MyQuran360

Surah Ash-Shu'ara

Surah 26 · 227 ayat · Makkiyah · Juzuk 19

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

26. Ash-Shu'ara 227 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ash-Shu'ara • Ayat 1
طسٓمٓ ١
MS · Basmeih Taa, Siin, Miim.
Ash-Shu'ara • Ayat 2
تِلۡكَ ءَايَـٰتُ ٱلۡكِتَـٰبِ ٱلۡمُبِينِ ٢
MS · Basmeih Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.
Ash-Shu'ara • Ayat 3
لَعَلَّكَ بَـٰخِعٌ نَّفۡسَكَ أَلَّا يَكُونُواۡ مُؤۡمِنِينَ ٣
MS · Basmeih Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.
Ash-Shu'ara • Ayat 4
إِن نَّشَأۡ نُنَزِّلۡ عَلَيۡهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ ءَايَةً فَظَلَّتۡ أَعۡنَـٰقُهُمۡ لَهَا خَـٰضِعِينَ ٤
MS · Basmeih Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.
Ash-Shu'ara • Ayat 5
وَمَا يَأۡتِيهِم مِّن ذِكۡرٍ مِّنَ ٱلرَّحۡمَـٰنِ مُحۡدَثٍ إِلَّا كَانُواۡ عَنۡهُ مُعۡرِضِينَ ٥
MS · Basmeih Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.
Ash-Shu'ara • Ayat 6
فَقَدۡ كَذَّبُواۡ فَسَيَأۡتِيهِمۡ أَنۢبَـٰٓؤُاۡ مَا كَانُواۡ بِهِۦ يَسۡتَهۡزِءُونَ ٦
MS · Basmeih Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.
Ash-Shu'ara • Ayat 7
أَوَلَمۡ يَرَوۡاۡ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ كَمۡ أَنۢبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجٍ كَرِيمٍ ٧
MS · Basmeih Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?
Ash-Shu'ara • Ayat 8
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً‌ۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ٨
MS · Basmeih Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.
Ash-Shu'ara • Ayat 9
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ٩
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Ash-Shu'ara • Ayat 10
وَإِذۡ نَادَىٰ رَبُّكَ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱئۡتِ ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ١٠
MS · Basmeih Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -
Ash-Shu'ara • Ayat 11
قَوۡمَ فِرۡعَوۡنَ‌ۚ أَلَا يَتَّقُونَ ١١
MS · Basmeih "Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"
Ash-Shu'ara • Ayat 12
قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ ١٢
MS · Basmeih Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.
Ash-Shu'ara • Ayat 13
وَيَضِيقُ صَدۡرِى وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِى فَأَرۡسِلۡ إِلَىٰ هَـٰرُونَ ١٣
MS · Basmeih "Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).
Ash-Shu'ara • Ayat 14
وَلَهُمۡ عَلَىَّ ذَنۢبٌ فَأَخَافُ أَن يَقۡتُلُونِ ١٤
MS · Basmeih "Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku".
Ash-Shu'ara • Ayat 15
قَالَ كَلَّا‌ۖ فَٱذۡهَبَا بِـَٔـايَـٰتِنَآ‌ۖ إِنَّا مَعَكُم مُّسۡتَمِعُونَ ١٥
MS · Basmeih Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.
Ash-Shu'ara • Ayat 16
فَأۡتِيَا فِرۡعَوۡنَ فَقُولَآ إِنَّا رَسُولُ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٦
MS · Basmeih "Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.
Ash-Shu'ara • Ayat 17
أَنۡ أَرۡسِلۡ مَعَنَا بَنِىٓ إِسۡرٰٓءِيلَ ١٧
MS · Basmeih "Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".
Ash-Shu'ara • Ayat 18
قَالَ أَلَمۡ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثۡتَ فِينَا مِنۡ عُمُرِكَ سِنِينَ ١٨
MS · Basmeih Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?
Ash-Shu'ara • Ayat 19
وَفَعَلۡتَ فَعۡلَتَكَ ٱلَّتِى فَعَلۡتَ وَأَنتَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ ١٩
MS · Basmeih "Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"
Ash-Shu'ara • Ayat 20
قَالَ فَعَلۡتُهَآ إِذًا وَأَنَاۡ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ ٢٠
MS · Basmeih Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.
Ash-Shu'ara • Ayat 21
فَفَرَرۡتُ مِنكُمۡ لَمَّا خِفۡتُكُمۡ فَوَهَبَ لِى رَبِّى حُكۡمًا وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ٢١
MS · Basmeih "Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.
Ash-Shu'ara • Ayat 22
وَتِلۡكَ نِعۡمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَىَّ أَنۡ عَبَّدتَّ بَنِىٓ إِسۡرٰٓءِيلَ ٢٢
MS · Basmeih "Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.
Ash-Shu'ara • Ayat 23
قَالَ فِرۡعَوۡنُ وَمَا رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٢٣
MS · Basmeih Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"
Ash-Shu'ara • Ayat 24
قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَآ‌ۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ ٢٤
MS · Basmeih Nabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya".
Ash-Shu'ara • Ayat 25
قَالَ لِمَنۡ حَوۡلَهُۥٓ أَلَا تَسۡتَمِعُونَ ٢٥
MS · Basmeih Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?"
Ash-Shu'ara • Ayat 26
قَالَ رَبُّكُمۡ وَرَبُّ ءَابَآئِكُمُ ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٦
MS · Basmeih Nabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu."
Ash-Shu'ara • Ayat 27
قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ ٱلَّذِىٓ أُرۡسِلَ إِلَيۡكُمۡ لَمَجۡنُونٌ ٢٧
MS · Basmeih Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?"
Ash-Shu'ara • Ayat 28
قَالَ رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَمَا بَيۡنَهُمَآ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ ٢٨
MS · Basmeih Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"
Ash-Shu'ara • Ayat 29
قَالَ لَئِنِ ٱتَّخَذۡتَ إِلَـٰهًا غَيۡرِى لَأَجۡعَلَنَّكَ مِنَ ٱلۡمَسۡجُونِينَ ٢٩
MS · Basmeih Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan".
Ash-Shu'ara • Ayat 30
قَالَ أَوَلَوۡ جِئۡتُكَ بِشَىۡءٍ مُّبِينٍ ٣٠
MS · Basmeih Nabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?"
Ash-Shu'ara • Ayat 31
قَالَ فَأۡتِ بِهِۦٓ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ٣١
MS · Basmeih Firaun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
Ash-Shu'ara • Ayat 32
فَأَلۡقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ ثُعۡبَانٌ مُّبِينٌ ٣٢
MS · Basmeih Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
Ash-Shu'ara • Ayat 33
وَنَزَعَ يَدَهُۥ فَإِذَا هِىَ بَيۡضَآءُ لِلنَّـٰظِرِينَ ٣٣
MS · Basmeih Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
Ash-Shu'ara • Ayat 34
قَالَ لِلۡمَلَإِ حَوۡلَهُۥٓ إِنَّ هَـٰذَا لَسَـٰحِرٌ عَلِيمٌ ٣٤
MS · Basmeih Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
Ash-Shu'ara • Ayat 35
يُرِيدُ أَن يُخۡرِجَكُم مِّنۡ أَرۡضِكُم بِسِحۡرِهِۦ فَمَاذَا تَأۡمُرُونَ ٣٥
MS · Basmeih "Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?"
Ash-Shu'ara • Ayat 36
قَالُوٓاۡ أَرۡجِهۡ وَأَخَاهُ وَٱبۡعَثۡ فِى ٱلۡمَدَآئِنِ حَـٰشِرِينَ ٣٦
MS · Basmeih Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),
Ash-Shu'ara • Ayat 37
يَأۡتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمٍ ٣٧
MS · Basmeih "Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".
Ash-Shu'ara • Ayat 38
فَجُمِعَ ٱلسَّحَرَةُ لِمِيقَـٰتِ يَوۡمٍ مَّعۡلُومٍ ٣٨
MS · Basmeih Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.
Ash-Shu'ara • Ayat 39
وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلۡ أَنتُم مُّجۡتَمِعُونَ ٣٩
MS · Basmeih Dan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;.
Ash-Shu'ara • Ayat 40
لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ ٱلسَّحَرَةَ إِن كَانُواۡ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبِينَ ٤٠
MS · Basmeih "Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang".
Ash-Shu'ara • Ayat 41
فَلَمَّا جَآءَ ٱلسَّحَرَةُ قَالُواۡ لِفِرۡعَوۡنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجۡرًا إِن كُنَّا نَحۡنُ ٱلۡغَـٰلِبِينَ ٤١
MS · Basmeih Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"
Ash-Shu'ara • Ayat 42
قَالَ نَعَمۡ وَإِنَّكُمۡ إِذًا لَّمِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ ٤٢
MS · Basmeih Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".
Ash-Shu'ara • Ayat 43
قَالَ لَهُم مُّوسَىٰٓ أَلۡقُواۡ مَآ أَنتُم مُّلۡقُونَ ٤٣
MS · Basmeih Nabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan".
Ash-Shu'ara • Ayat 44
فَأَلۡقَوۡاۡ حِبَالَهُمۡ وَعِصِيَّهُمۡ وَقَالُواۡ بِعِزَّةِ فِرۡعَوۡنَ إِنَّا لَنَحۡنُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ ٤٤
MS · Basmeih Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang".
Ash-Shu'ara • Ayat 45
فَأَلۡقَىٰ مُوسَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِىَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ ٤٥
MS · Basmeih Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
Ash-Shu'ara • Ayat 46
فَأُلۡقِىَ ٱلسَّحَرَةُ سَـٰجِدِينَ ٤٦
MS · Basmeih Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,
Ash-Shu'ara • Ayat 47
قَالُوٓاۡ ءَامَنَّا بِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٤٧
MS · Basmeih Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,
Ash-Shu'ara • Ayat 48
رَبِّ مُوسَىٰ وَهَـٰرُونَ ٤٨
MS · Basmeih "Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun".
Ash-Shu'ara • Ayat 49
قَالَ ءَامَنتُمۡ لَهُۥ قَبۡلَ أَنۡ ءَاذَنَ لَكُمۡ‌ۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ ٱلَّذِى عَلَّمَكُمُ ٱلسِّحۡرَ فَلَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ‌ۚ لَأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلَـٰفٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمۡ أَجۡمَعِينَ ٤٩
MS · Basmeih Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya".
Ash-Shu'ara • Ayat 50
قَالُواۡ لَا ضَيۡرَ‌ۖ إِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ ٥٠
MS · Basmeih Mereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.
Ash-Shu'ara • Ayat 51
إِنَّا نَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَـٰيَـٰنَآ أَن كُنَّآ أَوَّلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٥١
MS · Basmeih "Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)".
Ash-Shu'ara • Ayat 52
۞وَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنۡ أَسۡرِ بِعِبَادِىٓ إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ ٥٢
MS · Basmeih (Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)".
Ash-Shu'ara • Ayat 53
فَأَرۡسَلَ فِرۡعَوۡنُ فِى ٱلۡمَدَآئِنِ حَـٰشِرِينَ ٥٣
MS · Basmeih (Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),
Ash-Shu'ara • Ayat 54
إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ لَشِرۡذِمَةٌ قَلِيلُونَ ٥٤
MS · Basmeih (Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil,
Ash-Shu'ara • Ayat 55
وَإِنَّهُمۡ لَنَا لَغَآئِظُونَ ٥٥
MS · Basmeih "Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.
Ash-Shu'ara • Ayat 56
وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَـٰذِرُونَ ٥٦
MS · Basmeih "Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga".
Ash-Shu'ara • Ayat 57
فَأَخۡرَجۡنَـٰهُم مِّن جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ ٥٧
MS · Basmeih Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,
Ash-Shu'ara • Ayat 58
وَكُنُوزٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ ٥٨
MS · Basmeih Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.
Ash-Shu'ara • Ayat 59
كَذٰلِكَ وَأَوۡرَثۡنَـٰهَا بَنِىٓ إِسۡرٰٓءِيلَ ٥٩
MS · Basmeih Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.
Ash-Shu'ara • Ayat 60
فَأَتۡبَعُوهُم مُّشۡرِقِينَ ٦٠
MS · Basmeih Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.
Ash-Shu'ara • Ayat 61
فَلَمَّا تَرٰٓءَا ٱلۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَـٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ ٦١
MS · Basmeih Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".
Ash-Shu'ara • Ayat 62
قَالَ كَلَّآ‌ۖ إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَهۡدِينِ ٦٢
MS · Basmeih Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".
Ash-Shu'ara • Ayat 63
فَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡبَحۡرَ‌ۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقٍ كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِيمِ ٦٣
MS · Basmeih Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.
Ash-Shu'ara • Ayat 64
وَأَزۡلَفۡنَا ثَمَّ ٱلۡأَخَرِينَ ٦٤
MS · Basmeih Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.
Ash-Shu'ara • Ayat 65
وَأَنجَيۡنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ ٦٥
MS · Basmeih Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.
Ash-Shu'ara • Ayat 66
ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡأَخَرِينَ ٦٦
MS · Basmeih Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).
Ash-Shu'ara • Ayat 67
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً‌ۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ٦٧
MS · Basmeih Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.
Ash-Shu'ara • Ayat 68
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ٦٨
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Ash-Shu'ara • Ayat 69
وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ إِبۡرٰهِيمَ ٦٩
MS · Basmeih Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.
Ash-Shu'ara • Ayat 70
إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِۦ مَا تَعۡبُدُونَ ٧٠
MS · Basmeih Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"
Ash-Shu'ara • Ayat 71
قَالُواۡ نَعۡبُدُ أَصۡنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عَـٰكِفِينَ ٧١
MS · Basmeih Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".
Ash-Shu'ara • Ayat 72
قَالَ هَلۡ يَسۡمَعُونَكُمۡ إِذۡ تَدۡعُونَ ٧٢
MS · Basmeih Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?
Ash-Shu'ara • Ayat 73
أَوۡ يَنفَعُونَكُمۡ أَوۡ يَضُرُّونَ ٧٣
MS · Basmeih "Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"
Ash-Shu'ara • Ayat 74
قَالُواۡ بَلۡ وَجَدۡنَآ ءَابَآءَنَا كَذٰلِكَ يَفۡعَلُونَ ٧٤
MS · Basmeih Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".
Ash-Shu'ara • Ayat 75
قَالَ أَفَرَءَيۡتُم مَّا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ ٧٥
MS · Basmeih Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -
Ash-Shu'ara • Ayat 76
أَنتُمۡ وَءَابَآؤُكُمُ ٱلۡأَقۡدَمُونَ ٧٦
MS · Basmeih "(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
Ash-Shu'ara • Ayat 77
فَإِنَّهُمۡ عَدُوٌّ لِّىٓ إِلَّا رَبَّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٧٧
MS · Basmeih "(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
Ash-Shu'ara • Ayat 78
ٱلَّذِى خَلَقَنِى فَهُوَ يَهۡدِينِ ٧٨
MS · Basmeih "Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
Ash-Shu'ara • Ayat 79
وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ ٧٩
MS · Basmeih "Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,
Ash-Shu'ara • Ayat 80
وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ ٨٠
MS · Basmeih "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
Ash-Shu'ara • Ayat 81
وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحۡيِينِ ٨١
MS · Basmeih "Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;
Ash-Shu'ara • Ayat 82
وَٱلَّذِىٓ أَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لِى خَطِيٓــَٔتِى يَوۡمَ ٱلدِّينِ ٨٢
MS · Basmeih "Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
Ash-Shu'ara • Ayat 83
رَبِّ هَبۡ لِى حُكۡمًا وَأَلۡحِقۡنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ ٨٣
MS · Basmeih "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;
Ash-Shu'ara • Ayat 84
وَٱجۡعَل لِّى لِسَانَ صِدۡقٍ فِى ٱلۡأَخِرِينَ ٨٤
MS · Basmeih "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;
Ash-Shu'ara • Ayat 85
وَٱجۡعَلۡنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ ٨٥
MS · Basmeih "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;
Ash-Shu'ara • Ayat 86
وَٱغۡفِرۡ لِأَبِىٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ ٨٦
MS · Basmeih "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;
Ash-Shu'ara • Ayat 87
وَلَا تُخۡزِنِى يَوۡمَ يُبۡعَثُونَ ٨٧
MS · Basmeih "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
Ash-Shu'ara • Ayat 88
يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ٨٨
MS · Basmeih "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
Ash-Shu'ara • Ayat 89
إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ سَلِيمٍ ٨٩
MS · Basmeih "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
Ash-Shu'ara • Ayat 90
وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ ٩٠
MS · Basmeih "Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,
Ash-Shu'ara • Ayat 91
وَبُرِّزَتِ ٱلۡجَحِيمُ لِلۡغَاوِينَ ٩١
MS · Basmeih "Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;
Ash-Shu'ara • Ayat 92
وَقِيلَ لَهُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ ٩٢
MS · Basmeih "Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -
Ash-Shu'ara • Ayat 93
مِن دُونِ ٱللَّهِ هَلۡ يَنصُرُونَكُمۡ أَوۡ يَنتَصِرُونَ ٩٣
MS · Basmeih ` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? '
Ash-Shu'ara • Ayat 94
فَكُبۡكِبُواۡ فِيهَا هُمۡ وَٱلۡغَاوُۥنَ ٩٤
MS · Basmeih "Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,
Ash-Shu'ara • Ayat 95
وَجُنُودُ إِبۡلِيسَ أَجۡمَعُونَ ٩٥
MS · Basmeih "Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.
Ash-Shu'ara • Ayat 96
قَالُواۡ وَهُمۡ فِيهَا يَخۡتَصِمُونَ ٩٦
MS · Basmeih "Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:
Ash-Shu'ara • Ayat 97
تَٱللَّهِ إِن كُنَّا لَفِى ضَلَـٰلٍ مُّبِينٍ ٩٧
MS · Basmeih " ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,
Ash-Shu'ara • Ayat 98
إِذۡ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ٩٨
MS · Basmeih " ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;
Ash-Shu'ara • Ayat 99
وَمَآ أَضَلَّنَآ إِلَّا ٱلۡمُجۡرِمُونَ ٩٩
MS · Basmeih " ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.
Ash-Shu'ara • Ayat 100
فَمَا لَنَا مِن شَـٰفِعِينَ ١٠٠
MS · Basmeih " ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,
Ash-Shu'ara • Ayat 101
وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ ١٠١
MS · Basmeih " ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.
Ash-Shu'ara • Ayat 102
فَلَوۡ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٠٢
MS · Basmeih " ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' "
Ash-Shu'ara • Ayat 103
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً‌ۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٠٣
MS · Basmeih Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Ash-Shu'ara • Ayat 104
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٠٤
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.
Ash-Shu'ara • Ayat 105
كَذَّبَتۡ قَوۡمُ نُوحٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ١٠٥
MS · Basmeih (Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)
Ash-Shu'ara • Ayat 106
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ ١٠٦
MS · Basmeih Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
Ash-Shu'ara • Ayat 107
إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ ١٠٧
MS · Basmeih "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
Ash-Shu'ara • Ayat 108
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٠٨
MS · Basmeih " Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
Ash-Shu'ara • Ayat 109
وَمَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ‌ۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٠٩
MS · Basmeih "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Ash-Shu'ara • Ayat 110
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١١٠
MS · Basmeih "Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku".
