Basmeih Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
MS · Basmeih Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.
MS · Basmeih Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.
Adh-Dhariyat•Ayat 26
فَرَاغَإِلَىٰٓأَهۡلِهِۦفَجَآءَبِعِجۡلٍسَمِينٍ٢٦
MS · Basmeih Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).
Adh-Dhariyat•Ayat 27
فَقَرَّبَهُۥٓإِلَيۡهِمۡقَالَأَلَاتَأۡكُلُونَ٢٧
MS · Basmeih Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".
MS · Basmeih (Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.
MS · Basmeih (Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?"
MS · Basmeih Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".
Adh-Dhariyat•Ayat 31Permulaan Juzuk 27
۞قَالَفَمَاخَطۡبُكُمۡأَيُّهَاٱلۡمُرۡسَلُونَ٣١
MS · Basmeih Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"
MS · Basmeih (Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).
MS · Basmeih Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
MS · Basmeih Dan juga pada (kisah) Nabi Musa (terdapat dalil-dalil yang memberi keinsafan), - ketika kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.
MS · Basmeih Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.
MS · Basmeih Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), - ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; -
MS · Basmeih Dan juga pada (kisah) kaum Thamud (terdapat perkara-perkara yang menjadi pelajaran) - ketika dikatakan kepada mereka: "Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu (yang termaklum)!"
MS · Basmeih Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan tidak dapat melarikan diri), sedang mereka melihatnya.
MS · Basmeih Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.
Adh-Dhariyat•Ayat 48
وَٱلۡأَرۡضَفَرَشۡنَـٰهَافَنِعۡمَٱلۡمَـٰهِدُونَ٤٨
MS · Basmeih Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya.
MS · Basmeih (Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
MS · Basmeih "Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".
MS · Basmeih Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila".
Adh-Dhariyat•Ayat 53
أَتَوَاصَوۡاۡبِهِۦۚبَلۡهُمۡقَوۡمٌطَاغُونَ٥٣
MS · Basmeih Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).
Adh-Dhariyat•Ayat 54
فَتَوَلَّعَنۡهُمۡفَمَآأَنتَبِمَلُومٍ٥٤
MS · Basmeih Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).
MS · Basmeih Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
MS · Basmeih (Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.