MS · Basmeih Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).
MS · Basmeih Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila".
MS · Basmeih "Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
MS · Basmeih Tiadalah Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.
MS · Basmeih Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya.
Al-Hijr•Ayat 12
كَذٰلِكَنَسۡلُكُهُۥفِىقُلُوبِٱلۡمُجۡرِمِينَ١٢
MS · Basmeih (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
MS · Basmeih Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa, padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan orang-orang yang telah lalu (yang mendustakan Rasul-rasulnya).
MS · Basmeih Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada):
MS · Basmeih Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)".
MS · Basmeih Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.
Al-Hijr•Ayat 17
وَحَفِظۡنَـٰهَامِنكُلِّشَيۡطَـٰنٍرَّجِيمٍ١٧
MS · Basmeih Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.
MS · Basmeih Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.
MS · Basmeih Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.
MS · Basmeih Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.
MS · Basmeih Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.
MS · Basmeih Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang segera (berbakti) di antara kamu, dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang lambat.
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
MS · Basmeih Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
MS · Basmeih Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
Al-Hijr•Ayat 34
قَالَفَٱخۡرُجۡمِنۡهَافَإِنَّكَرَجِيمٌ٣٤
MS · Basmeih Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
Al-Hijr•Ayat 35
وَإِنَّعَلَيۡكَٱللَّعۡنَةَإِلَىٰيَوۡمِٱلدِّينِ٣٥
MS · Basmeih "Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".
Al-Hijr•Ayat 36
قَالَرَبِّفَأَنظِرۡنِىٓإِلَىٰيَوۡمِيُبۡعَثُونَ٣٦
MS · Basmeih Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".
Al-Hijr•Ayat 37
قَالَفَإِنَّكَمِنَٱلۡمُنظَرِينَ٣٧
MS · Basmeih Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
Al-Hijr•Ayat 38
إِلَىٰيَوۡمِٱلۡوَقۡتِٱلۡمَعۡلُومِ٣٨
MS · Basmeih "Hingga ke hari - masa yang termaklum".
MS · Basmeih Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
Al-Hijr•Ayat 40
إِلَّاعِبَادَكَمِنۡهُمُٱلۡمُخۡلَصِينَ٤٠
MS · Basmeih "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Al-Hijr•Ayat 41
قَالَهَـٰذَاصِرٰطٌعَلَىَّمُسۡتَقِيمٌ٤١
MS · Basmeih Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
MS · Basmeih "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
Al-Hijr•Ayat 43
وَإِنَّجَهَنَّمَلَمَوۡعِدُهُمۡأَجۡمَعِينَ٤٣
MS · Basmeih "Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
MS · Basmeih Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.
MS · Basmeih Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
Al-Hijr•Ayat 50
وَأَنَّعَذَابِىهُوَٱلۡعَذَابُٱلۡأَلِيمُ٥٠
MS · Basmeih Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).
Al-Hijr•Ayat 51
وَنَبِّئۡهُمۡعَنضَيۡفِإِبۡرٰهِيمَ٥١
MS · Basmeih Dan khabarkanlah kepada mereka perihal tetamu Nabi Ibrahim.
MS · Basmeih Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu".
MS · Basmeih Mereka menjawab: "Janganlah engkau takut, sebenarnya kami hendak mengembirakanmu dengan berita bahawa engkau akan beroleh seorang anak lelaki yang bakal menjadi seorang yang berilmu".
MS · Basmeih Nabi Ibrahim berkata: "Betulkah kamu mengembirakan daku (dengan berita yang demikian), padahal aku telah tua; maka dengan jalan apakah kamu mengembirakan daku?"
MS · Basmeih Mereka menjawab: "Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang berputus asa".
MS · Basmeih Mereka menjawab: "(Kedatangan kami bukan untuk mendukacitakanmu) bahkan kami datang kepadamu untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.
Al-Hijr•Ayat 64
وَأَتَيۡنَـٰكَبِٱلۡحَقِّوَإِنَّالَصَـٰدِقُونَ٦٤
MS · Basmeih "Juga membawa kepadamu perkara yang benar (tentang kebinasaan mereka); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar ".