Ash-Shu'ara • Ayat 111
۞قَالُوٓاۡ أَنُؤۡمِنُ لَكَ وَٱتَّبَعَكَ ٱلۡأَرۡذَلُونَ ١١١
MS · Basmeih Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"
Ash-Shu'ara • Ayat 112
قَالَ وَمَا عِلۡمِى بِمَا كَانُواۡ يَعۡمَلُونَ ١١٢
MS · Basmeih Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?
Ash-Shu'ara • Ayat 113
إِنۡ حِسَابُهُمۡ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّى‌ۖ لَوۡ تَشۡعُرُونَ ١١٣
MS · Basmeih "Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).
Ash-Shu'ara • Ayat 114
وَمَآ أَنَاۡ بِطَارِدِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١١٤
MS · Basmeih "Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).
Ash-Shu'ara • Ayat 115
إِنۡ أَنَاۡ إِلَّا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ١١٥
MS · Basmeih "Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)".
Ash-Shu'ara • Ayat 116
قَالُواۡ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَـٰنُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمَرۡجُومِينَ ١١٦
MS · Basmeih Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!"
Ash-Shu'ara • Ayat 117
قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوۡمِى كَذَّبُونِ ١١٧
MS · Basmeih Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.
Ash-Shu'ara • Ayat 118
فَٱفۡتَحۡ بَيۡنِى وَبَيۡنَهُمۡ فَتۡحًا وَنَجِّنِى وَمَن مَّعِىَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١١٨
MS · Basmeih "Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku"
Ash-Shu'ara • Ayat 119
فَأَنجَيۡنَـٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ فِى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ ١١٩
MS · Basmeih Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).
Ash-Shu'ara • Ayat 120
ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا بَعۡدُ ٱلۡبَاقِينَ ١٢٠
MS · Basmeih Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).
Ash-Shu'ara • Ayat 121
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً‌ۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٢١
MS · Basmeih Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Ash-Shu'ara • Ayat 122
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٢٢
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Ash-Shu'ara • Ayat 123
كَذَّبَتۡ عَادٌ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ١٢٣
MS · Basmeih (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
Ash-Shu'ara • Ayat 124
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ ١٢٤
MS · Basmeih Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Ash-Shu'ara • Ayat 125
إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ ١٢٥
MS · Basmeih "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
Ash-Shu'ara • Ayat 126
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٢٦
MS · Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
Ash-Shu'ara • Ayat 127
وَمَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ‌ۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٢٧
MS · Basmeih "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Ash-Shu'ara • Ayat 128
أَتَبۡنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ ءَايَةً تَعۡبَثُونَ ١٢٨
MS · Basmeih "Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.
Ash-Shu'ara • Ayat 129
وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمۡ تَخۡلُدُونَ ١٢٩
MS · Basmeih "Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?
Ash-Shu'ara • Ayat 130
وَإِذَا بَطَشۡتُم بَطَشۡتُمۡ جَبَّارِينَ ١٣٠
MS · Basmeih "Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?
Ash-Shu'ara • Ayat 131
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٣١
MS · Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.
Ash-Shu'ara • Ayat 132
وَٱتَّقُواۡ ٱلَّذِىٓ أَمَدَّكُم بِمَا تَعۡلَمُونَ ١٣٢
MS · Basmeih "Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.
Ash-Shu'ara • Ayat 133
أَمَدَّكُم بِأَنۡعَـٰمٍ وَبَنِينَ ١٣٣
MS · Basmeih "Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),
Ash-Shu'ara • Ayat 134
وَجَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ ١٣٤
MS · Basmeih "Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).
Ash-Shu'ara • Ayat 135
إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ ١٣٥
MS · Basmeih "Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
Ash-Shu'ara • Ayat 136
قَالُواۡ سَوَآءٌ عَلَيۡنَآ أَوَعَظۡتَ أَمۡ لَمۡ تَكُن مِّنَ ٱلۡوٰعِظِينَ ١٣٦
MS · Basmeih Mereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.
Ash-Shu'ara • Ayat 137
إِنۡ هَـٰذَآ إِلَّا خُلُقُ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٣٧
MS · Basmeih "Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,
Ash-Shu'ara • Ayat 138
وَمَا نَحۡنُ بِمُعَذَّبِينَ ١٣٨
MS · Basmeih "Dan kami pula tidak akan diseksa".
