MS · Basmeih Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
Ad-Dukhan•Ayat 4
فِيهَايُفۡرَقُكُلُّأَمۡرٍحَكِيمٍ٤
MS · Basmeih (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
Ad-Dukhan•Ayat 5
أَمۡرًامِّنۡعِندِنَآۚإِنَّاكُنَّامُرۡسِلِينَ٥
MS · Basmeih Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.
MS · Basmeih (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).
MS · Basmeih Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).
MS · Basmeih Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.
Ad-Dukhan•Ayat 9
بَلۡهُمۡفِىشَكٍّيَلۡعَبُونَ٩
MS · Basmeih (Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan sambil bermain-main dengan perkara ugama.
MS · Basmeih Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
MS · Basmeih Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"
MS · Basmeih (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).
MS · Basmeih Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun, dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -
MS · Basmeih (Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.
MS · Basmeih (Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata: "Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)".
Ad-Dukhan•Ayat 23
فَأَسۡرِبِعِبَادِىلَيۡلاًإِنَّكُممُّتَّبَعُونَ٢٣
MS · Basmeih Lalu (diperintahkan kepadanya): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam, kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).
MS · Basmeih "Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah, kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)".
Ad-Dukhan•Ayat 25
كَمۡتَرَكُواۡمِنجَنَّـٰتٍوَعُيُونٍ٢٥
MS · Basmeih Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan,
Ad-Dukhan•Ayat 26
وَزُرُوعٍوَمَقَامٍكَرِيمٍ٢٦
MS · Basmeih Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah - mulia,
Ad-Dukhan•Ayat 27
وَنَعۡمَةٍكَانُواۡفِيهَافَـٰكِهِينَ٢٧
MS · Basmeih Dan juga kemewahan hidup, yang mereka sekian lama menikmatinya.
Ad-Dukhan•Ayat 28
كَذٰلِكَۖوَأَوۡرَثۡنَـٰهَاقَوۡمًاءَاخَرِينَ٢٨
MS · Basmeih Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka); dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain (kaum Bani Israil).
MS · Basmeih Dari penindasan Firaun, sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).
MS · Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami) - menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia (pada zaman itu),
MS · Basmeih Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka).
Ad-Dukhan•Ayat 34
إِنَّهَـٰٓؤُلَآءِلَيَقُولُونَ٣٤
MS · Basmeih (Berbalik kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah berfirman): "Sesungguhnya mereka ini akan berkata (kepadamu - wahai Muhammad dan kepada pengikut-pengikutmu):
MS · Basmeih (Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum "Tubba'" dan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.
MS · Basmeih Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
Ad-Dukhan•Ayat 40
إِنَّيَوۡمَٱلۡفَصۡلِمِيقَـٰتُهُمۡأَجۡمَعِينَ٤٠
MS · Basmeih Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan, ialah masa untuk mereka semua berhimpun, -
MS · Basmeih Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya, dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu),
MS · Basmeih "Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak".
Ad-Dukhan•Ayat 49
ذُقۡإِنَّكَأَنتَٱلۡعَزِيزُٱلۡكَرِيمُ٤٩
MS · Basmeih (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)"
Ad-Dukhan•Ayat 50
إِنَّهَـٰذَامَاكُنتُمبِهِۦتَمۡتَرُونَ٥٠
MS · Basmeih (Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!"
Ad-Dukhan•Ayat 51
إِنَّٱلۡمُتَّقِينَفِىمَقَامٍأَمِينٍ٥١
MS · Basmeih Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. -
Ad-Dukhan•Ayat 52
فِىجَنَّـٰتٍوَعُيُونٍ٥٢
MS · Basmeih Ia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,
MS · Basmeih Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).
Ad-Dukhan•Ayat 54
كَذٰلِكَوَزَوَّجۡنَـٰهُمبِحُورٍعِينٍ٥٤
MS · Basmeih Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
Ad-Dukhan•Ayat 55
يَدۡعُونَفِيهَابِكُلِّفَـٰكِهَةٍءَامِنِينَ٥٥
MS · Basmeih Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.
MS · Basmeih Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;
MS · Basmeih Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).
Ad-Dukhan•Ayat 59
فَٱرۡتَقِبۡإِنَّهُممُّرۡتَقِبُونَ٥٩
MS · Basmeih (Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu).
Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation