MS · Basmeih Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
MS · Basmeih (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
As-Saffat•Ayat 9
دُحُورًاۖوَلَهُمۡعَذَابٌوَاصِبٌ٩
MS · Basmeih Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
MS · Basmeih Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
MS · Basmeih (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
As-Saffat•Ayat 12
بَلۡعَجِبۡتَوَيَسۡخَرُونَ١٢
MS · Basmeih (Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).
As-Saffat•Ayat 13
وَإِذَاذُكِّرُواۡلَايَذۡكُرُونَ١٣
MS · Basmeih Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.
As-Saffat•Ayat 14
وَإِذَارَأَوۡاۡءَايَةًيَسۡتَسۡخِرُونَ١٤
MS · Basmeih Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -
As-Saffat•Ayat 15
وَقَالُوٓاۡإِنۡهَـٰذَآإِلَّاسِحۡرٌمُّبِينٌ١٥
MS · Basmeih Serta mereka berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.
MS · Basmeih (Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).
As-Saffat•Ayat 20
وَقَالُواۡيَـٰوَيۡلَنَاهَـٰذَايَوۡمُٱلدِّينِ٢٠
MS · Basmeih Dan (pada saat itu) mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!"
MS · Basmeih (Allah berfirman kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -
MS · Basmeih Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".
As-Saffat•Ayat 29
قَالُواۡبَللَّمۡتَكُونُواۡمُؤۡمِنِينَ٢٩
MS · Basmeih Ketua-ketuanya menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!
MS · Basmeih "Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
MS · Basmeih (Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).
As-Saffat•Ayat 32
فَأَغۡوَيۡنَـٰكُمۡإِنَّاكُنَّاغَـٰوِينَ٣٢
MS · Basmeih "(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"
As-Saffat•Ayat 33
فَإِنَّهُمۡيَوۡمَئِذٍفِىٱلۡعَذَابِمُشۡتَرِكُونَ٣٣
MS · Basmeih Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.
As-Saffat•Ayat 34
إِنَّاكَذٰلِكَنَفۡعَلُبِٱلۡمُجۡرِمِينَ٣٤
MS · Basmeih Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.
MS · Basmeih Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya, -
MS · Basmeih Serta mereka berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"
As-Saffat•Ayat 37
بَلۡجَآءَبِٱلۡحَقِّوَصَدَّقَٱلۡمُرۡسَلِينَ٣٧
MS · Basmeih (Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
As-Saffat•Ayat 38
إِنَّكُمۡلَذَآئِقُواۡٱلۡعَذَابِٱلۡأَلِيمِ٣٨
MS · Basmeih Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
As-Saffat•Ayat 39
وَمَاتُجۡزَوۡنَإِلَّامَاكُنتُمۡتَعۡمَلُونَ٣٩
MS · Basmeih Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;
As-Saffat•Ayat 40
إِلَّاعِبَادَٱللَّهِٱلۡمُخۡلَصِينَ٤٠
MS · Basmeih Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,
As-Saffat•Ayat 41
أُوۡلَـٰٓئِكَلَهُمۡرِزۡقٌمَّعۡلُومٌ٤١
MS · Basmeih Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,
As-Saffat•Ayat 42
فَوٰكِهُۖوَهُممُّكۡرَمُونَ٤٢
MS · Basmeih Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,
As-Saffat•Ayat 43
فِىجَنَّـٰتِٱلنَّعِيمِ٤٣
MS · Basmeih Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
As-Saffat•Ayat 44
عَلَىٰسُرُرٍمُّتَقَـٰبِلِينَ٤٤
MS · Basmeih Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;
As-Saffat•Ayat 45
يُطَافُعَلَيۡهِمبِكَأۡسٍمِّنمَّعِينِۭ٤٥
MS · Basmeih Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,
As-Saffat•Ayat 46
بَيۡضَآءَلَذَّةٍلِّلشَّـٰرِبِينَ٤٦
MS · Basmeih Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,
As-Saffat•Ayat 47
لَافِيهَاغَوۡلٌوَلَاهُمۡعَنۡهَايُنزَفُونَ٤٧
MS · Basmeih Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.
As-Saffat•Ayat 48
وَعِندَهُمۡقَـٰصِرٰتُٱلطَّرۡفِعِينٌ٤٨
MS · Basmeih Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;
As-Saffat•Ayat 49
كَأَنَّهُنَّبَيۡضٌمَّكۡنُونٌ٤٩
MS · Basmeih (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
As-Saffat•Ayat 50
فَأَقۡبَلَبَعۡضُهُمۡعَلَىٰبَعۡضٍيَتَسَآءَلُونَ٥٠
MS · Basmeih (Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.
As-Saffat•Ayat 51
قَالَقَآئِلٌمِّنۡهُمۡإِنِّىكَانَلِىقَرِينٌ٥١
MS · Basmeih Seorang di antaranya berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).
As-Saffat•Ayat 52
يَقُولُأَءِنَّكَلَمِنَٱلۡمُصَدِّقِينَ٥٢
MS · Basmeih "katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?
MS · Basmeih "Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " '
As-Saffat•Ayat 54
قَالَهَلۡأَنتُممُّطَّلِعُونَ٥٤
MS · Basmeih (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?"
As-Saffat•Ayat 55
فَٱطَّلَعَفَرَءَاهُفِىسَوَآءِٱلۡجَحِيمِ٥٥
MS · Basmeih Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.
As-Saffat•Ayat 56
قَالَتَٱللَّهِإِنكِدتَّلَتُرۡدِينِ٥٦
MS · Basmeih Ia pun (menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.
MS · Basmeih "Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) ".
As-Saffat•Ayat 58
أَفَمَانَحۡنُبِمَيِّتِينَ٥٨
MS · Basmeih (Kemudian ia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): " Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi, -
MS · Basmeih "Selain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?"
As-Saffat•Ayat 60
إِنَّهَـٰذَالَهُوَٱلۡفَوۡزُٱلۡعَظِيمُ٦٠
MS · Basmeih Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.
As-Saffat•Ayat 61
لِمِثۡلِهَـٰذَافَلۡيَعۡمَلِٱلۡعَـٰمِلُونَ٦١
MS · Basmeih Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).
As-Saffat•Ayat 62
أَذٰلِكَخَيۡرٌنُّزُلاًأَمۡشَجَرَةُٱلزَّقُّومِ٦٢
MS · Basmeih Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?
As-Saffat•Ayat 63
إِنَّاجَعَلۡنَـٰهَافِتۡنَةًلِّلظَّـٰلِمِينَ٦٣
MS · Basmeih Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).
As-Saffat•Ayat 64
إِنَّهَاشَجَرَةٌتَخۡرُجُفِىٓأَصۡلِٱلۡجَحِيمِ٦٤
MS · Basmeih Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;
As-Saffat•Ayat 65
طَلۡعُهَاكَأَنَّهُۥرُءُوسُٱلشَّيَـٰطِينِ٦٥
MS · Basmeih Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;
MS · Basmeih Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.
As-Saffat•Ayat 67
ثُمَّإِنَّلَهُمۡعَلَيۡهَالَشَوۡبًامِّنۡحَمِيمٍ٦٧
MS · Basmeih Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.
As-Saffat•Ayat 68
ثُمَّإِنَّمَرۡجِعَهُمۡلَإِلَىٱلۡجَحِيمِ٦٨
MS · Basmeih Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang menjulang-julang.
As-Saffat•Ayat 69
إِنَّهُمۡأَلۡفَوۡاۡءَابَآءَهُمۡضَآلِّينَ٦٩
MS · Basmeih Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;
As-Saffat•Ayat 70
فَهُمۡعَلَىٰٓءَاثَـٰرِهِمۡيُهۡرَعُونَ٧٠
MS · Basmeih Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.
As-Saffat•Ayat 71
وَلَقَدۡضَلَّقَبۡلَهُمۡأَكۡثَرُٱلۡأَوَّلِينَ٧١
MS · Basmeih Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.
As-Saffat•Ayat 72
وَلَقَدۡأَرۡسَلۡنَافِيهِممُّنذِرِينَ٧٢
MS · Basmeih Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.
As-Saffat•Ayat 73
فَٱنظُرۡكَيۡفَكَانَعَـٰقِبَةُٱلۡمُنذَرِينَ٧٣
MS · Basmeih Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -
As-Saffat•Ayat 74
إِلَّاعِبَادَٱللَّهِٱلۡمُخۡلَصِينَ٧٤
MS · Basmeih Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
As-Saffat•Ayat 75
وَلَقَدۡنَادَٮٰنَانُوحٌفَلَنِعۡمَٱلۡمُجِيبُونَ٧٥
MS · Basmeih Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.
MS · Basmeih Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?
As-Saffat•Ayat 92
مَالَكُمۡلَاتَنطِقُونَ٩٢
MS · Basmeih "Mengapa kamu tidak menjawab?"
As-Saffat•Ayat 93
فَرَاغَعَلَيۡهِمۡضَرۡبَۢابِٱلۡيَمِينِ٩٣
MS · Basmeih Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
As-Saffat•Ayat 94
فَأَقۡبَلُوٓاۡإِلَيۡهِيَزِفُّونَ٩٤
MS · Basmeih (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
As-Saffat•Ayat 95
قَالَأَتَعۡبُدُونَمَاتَنۡحِتُونَ٩٥
MS · Basmeih (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?
As-Saffat•Ayat 96
وَٱللَّهُخَلَقَكُمۡوَمَاتَعۡمَلُونَ٩٦
MS · Basmeih "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
MS · Basmeih (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".
MS · Basmeih Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
As-Saffat•Ayat 99
وَقَالَإِنِّىذَاهِبٌإِلَىٰرَبِّىسَيَهۡدِينِ٩٩
MS · Basmeih Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
As-Saffat•Ayat 100
رَبِّهَبۡلِىمِنَٱلصَّـٰلِحِينَ١٠٠
MS · Basmeih " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
As-Saffat•Ayat 101
فَبَشَّرۡنَـٰهُبِغُلَـٰمٍحَلِيمٍ١٠١
MS · Basmeih Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
MS · Basmeih Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
As-Saffat•Ayat 103
فَلَمَّآأَسۡلَمَاوَتَلَّهُۥلِلۡجَبِينِ١٠٣
MS · Basmeih Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
As-Saffat•Ayat 104
وَنَـٰدَيۡنَـٰهُأَنيَـٰٓإِبۡرٰهِيمُ١٠٤
MS · Basmeih Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
MS · Basmeih "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
As-Saffat•Ayat 106
إِنَّهَـٰذَالَهُوَٱلۡبَلَـٰٓؤُاۡٱلۡمُبِينُ١٠٦
MS · Basmeih Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
As-Saffat•Ayat 107
وَفَدَيۡنَـٰهُبِذِبۡحٍعَظِيمٍ١٠٧
MS · Basmeih Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
As-Saffat•Ayat 108
وَتَرَكۡنَاعَلَيۡهِفِىٱلۡأَخِرِينَ١٠٨
MS · Basmeih Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
As-Saffat•Ayat 109
سَلَـٰمٌعَلَىٰٓإِبۡرٰهِيمَ١٠٩
MS · Basmeih "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".
As-Saffat•Ayat 110
كَذٰلِكَنَجۡزِىٱلۡمُحۡسِنِينَ١١٠
MS · Basmeih Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
As-Saffat•Ayat 111
إِنَّهُۥمِنۡعِبَادِنَاٱلۡمُؤۡمِنِينَ١١١
MS · Basmeih Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
MS · Basmeih Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
MS · Basmeih Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.