Ash-Shu'ara • Ayat 139
فَكَذَّبُوهُ فَأَهۡلَكۡنَـٰهُمۡ‌ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً‌ۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٣٩
MS · Basmeih Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Ash-Shu'ara • Ayat 140
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٤٠
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Ash-Shu'ara • Ayat 141
كَذَّبَتۡ ثَمُودُ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ١٤١
MS · Basmeih (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),
Ash-Shu'ara • Ayat 142
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ صَـٰلِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ ١٤٢
MS · Basmeih Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Ash-Shu'ara • Ayat 143
إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ ١٤٣
MS · Basmeih "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
Ash-Shu'ara • Ayat 144
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٤٤
MS · Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
Ash-Shu'ara • Ayat 145
وَمَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ‌ۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٤٥
MS · Basmeih "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Ash-Shu'ara • Ayat 146
أَتُتۡرَكُونَ فِى مَا هَـٰهُنَآ ءَامِنِينَ ١٤٦
MS · Basmeih "Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -
Ash-Shu'ara • Ayat 147
فِى جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ ١٤٧
MS · Basmeih "Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),
Ash-Shu'ara • Ayat 148
وَزُرُوعٍ وَنَخۡلٍ طَلۡعُهَا هَضِيمٌ ١٤٨
MS · Basmeih "Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?
Ash-Shu'ara • Ayat 149
وَتَنۡحِتُونَ مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتًا فَـٰرِهِينَ ١٤٩
MS · Basmeih "Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh?
Ash-Shu'ara • Ayat 150
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٥٠
MS · Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;
Ash-Shu'ara • Ayat 151
وَلَا تُطِيعُوٓاۡ أَمۡرَ ٱلۡمُسۡرِفِينَ ١٥١
MS · Basmeih "Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -
Ash-Shu'ara • Ayat 152
ٱلَّذِينَ يُفۡسِدُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا يُصۡلِحُونَ ١٥٢
MS · Basmeih "Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".
Ash-Shu'ara • Ayat 153
قَالُوٓاۡ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلۡمُسَحَّرِينَ ١٥٣
MS · Basmeih Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!
Ash-Shu'ara • Ayat 154
مَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثۡلُنَا فَأۡتِ بِـَٔـايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ١٥٤
MS · Basmeih "Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
Ash-Shu'ara • Ayat 155
قَالَ هَـٰذِهِۦ نَاقَةٌ لَّهَا شِرۡبٌ وَلَكُمۡ شِرۡبُ يَوۡمٍ مَّعۡلُومٍ ١٥٥
MS · Basmeih Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.
Ash-Shu'ara • Ayat 156
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٍ فَيَأۡخُذَكُمۡ عَذَابُ يَوۡمٍ عَظِيمٍ ١٥٦
MS · Basmeih "Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)".
Ash-Shu'ara • Ayat 157
فَعَقَرُوهَا فَأَصۡبَحُواۡ نَـٰدِمِينَ ١٥٧
MS · Basmeih Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).
Ash-Shu'ara • Ayat 158
فَأَخَذَهُمُ ٱلۡعَذَابُ‌ۗ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً‌ۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٥٨
MS · Basmeih Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Ash-Shu'ara • Ayat 159
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٥٩
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Ash-Shu'ara • Ayat 160
كَذَّبَتۡ قَوۡمُ لُوطٍ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ١٦٠
MS · Basmeih (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
Ash-Shu'ara • Ayat 161
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ ١٦١
MS · Basmeih Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Ash-Shu'ara • Ayat 162
إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ ١٦٢
MS · Basmeih "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
Ash-Shu'ara • Ayat 163
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٦٣
MS · Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
Ash-Shu'ara • Ayat 164
وَمَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ‌ۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٦٤
MS · Basmeih "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Ash-Shu'ara • Ayat 165
أَتَأۡتُونَ ٱلذُّكۡرَانَ مِنَ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٦٥
MS · Basmeih "Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
Ash-Shu'ara • Ayat 166
وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمۡ رَبُّكُم مِّنۡ أَزۡوٰجِكُم‌ۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ عَادُونَ ١٦٦
MS · Basmeih "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"
Ash-Shu'ara • Ayat 167
قَالُواۡ لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَـٰلُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُخۡرَجِينَ ١٦٧
MS · Basmeih Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"
Ash-Shu'ara • Ayat 168
قَالَ إِنِّى لِعَمَلِكُم مِّنَ ٱلۡقَالِينَ ١٦٨
MS · Basmeih Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".
Ash-Shu'ara • Ayat 169
رَبِّ نَجِّنِى وَأَهۡلِى مِمَّا يَعۡمَلُونَ ١٦٩
MS · Basmeih (Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."
Ash-Shu'ara • Ayat 170
فَنَجَّيۡنَـٰهُ وَأَهۡلَهُۥٓ أَجۡمَعِينَ ١٧٠
MS · Basmeih Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya
Ash-Shu'ara • Ayat 171
إِلَّا عَجُوزًا فِى ٱلۡغَـٰبِرِينَ ١٧١
MS · Basmeih Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
Ash-Shu'ara • Ayat 172
ثُمَّ دَمَّرۡنَا ٱلۡأَخَرِينَ ١٧٢
MS · Basmeih Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).
