MyQuran360

Surah At-Takathur

Surah 102 · 8 ayat · Makkiyah · Juzuk 30

Baca dengan teks Arab Uthmani, terjemahan Bahasa Melayu Basmeih dan terjemahan Bahasa Inggeris Sahih International.

102. At-Takathur 8 ayat Menu pembaca
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

At-Takathur • Ayat 1
أَلۡهَـٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ ١
MS · Basmeih Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
At-Takathur • Ayat 2
حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ ٢
MS · Basmeih Sehingga kamu masuk kubur.
At-Takathur • Ayat 3
كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ ٣
MS · Basmeih Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
At-Takathur • Ayat 4
ثُمَّ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ ٤
MS · Basmeih Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
At-Takathur • Ayat 5
كَلَّا لَوۡ تَعۡلَمُونَ عِلۡمَ ٱلۡيَقِينِ ٥
MS · Basmeih Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
At-Takathur • Ayat 6
لَتَرَوُنَّ ٱلۡجَحِيمَ ٦
MS · Basmeih (Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
At-Takathur • Ayat 7
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيۡنَ ٱلۡيَقِينِ ٧
MS · Basmeih Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
At-Takathur • Ayat 8
ثُمَّ لَتُسۡــَٔلُنَّ يَوۡمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ ٨
MS · Basmeih Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Bacaan: Mishari Rashid al-‘Afasy · Audio disediakan melalui Quran Foundation