MS · Basmeih "Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling (ke belakang); serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya".
MS · Basmeih Dan Kami wahyukan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi, sehingga mereka punah ranah dan terputus keturunannya.
Al-Hijr•Ayat 67
وَجَآءَأَهۡلُٱلۡمَدِينَةِيَسۡتَبۡشِرُونَ٦٧
MS · Basmeih Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.
Al-Hijr•Ayat 68
قَالَإِنَّهَـٰٓؤُلَآءِضَيۡفِىفَلَاتَفۡضَحُونِ٦٨
MS · Basmeih Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku".
Al-Hijr•Ayat 69
وَٱتَّقُواۡٱللَّهَوَلَاتُخۡزُونِ٦٩
MS · Basmeih "Dan takutlah kamu kepada Allah serta janganlah kamu menghinakan daku".
Al-Hijr•Ayat 70
قَالُوٓاۡأَوَلَمۡنَنۡهَكَعَنِٱلۡعَـٰلَمِينَ٧٠
MS · Basmeih Mereka menjawab: "Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?"
MS · Basmeih Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
Al-Hijr•Ayat 75
إِنَّفِىذٰلِكَلَأَيَـٰتٍلِّلۡمُتَوَسِّمِينَ٧٥
MS · Basmeih Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.
Al-Hijr•Ayat 76
وَإِنَّهَالَبِسَبِيلٍمُّقِيمٍ٧٦
MS · Basmeih Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang).
Al-Hijr•Ayat 77
إِنَّفِىذٰلِكَلَأَيَةًلِّلۡمُؤۡمِنِينَ٧٧
MS · Basmeih Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.
Al-Hijr•Ayat 78
وَإِنكَانَأَصۡحَـٰبُٱلۡأَيۡكَةِلَظَـٰلِمِينَ٧٨
MS · Basmeih Dan sebenarnya penduduk kampung "Aikah" adalah orang-orang yang berlaku zalim.
MS · Basmeih Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu terletak di jalan yang terang (yang masih dilalui orang).
MS · Basmeih Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran ugama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya).
MS · Basmeih Dan (ingatlah) tiadalah Kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah (golongan kafir yang mendustakanmu itu wahai Muhammad) serta layanlah mereka dengan cara yang elok.
Al-Hijr•Ayat 86
إِنَّرَبَّكَهُوَٱلۡخَلَّـٰقُٱلۡعَلِيمُ٨٦
MS · Basmeih Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang menciptakan sekalian makhluk, lagi Yang Maha Mengetahui (akan hal mereka).
MS · Basmeih Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.
MS · Basmeih Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).
Al-Hijr•Ayat 89
وَقُلۡإِنِّىٓأَنَاٱلنَّذِيرُٱلۡمُبِينُ٨٩
MS · Basmeih Dan katakanlah: "Sesungguhnya aku ini, adalah seorang Rasul pemberi amaran dengan bukti-bukti yang nyata (tentang turunnya azab ke atas orang-orang yang ingkar)".
Al-Hijr•Ayat 90
كَمَآأَنزَلۡنَاعَلَىٱلۡمُقۡتَسِمِينَ٩٠
MS · Basmeih (Kami berikan kepadamu Al-Faatihah dan Al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi. -
Al-Hijr•Ayat 91
ٱلَّذِينَجَعَلُواۡٱلۡقُرۡءَانَعِضِينَ٩١
MS · Basmeih (Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).
Al-Hijr•Ayat 92
فَوَرَبِّكَلَنَسۡــَٔلَنَّهُمۡأَجۡمَعِينَ٩٢
MS · Basmeih Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka (yang kafir itu) semuanya (pada hari kiamat kelak), -
Al-Hijr•Ayat 93
عَمَّاكَانُواۡيَعۡمَلُونَ٩٣
MS · Basmeih Mengenai apa yang mereka telah lakukan.
MS · Basmeih Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.
Al-Hijr•Ayat 95
إِنَّاكَفَيۡنَـٰكَٱلۡمُسۡتَهۡزِءِينَ٩٥
MS · Basmeih Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, -