Ash-Shu'ara • Ayat 173
وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِم مَّطَرًا‌ۖ فَسَآءَ مَطَرُ ٱلۡمُنذَرِينَ ١٧٣
MS · Basmeih Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
Ash-Shu'ara • Ayat 174
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً‌ۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٧٤
MS · Basmeih Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Ash-Shu'ara • Ayat 175
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٧٥
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Ash-Shu'ara • Ayat 176
كَذَّبَ أَصۡحَـٰبُ لۡــَٔيۡكَةِ ٱلۡمُرۡسَلِينَ ١٧٦
MS · Basmeih (Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
Ash-Shu'ara • Ayat 177
إِذۡ قَالَ لَهُمۡ شُعَيۡبٌ أَلَا تَتَّقُونَ ١٧٧
MS · Basmeih Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Ash-Shu'ara • Ayat 178
إِنِّى لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ ١٧٨
MS · Basmeih "Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
Ash-Shu'ara • Ayat 179
فَٱتَّقُواۡ ٱللَّهَ وَأَطِيعُونِ ١٧٩
MS · Basmeih "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
Ash-Shu'ara • Ayat 180
وَمَآ أَسۡــَٔلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ‌ۖ إِنۡ أَجۡرِىَ إِلَّا عَلَىٰ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٨٠
MS · Basmeih "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Ash-Shu'ara • Ayat 181
۞أَوۡفُواۡ ٱلۡكَيۡلَ وَلَا تَكُونُواۡ مِنَ ٱلۡمُخۡسِرِينَ ١٨١
MS · Basmeih "Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.
Ash-Shu'ara • Ayat 182
وَزِنُواۡ بِٱلۡقِسۡطَاسِ ٱلۡمُسۡتَقِيمِ ١٨٢
MS · Basmeih "Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.
Ash-Shu'ara • Ayat 183
وَلَا تَبۡخَسُواۡ ٱلنَّاسَ أَشۡيَآءَهُمۡ وَلَا تَعۡثَوۡاۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُفۡسِدِينَ ١٨٣
MS · Basmeih "Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.
Ash-Shu'ara • Ayat 184
وَٱتَّقُواۡ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ وَٱلۡجِبِلَّةَ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٨٤
MS · Basmeih "Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu".
Ash-Shu'ara • Ayat 185
قَالُوٓاۡ إِنَّمَآ أَنتَ مِنَ ٱلۡمُسَحَّرِينَ ١٨٥
MS · Basmeih Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.
Ash-Shu'ara • Ayat 186
وَمَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثۡلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ ١٨٦
MS · Basmeih "Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.
Ash-Shu'ara • Ayat 187
فَأَسۡقِطۡ عَلَيۡنَا كِسَفًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ١٨٧
MS · Basmeih Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
Ash-Shu'ara • Ayat 188
قَالَ رَبِّىٓ أَعۡلَمُ بِمَا تَعۡمَلُونَ ١٨٨
MS · Basmeih Nabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan".
Ash-Shu'ara • Ayat 189
فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمۡ عَذَابُ يَوۡمِ ٱلظُّلَّةِ‌ۚ إِنَّهُۥ كَانَ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ ١٨٩
MS · Basmeih Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya).
Ash-Shu'ara • Ayat 190
إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَأَيَةً‌ۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ١٩٠
MS · Basmeih Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Ash-Shu'ara • Ayat 191
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ١٩١
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Ash-Shu'ara • Ayat 192
وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ١٩٢
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
Ash-Shu'ara • Ayat 193
نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلۡأَمِينُ ١٩٣
MS · Basmeih Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
Ash-Shu'ara • Ayat 194
عَلَىٰ قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ ١٩٤
MS · Basmeih Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).
Ash-Shu'ara • Ayat 195
بِلِسَانٍ عَرَبِىٍّ مُّبِينٍ ١٩٥
MS · Basmeih (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
Ash-Shu'ara • Ayat 196
وَإِنَّهُۥ لَفِى زُبُرِ ٱلۡأَوَّلِينَ ١٩٦
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.
Ash-Shu'ara • Ayat 197
أَوَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ ءَايَةً أَن يَعۡلَمَهُۥ عُلَمَـٰٓؤُاۡ بَنِىٓ إِسۡرٰٓءِيلَ ١٩٧
MS · Basmeih (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?
Ash-Shu'ara • Ayat 198
وَلَوۡ نَزَّلۡنَـٰهُ عَلَىٰ بَعۡضِ ٱلۡأَعۡجَمِينَ ١٩٨
MS · Basmeih Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,
Ash-Shu'ara • Ayat 199
فَقَرَأَهُۥ عَلَيۡهِم مَّا كَانُواۡ بِهِۦ مُؤۡمِنِينَ ١٩٩
MS · Basmeih Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.
Ash-Shu'ara • Ayat 200
كَذٰلِكَ سَلَكۡنَـٰهُ فِى قُلُوبِ ٱلۡمُجۡرِمِينَ ٢٠٠
MS · Basmeih Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.