As-Saffat•Ayat 114
وَلَقَدۡمَنَنَّاعَلَىٰمُوسَىٰوَهَـٰرُونَ١١٤
MS · Basmeih Dan demi sesungguhnya! kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.
MS · Basmeih "Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"
As-Saffat•Ayat 127
فَكَذَّبُوهُفَإِنَّهُمۡلَمُحۡضَرُونَ١٢٧
MS · Basmeih Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),
As-Saffat•Ayat 128
إِلَّاعِبَادَٱللَّهِٱلۡمُخۡلَصِينَ١٢٨
MS · Basmeih Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).
As-Saffat•Ayat 129
وَتَرَكۡنَاعَلَيۡهِفِىٱلۡأَخِرِينَ١٢٩
MS · Basmeih Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
As-Saffat•Ayat 130
سَلَـٰمٌعَلَىٰٓإِلۡيَاسِينَ
MS · Basmeih "Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!"
As-Saffat•Ayat 131
إِنَّاكَذٰلِكَنَجۡزِىٱلۡمُحۡسِنِينَ١٣١
MS · Basmeih Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
As-Saffat•Ayat 132
إِنَّهُۥمِنۡعِبَادِنَاٱلۡمُؤۡمِنِينَ١٣٢
MS · Basmeih Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
As-Saffat•Ayat 133
وَإِنَّلُوطًالَّمِنَٱلۡمُرۡسَلِينَ١٣٣
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
As-Saffat•Ayat 134
إِذۡنَجَّيۡنَـٰهُوَأَهۡلَهُۥٓأَجۡمَعِينَ١٣٤
MS · Basmeih (ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,
As-Saffat•Ayat 135
إِلَّاعَجُوزًافِىٱلۡغَـٰبِرِينَ١٣٥
MS · Basmeih Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.
As-Saffat•Ayat 136
ثُمَّدَمَّرۡنَاٱلۡأَخَرِينَ١٣٦
MS · Basmeih Kemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).
As-Saffat•Ayat 137
وَإِنَّكُمۡلَتَمُرُّونَعَلَيۡهِممُّصۡبِحِينَ١٣٧
MS · Basmeih Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.
As-Saffat•Ayat 138
وَبِٱلَّيۡلِۗأَفَلَاتَعۡقِلُونَ١٣٨
MS · Basmeih Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.
As-Saffat•Ayat 139
وَإِنَّيُونُسَلَمِنَٱلۡمُرۡسَلِينَ١٣٩
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
As-Saffat•Ayat 140
إِذۡأَبَقَإِلَىٱلۡفُلۡكِٱلۡمَشۡحُونِ١٤٠
MS · Basmeih (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.
As-Saffat•Ayat 141
فَسَاهَمَفَكَانَمِنَٱلۡمُدۡحَضِينَ١٤١
MS · Basmeih (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).
As-Saffat•Ayat 142
فَٱلۡتَقَمَهُٱلۡحُوتُوَهُوَمُلِيمٌ١٤٢
MS · Basmeih Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
As-Saffat•Ayat 143
فَلَوۡلَآأَنَّهُۥكَانَمِنَٱلۡمُسَبِّحِينَ١٤٣
MS · Basmeih Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
As-Saffat•Ayat 144
لَلَبِثَفِىبَطۡنِهِۦٓإِلَىٰيَوۡمِيُبۡعَثُونَ١٤٤
MS · Basmeih Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
As-Saffat•Ayat 145
۞فَنَبَذۡنَـٰهُبِٱلۡعَرَآءِوَهُوَسَقِيمٌ١٤٥
MS · Basmeih Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.
As-Saffat•Ayat 146
وَأَنۢبَتۡنَاعَلَيۡهِشَجَرَةًمِّنيَقۡطِينٍ١٤٦
MS · Basmeih Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
MS · Basmeih Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.
As-Saffat•Ayat 148
فَـَٔـامَنُواۡفَمَتَّعۡنَـٰهُمۡإِلَىٰحِينٍ١٤٨
MS · Basmeih (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).
MS · Basmeih (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?
MS · Basmeih Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?
As-Saffat•Ayat 151
أَلَآإِنَّهُممِّنۡإِفۡكِهِمۡلَيَقُولُونَ١٥١
MS · Basmeih Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:
As-Saffat•Ayat 152
وَلَدَٱللَّهُوَإِنَّهُمۡلَكَـٰذِبُونَ١٥٢
MS · Basmeih "Allah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!
As-Saffat•Ayat 153
أَصۡطَفَىٱلۡبَنَاتِعَلَىٱلۡبَنِينَ١٥٣
MS · Basmeih (Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?
As-Saffat•Ayat 154
مَالَكُمۡكَيۡفَتَحۡكُمُونَ١٥٤
MS · Basmeih Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
As-Saffat•Ayat 155
أَفَلَاتَذَكَّرُونَ١٥٥
MS · Basmeih Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?
As-Saffat•Ayat 156
أَمۡلَكُمۡسُلۡطَـٰنٌمُّبِينٌ١٥٦
MS · Basmeih Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?
As-Saffat•Ayat 157
فَأۡتُواۡبِكِتَـٰبِكُمۡإِنكُنتُمۡصَـٰدِقِينَ١٥٧
MS · Basmeih (Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.
MS · Basmeih (Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).
As-Saffat•Ayat 159
سُبۡحَـٰنَٱللَّهِعَمَّايَصِفُونَ١٥٩
MS · Basmeih Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!
As-Saffat•Ayat 160
إِلَّاعِبَادَٱللَّهِٱلۡمُخۡلَصِينَ١٦٠
MS · Basmeih Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
As-Saffat•Ayat 161
فَإِنَّكُمۡوَمَاتَعۡبُدُونَ١٦١
MS · Basmeih Maka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.
As-Saffat•Ayat 162
مَآأَنتُمۡعَلَيۡهِبِفَـٰتِنِينَ١٦٢
MS · Basmeih Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,
As-Saffat•Ayat 163
إِلَّامَنۡهُوَصَالِٱلۡجَحِيمِ١٦٣
MS · Basmeih kecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.
As-Saffat•Ayat 164
وَمَامِنَّآإِلَّالَهُۥمَقَامٌمَّعۡلُومٌ١٦٤
MS · Basmeih (Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);
As-Saffat•Ayat 165
وَإِنَّالَنَحۡنُٱلصَّآفُّونَ١٦٥
MS · Basmeih "Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
As-Saffat•Ayat 166
وَإِنَّالَنَحۡنُٱلۡمُسَبِّحُونَ١٦٦
MS · Basmeih "Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"
As-Saffat•Ayat 167
وَإِنكَانُواۡلَيَقُولُونَ١٦٧
MS · Basmeih Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
As-Saffat•Ayat 168
لَوۡأَنَّعِندَنَاذِكۡرًامِّنَٱلۡأَوَّلِينَ١٦٨
MS · Basmeih "Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
As-Saffat•Ayat 169
لَكُنَّاعِبَادَٱللَّهِٱلۡمُخۡلَصِينَ١٦٩
MS · Basmeih "Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"
As-Saffat•Ayat 170
فَكَفَرُواۡبِهِۦۖفَسَوۡفَيَعۡلَمُونَ١٧٠
MS · Basmeih (Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
MS · Basmeih Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
As-Saffat•Ayat 178
وَتَوَلَّعَنۡهُمۡحَتَّىٰحِينٍ١٧٨
MS · Basmeih Dan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
As-Saffat•Ayat 179
وَأَبۡصِرۡفَسَوۡفَيُبۡصِرُونَ١٧٩
MS · Basmeih Dan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.