Ash-Shu'ara • Ayat 201
لَا يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ حَتَّىٰ يَرَوُاۡ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ ٢٠١
MS · Basmeih Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,
Ash-Shu'ara • Ayat 202
فَيَأۡتِيَهُم بَغۡتَةً وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ ٢٠٢
MS · Basmeih Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.
Ash-Shu'ara • Ayat 203
فَيَقُولُواۡ هَلۡ نَحۡنُ مُنظَرُونَ ٢٠٣
MS · Basmeih Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?"
Ash-Shu'ara • Ayat 204
أَفَبِعَذَابِنَا يَسۡتَعۡجِلُونَ ٢٠٤
MS · Basmeih (Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?
Ash-Shu'ara • Ayat 205
أَفَرَءَيۡتَ إِن مَّتَّعۡنَـٰهُمۡ سِنِينَ ٢٠٥
MS · Basmeih Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,
Ash-Shu'ara • Ayat 206
ثُمَّ جَآءَهُم مَّا كَانُواۡ يُوعَدُونَ ٢٠٦
MS · Basmeih Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,
Ash-Shu'ara • Ayat 207
مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُم مَّا كَانُواۡ يُمَتَّعُونَ ٢٠٧
MS · Basmeih (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.
Ash-Shu'ara • Ayat 208
وَمَآ أَهۡلَكۡنَا مِن قَرۡيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ ٢٠٨
MS · Basmeih Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.
Ash-Shu'ara • Ayat 209
ذِكۡرَىٰ وَمَا كُنَّا ظَـٰلِمِينَ ٢٠٩
MS · Basmeih Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.
Ash-Shu'ara • Ayat 210
وَمَا تَنَزَّلَتۡ بِهِ ٱلشَّيَـٰطِينُ ٢١٠
MS · Basmeih Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.
Ash-Shu'ara • Ayat 211
وَمَا يَنۢبَغِى لَهُمۡ وَمَا يَسۡتَطِيعُونَ ٢١١
MS · Basmeih Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.
Ash-Shu'ara • Ayat 212
إِنَّهُمۡ عَنِ ٱلسَّمۡعِ لَمَعۡزُولُونَ ٢١٢
MS · Basmeih Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.
Ash-Shu'ara • Ayat 213
فَلَا تَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ ٱلۡمُعَذَّبِينَ ٢١٣
MS · Basmeih Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.
Ash-Shu'ara • Ayat 214
وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ ٱلۡأَقۡرَبِينَ ٢١٤
MS · Basmeih Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.
Ash-Shu'ara • Ayat 215
وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِمَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٢١٥
MS · Basmeih Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
Ash-Shu'ara • Ayat 216
فَإِنۡ عَصَوۡكَ فَقُلۡ إِنِّى بَرِىٓءٌ مِّمَّا تَعۡمَلُونَ ٢١٦
MS · Basmeih Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"
Ash-Shu'ara • Ayat 217
وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ ٢١٧
MS · Basmeih Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
Ash-Shu'ara • Ayat 218
ٱلَّذِى يَرَٮٰكَ حِينَ تَقُومُ ٢١٨
MS · Basmeih Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),
Ash-Shu'ara • Ayat 219
وَتَقَلُّبَكَ فِى ٱلسَّـٰجِدِينَ ٢١٩
MS · Basmeih Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.
Ash-Shu'ara • Ayat 220
إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٢٢٠
MS · Basmeih Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Ash-Shu'ara • Ayat 221
هَلۡ أُنَبِّئُكُمۡ عَلَىٰ مَن تَنَزَّلُ ٱلشَّيَـٰطِينُ ٢٢١
MS · Basmeih Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
Ash-Shu'ara • Ayat 222
تَنَزَّلُ عَلَىٰ كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ ٢٢٢
MS · Basmeih Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Ash-Shu'ara • Ayat 223
يُلۡقُونَ ٱلسَّمۡعَ وَأَكۡثَرُهُمۡ كَـٰذِبُونَ ٢٢٣
MS · Basmeih Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
Ash-Shu'ara • Ayat 224
وَٱلشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ ٱلۡغَاوُۥنَ ٢٢٤
MS · Basmeih Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
Ash-Shu'ara • Ayat 225
أَلَمۡ تَرَ أَنَّهُمۡ فِى كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ ٢٢٥
MS · Basmeih Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
Ash-Shu'ara • Ayat 226
وَأَنَّهُمۡ يَقُولُونَ مَا لَا يَفۡعَلُونَ ٢٢٦
MS · Basmeih Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
Ash-Shu'ara • Ayat 227
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواۡ وَعَمِلُواۡ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَذَكَرُواۡ ٱللَّهَ كَثِيرًا وَٱنتَصَرُواۡ مِنۢ بَعۡدِ مَا ظُلِمُواۡ‌ۗ وَسَيَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاۡ أَىَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ ٢٢٧
MS · Basmeih Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation